Kertas kerja lawatan akademik ke Bejing digenggam kemas. Puas. Diatasnya ada lampiran surat rasmi dari pejabat Dekan dan pejabat Canselori. Tulisan huruf besar jelas tertera :Itu cerita bertahun-tahun dahulu.
Sewaktu saya masih lagi bergelar siswi di peringkat sarjana muda, kertas kerja itu menjadi projek besar bagi rakan sekelas. Kami terpanggil untuk ke sana apabila mempelajari beberapa subjek seperti "Tamadun Islam di China", International Business, Pemasaran antarabangsa dan Global Management. Sebagai ketua projek, kertas kerja itu sering saya bawa ke mana-mana mencari penaja bersama rakan-rakan.
Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Sebulan sebelum berangkat pergi, selembar surat pekeliling universiti membatalkan niat dan usaha kami.
"Semua perjalanan ke negeri China ditangguhkan kerana wabak penyakit SARS."
Hari ini, Dia yang maha kuasa menunaikan permintaan saya. Kali ini, siswa-siswi lain pula yang bertungkus lumus menyediakan kertas kerja itu. Dijemput-Nya dengan keadaan yang lebih bergaya... Saya pergi sebagai pensyarah mereka.
Subhanallah! Maka nikmat Allah yang mana satukah mahu didustakan?
Aslkm Roza,
ReplyDeleteAllah telah menetapkan segalanya.Harap Roza terus menulis di sana nanti.
Salam Puan..
ReplyDeleteAllah memang terlebih kasih pada hambaNya yang telebih mengasihiNya. Segala puji-pujian hanya untuk Allah yang maha berkuasa.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteBerdoalah..berdoalah..berdoalah.
Subhanallah! Dia mendengar lintasan hati hamba-Nya. Ditunaikannya pada saat dan ketika paling sesuai yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.
Barangkali ketika itu kita sudahpun melupainya.
Seronoknya. Roda kembalo berputar.
ReplyDeleteSalam sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteBarangkali jika Pn Roza pergi sebagai seorang siswi, barangkali timbul perasaan riak kerana dapat menawan Tembok Besar China. Bila pergi sekarang sekadar yang mampulah sampai di tembok itu(ingatan kepada umur yang meningkat).
(Subhanallah! Dia telah mempertemukan saya dengan hadith lengkap mengenai haid dan ibadah haji)
hzm