Menemui adikku Ratna yang dikasihi,Semuga dirahmati Allah di dunia dan di akhirat.
Ratna,
Hari ini kami sekeluarga akhirnya berangkat ke Madinah. Sampaikan salam kepada rakan-rakan dan saudara mara yang tidak sempat kami berjumpa. Katakan kami memohon maaf, hari raya kali ini kami tidak dapat beraya di Segamat. Entah, barangkali raya tahun depan pun belum pasti kita akan bertemu lagi.
Ratna,
Katakan kepada adik-adik jangan ditangisi pemergian kami kerana hijrah ini kerana Allah. Barangkali ada sesuatu yang lebih baik di sana. Allah tidak pernah sesekali menganiaya hamba-Nya. Ingat kisah Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail yang ditinggalkan oleh nabi Ibrahim di tengah padang pasir? Mereka redha jika itu ketetapan dari-Nya lalu dipelihara oleh Allah Taala.
Ratna,
Sampaikan peluk cium kak Ngah kepada emak. Katakan padanya, kak Ngah memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mohon emak halalkan makan dan minum serta air susu yang disuapkan sejak dari bayi. Emak guru nombor satu kami!
Titpkan doa sentiasa buat arwah tok abah, mak wa, abah dan Ayu. Barangkali selepas penghijrahan ini kak Ngah tidak lagi dapat mencabut rumput dan menyirami pusara mereka. Barangkali Kak ngah tidak dapat lagi melihat embun pagi yang menyirami suasana hening damai di purasa itu. Tidak lagi mendengar kicau murai yang hinggap dipokok rambai dalam kebun peninggalan abah di belah kawasan kuburan.
Namun Ratna.. Kak Ngah akan titipkan doa kepada mereka ketika berbicara dengan Rasulullah dalam Raudhah. Moga roh mereka dirahmati Allah, dilapangkan dan diterangkan kubur mereka. Moga kita dibangkitkan Allah dengan wajah yang berseri-seri untuk menemui-Nya. Diberikan perlindungan dibawah A'rsyi Allah yang agung. Dipercepatkan perhitungan. Diberikan buku amal di tangan kanan. Dilepaskan dari azab siksa api neraka. Ditetapkan kaki melintasi silatulmustaqim. dan dimasukkan ke syurga tanpa di hisab.
Ratna,
Kami pasti merindui keluarga dan rakan-rakan semua. Namun, doakan kami sihat sejahtera dan bersabar serta solat jika diuji di rantau orang. Tahukah kalian, doa kami tidak putus agar suatu hari nanti adik-beradik, sanak saudara dan rakan-rakan diizinkan Allah menjejakkan kaki di bumi anbia itu. Sama-sama merasai apa yang kami rasai.
Ratna,
Akhir kata.. Kami pergi dahulu. InsyaAllah jika dipinjamkan lagi umur nanti kita berjumpa lagi.
Salam sayang,
sungguh menyentuh hati...selamat jalan buat Pn dan prof.
ReplyDeleteRina
Assalamualaikum k.Roza,catatan ini mengundang sebak di hati. Sampaikan salam kami kepada Baginda Rasullallah s.a.w. dan para sahabat. Doakan kembara kami di sini dipermudahkan Allah. Selamat jalan k.Roza dan Prof...
ReplyDeleteAssalam Kak Ngah, insya Allah... Jangan bimbang keadaan keluarga di sini. kami akan cuba uruskan segalanya sebaik yg mampu. Mak juga akan kami jaga/layan sebagai permaisuri hati kami walau layanan kami tidak sehebat yg diberikan kak Ngah & Abg Ngah..terima kasih atas doa yg diberikan. moga kita akan bertemu lagi tak kira di mana.. selamat jalan. Semoga perjalan ini dipermudahkan & diberkati Allah.. amin..amin..
ReplyDelete-Adikmu Ratna-
Assalam Puan dan Prof,
ReplyDeleteSelamat berangkat, doa kami sentiasa mengirigi puan sekeluarga.
