Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, April 25, 2011

Travelog Impian Abadi : Itu yang tertulis

Berikut adalah petikan dari Travelog Impian Abadi: Itu yang tertulis. Ia kisah budak kampung yang baru keluar dari kampung halaman. Budak perempuan yang tidak pernah berenggang dengan mak dan abah. Segalanya pertama kali.

BAB 31 : Keropok Lekor


Saya mula menikmati hidup sebagai mahasiswi universiti.

Kehidupan harian yang berkisar kepada kuliah, pensyarah, tugasan, membaca, menulis dan menguruskan kehidupan seharian. Saya juga perlu mengurus sumber kewangan yang sangat terhad.

Hampir setiap petang selepas kuliah, kami bertiga akan singgah di kafe. Han sangat suka membeli kuih muih untuk minum petang. Kadang-kadang Han akan membungkus dan membawa balik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan sebilik.

Beliau berwang tetapi sedikit pun tidak lokek dengan kawan-kawan.

Saya pula amat berkira dengan perkara-pekara tambahan seperti itu. Wang saku kiriman abah hanya cukup-cukup untuk keperluan dan perbelanjaan pelajaran. Belanja pembelian buku, fotostat, kertas A4, belanja tugasan dan pelbagai keperluan lain memaksa saya betul-betul mengambilkira setiap sen yang ingin saya belanja.

Mak selalu berpesan agar tidak bermewah-mewah.

“Makan sahaja makanan yang ada walaupun nasi kawah

Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan yang baik hati dan suka berkongsi. Namun saya berusaha sedaya upaya untuk tidak mengambil kesempatan ke atas mereka. Perasaan malu yang amat sangat sentiasa ada.

"Han, saya kena balik bilik segera.. ada hal. Pergi dulu ya"

Saya mencipta alasan.

"Ok. Nanti saya hantar kuih ke bilik.."

"Tidak payah. Jangan susah-susah"



Saya bergegas pulang ke asrama. Saya tidak mahu terlampau bergantung kepada Han. Saya tahu beliau ikhlas tetapi saya tidak mahu termakan budi dengan menerima pelawaan minum petang secara percuma hampir setiap hari.

Di bilik, saya akan menjerang air dan membuat secangkir kopi-O panas di cicah dengan biskut kering. Selalunya saya minum sendirian tetapi kadang-kadang ada juga teman serumah yang turut serta. Itu pun bila ada kelapangan. Minum petang sambil bersembang-sembang.

"Semalam akak beli keropok lekor. Buruk benar rupanya"

"Rasanya macamana kak Wati? Sedap ke tidak?"

"Sedap…. engkau kena rasa semua benda. Lain negeri lain makanannya"

Keropok lekor?

Hari itu kami bertiga singgah di kafe. Petang itu saya nekad untuk merasa keropok lekor yang dikatakan sebagai salah satu makanan popular di Terengganu.

Saya hanya membawa sekeping wang seringgit dan bercadang membeli bungkus untuk makan di asrama. Sedang kami beratur, tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki datang menyerbu. Mereka memotong giliran dan semua keropok lekor yang ada habis diborong oleh mereka.

"Anak boleh tunggu? Sekejap sahaja. Nanti makcik goreng lagi…."

Lalu kami mengambil tempat duduk di meja berhampiran. Masing-masing melayan perasaan. Barangkali kesal dan kecewa dengan perbuatan mereka yang memotong barisan. Tiada apa yang kami bualkan. Sedang kami menunggu, abang Imran muncul bersama abang Lu'E. Abang Lu’E adalah bekas pembantu fasilitator sewaktu minggu mahasiswa. Dia menyapa,

"Apa yang awak semua tunggu?"

"Keropok lekor.."

"Makan di sini?"

"Bungkus.."

"Makan di sinilah… abang Imran belanja"

Tiba-tiba abang Lu'E memberikan cadangan dan abang Imran terpaksa mengiyakannya. Han, Yatie dan abang Imran meminta minuman sejuk, manakala saya dan abang Lu'E meminta minuman panas. Sementara menanti keropok lekor sedang di goreng, abang Imran membawa sepiring pisang goreng.

