Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, June 15, 2011

Breadcrumbs

Saya banyak belajar memasak semasa berada di luar negara - Dundee, Scotland. Ketika itu anak-anak sedang membesar, mereka sangat gemar makan. Tambahan pula disebabkan pengaruh iklan di televisyen yang berleluasa. Sara pasti mengheret tangan saya setiap kali kami melintasi restoran makanan segera seperti Kentucky Fried chicken atau McDonald.

"Makanan itu tidak boleh dimakan sayang..tidak halal."

"Ayam.. tidak halal?"

Saya cuba menerangkan kepada Sara yang pada ketika itu berusia 3 tahun. Manalah kanak-kanak seusia itu benar-benar memahami makna halal. Sebab itu setiap kali melintasi restoran segera itu, dialog yang sama terjadi.

Akhirnya, saya berusaha mencari buku resepi di car Boots sale atau di Charity shop. Alahai, buku terpakai. Luarannya nampak lusuh, tetapi ilmunya masih sama.

Seperti biasa, apabila suami pergi sembahyang Jumaat, pulang nanti pasti dia membawa sebungkus ayam dan daging halal dari pekedai muslim keturunan pakistan. Hari itu saya siapkan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk diperap pada ayam - sedikit bawang putih, serbuk halia, lada sulah dan garam. Namun, puas saya mencari breadcrumbs di kedai runcit berhampiran dengan apartment kediaman kami. Tiada atau barangkali saya tidak mengenali rupanya.

Hari itu semangat saya berkobar-kobar mahu menyediakan hidangan ayam goreng bersalut tepung itu walaupun puas mencari bahan yang satu itu. Sehingga suami pulang ke rumah, breadcrumbs yang di cari masih tidak ditemui. Lalu, saya segera menukar resepi. Ayam yang telah diperap itu saya microwave sebentar, kemudian celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit. Ayam itu saya gaulkan dengan tepung gandum dicampur dengan sedikit serbuk kari. Goreng dengan minyak banyak [deep fry]

Wah, anak-anak saya makan sehingga menjilat jari!

Selang beberapa hari, ketika saya sedang mengalih sofa di ruang tamu, kaki saya terpijak sisa sekeping roti putih yang ditinggalkan oleh anak-anak di bawah sofa itu. Roti keras itu pecah berderai dan menghasilkan Breadcrumbs!

Subhanallah! Beberapa keping roti saya bakar ke dalam ketuhar dan sejukkan untuk beberapa ketika. Kepingan roti itu mengeras, lalu saya mengisarnya menjadi... breadcrumbs! Hari itu saya mendapat ilmu baru, semua hidangan saya [cendawan butang, brokoli, ikan, carrot, ayam] menggunakan menggunakan bahan yang sama - breadcrumbs.

10 comments:

  1. kreatif itu penting kan puan roza...ilham memasak ni

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Su su,

    Benar. Kreatif itu ilham datangnya dari Allah yang maha kaya.

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum kak roza

    Saya pun suka memasak, saya nak cubalah resepi kak roza ni. Walaupun balik dari pejabat pun sudah menjelang malam, penat, bujang pula tu, tapi saya memasak untuk sahabat saya yang suka makan masakan saya yang biasa-biasa tu, kali ini saya nak dia rasa resepi kak roza ni pula

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera Yuri Prodigy,

    Tips memasak kak Roza..masak dengan sebutlah nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang.

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera Pn Roza,

    Anak-anak makan sehingga menjilat jari tak apa, jangan sampai tergigit jari.


    hzm

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Roza,
    Boleh cuba ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Salam

    Terima kasih Hajah memberi ilmu kepada saya untuk membuat breadcrumb. Lepas ni saya tak perlu beli dikedai lagi. Semoga ilmu ini, walaupun nampaknya seperti kecil, menjadi pahala berpanjangan untuk Hajah.

    Salam
    -Saladin-

    ReplyDelete
  8. terima kasih ...nak guna idea tu..

    ReplyDelete
  9. Sebagai isteri kita hendaklah sentiasa ingat bahawa suami kita bukanlah seseorang yang benar-benar kita kenali...

    ReplyDelete
  10. waduh ternyata breadcrumb juga ada di dunia masak memasak toh ya ? saya kira cuma ada di dunia blogger aja bu. hehehe.. infonya sangat bermanfaat.. ^^

    ReplyDelete