"Makan goreng pisang dulu. Keropok tu lambat lagi heee.. heee.. he"

Abang Imran sungguh-sungguh mempelawa kami serta diakhiri dengan ketawa hilaian kudanya. Trademark asli yang sangat-sangat dikenali.

"Han, Yatie... minum cepat sikit. Abang Imran hendak tunjukkan sesuatu"

"Saya?"

"Awak tunggu keropok lekor tu.. nanti kami datang semula ke sini.... heeee.. heee.. he"

Lalu mereka bertiga pergi meninggalkan kami berdua. Saya dan abang Lu'E.



17 comments:

  1. Aslkm Pn Roza

    Alhamdulillah buku yg kak tunggu akan tiba.
    Cantinya kulit yg kat bawah tu...
    Tak sabar nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. x sabar untuk memilikinya!!!

    ReplyDelete
  3. Puan,
    abang Lu'E tu.. Prof Kamil ke? :p

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Mahu tahu siapa dia abang Lu'E? Jawapannya ada di dalam Travelog Impian Abadi: Itu yang tertulis..

    ReplyDelete
  5. Kak Roza,

    Ustaz kata, senyum sorang-sorang hukumnya makruh.. tapi saya tetap tersenyum sorang-sorang baca artikel ni...

    Anis

    ReplyDelete
  6. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Saya belanja, xyz bayar..he..he pernah saya buat muslihat tu.

    hzm

    ReplyDelete
  7. Kak Roza,
    Semalam saya ke PWTC kononnya nak beli buku dan nak dptkan juga naskhah terkini akak. Rupanya saya terlalu awal pergi. Lupa yang pelancarannya hanya 30 Apr ni.

    Mimi@fsg

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera Mimi,

    Jemput kawan-kawan lain datang pada hari itu ya.. semua di FSG yag mengenali kak Roza dulu.

    ReplyDelete
  9. Salam.


    Mak Ngah,
    Anis baru nak tanya siapa
    "Abang Lu'E".


    Tapi,
    Mak Ngah dah cakap :
    "Mahu tahu siapa dia Abang Lu'E,
    Jawapannya ada di dalam Travelog Impian Abadi :
    Itu yang tertulis..


    Aii...
    Anak saudara tak kan tak boleh
    dapat hint~~ hehehehe...
    Mak Ngah boleh contact me anytime,
    kalau nak bagi hint~ huhuhu.. (^0^)v


    -Anis-

    ReplyDelete
  10. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Abang LovE..oops..Abang Lu'E,maaf ya Pn Roza..
    (Itulah yang tertaip...)

    hzm

    ReplyDelete
  11. Salam sejahtera Anis,

    Mak Ngah mengajar subjek International business..Program dan course yang awak ambil. Pun awak tak boleh dapat hint.. :P

    Mahu tahu? Baca buku...

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum kak roza,
    saya tak sempat jenguk buku ni di pesta buku. baru je pegi sabtu lepas. tak tau pulak buku ni dah keluar.

    kat mph dah ada ke kak?

    ReplyDelete
  13. Salam sejahtera knv,

    Biasanya selepas pelancaran barulah diedarkan di kedai-kedai buku seperti MPH store, buku Popular, Badan Cemerlang dan lain-lain.

    ReplyDelete
  14. Salam Sejahtera,

    Saya telah order pada prof- buku pn roza dan buku prof..pastikan ditandatangi ye...... :) thanks

    ReplyDelete
  15. Tahniah..seronok baca buku K.Roza. Dua jam dh khatam! Terimbau kenangan semasa di UiTM Dungun dulu..Restoran AA, Bas Pakcik Musa, Sura Gate, Sura Hujung..pantai..semuanya dalam lipatan kenangan. Tersenyum2 membacanya..part gelak besar - "telur dadar bodoh" dan "lesung batu", hehe.. kita tunggu sambungan cerita di Scotland pulak, InsyaAllah :) All the best K. Roza.

    ReplyDelete
  16. Kak..
    I got 1 copy utk simpanan peribadi... LOVE IT!! Serius...

    ReplyDelete