Salam Sejahtera Pn Hajjah Raudzah Roslan,
ReplyDeleteSaya 'mencemburui' betapa puan seisi keluarga telah dipilih Allah untuk menetap di bumi Anbia.
hzm
Assalamualaikum K Roza,
ReplyDeleteMoga dirahmati Allah sentiasa.. Saya selalu mengikuti blog ini untuk dapat dijadikan panduan atas segala pengalaman.. Terima kasih.. Teruskan menulis.. :)
- Nazlin -
sungguh menyentuh kalbu... kebetulan nama saya pun ratna juga, jadi macam perasan kak roza tulis warkah utk saya! ;) jgn marah ye ratna, adik kak roza yg sebenar... :)
ReplyDeleteAssalam puan Raudzah, prof & keluarga,
ReplyDeleteSedih dan sebak. Begitu menyentuh perasaan. Baca blog prof saya menangis. Baca blog puan saya menangis.
Terima kasih atas doa puan buat kami warga blog ini dan warga KRTS.
Semoga puan dan keluarga sentiasa dalam kasih sayang Allah.
Kita berjumpa di bumi Madinah insya Allah
AJ
Assalamualaikum
ReplyDeleteKak roza, doakan kami semua juga mendapat tempat yang istimewa disisi Allah, di dunia & akhirat. Ameen...
Selamat berhijrah untuk kak roza, prof & keluarga. Semoga dilindungi Allah selalu.
-ummi zubir-
Semoga puan dan keluarga sentiasa dalam peliharaan Allah. Teruskan menulis puan. Saya sentiasa mengikuti perkembangan puan dan prof.
ReplyDelete-oked:)
Selamat berhijrah ke bumi yg yg sungguh bertuah itu k.roza dan proh kamil...teruskan menulis...doakan juga saya turut berpeluang menjejaki madinah dan mekah lg sekali....insyaAllah
ReplyDeletesalam puan...
ReplyDeletesayu rasanya....
selamat segalanya.....
moga2 sentiasa berada di bawah lindungan NYA.
ReplyDeleteSalam Roza
ReplyDeleteTerharu membaca lembaran ini. Terasa mcm kita bercakap2...tkasih kerana sudi berjumpa.
Salam.
ReplyDeleteKak Roza, selamat berangkat ke negeri yang indah.
Perkembangan penulisan Kak Roza semakin baik, bertambah baik, semakin menusuk jiwa, sehingga kadang-kadang seakan-akan mahu menitiskan air mata...teruskan menulis, saya memang sentiasa membaca blog Kak Roza dan Prof.
Saya doakan Kak Roza menjadi seorang penulis professional, "best seller" yang dapat menghantar mesej ke dalam jiwa manusia yang membaca penulisanmu.
Doakan saya dan keluarga agar dapat berjumpa Kak Roza sekeluarga di sana juga.
Salam sayang buat Kak Roza.
~raha~
Assalam buat kak roza...tenang sekali titipan ini diampaikan...namun segalanya padat bagi saya...klu ikut istilah yg biasa guna precise n concise...semoga dipermudahkan urusan di sana..saya juga pernah bercita2 utk menetap di sana ketika pertama kali menjejakkan langkah di bumi Madinah..ada sesuatu yg x dapat diungkaikan..mungkin ia sama seperti apa yang akak n prof rasa...namun rezki itu milik akak n prof serta anak2...syukur...sekali lagi di doakan agar segalanya dipermudahkan di sana kerna niat kita adalah kerna ALLAH...
ReplyDeleteSalam n Selawat ke atas junjungan besar yang dicintai Rasulullah SAW....sejahtera ke atas Rasullah SAW dan para sahabat serta ahli keluarga baginda....
Salam~
ReplyDeleteSebak saya membaca titipan ini. Moga kita ditemukan dibumi ambiya satu hari nanti. Minta doakan kami dipermudahkan Allah dalam segala urusan dunia dan akhirat. Didoakan juga agar Puan sekeluarga dikurniakan Allah ketenangan jiwa kerana jiwa yang tenteram adalah rihat yang paling baik.
rindu puan roza . ); , bila lagi dapat dengar puan roza bersyarah di depan kelas . semoga puan roza sihat sentiasa disana . amin .
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteRoza,
Terima kasih atas kesudian dan ketulusan hatimu untuk menjalin sebuah ukhwahfillah..dengan kami yang bukan siapa-siapa.. yang bukan berpangkat mana..
Oh, Roza..hangatnya pelukanmu -semoga bukan yang terakhir- masih terasa-rasa.. Sebaknya dada menahan tangis, hanya DIA yang maha mengetahui.
Maaf Roza, tiada tandamata yang sempat dititipkan..sekadar doa dan sekeping hati yang selalu akan mengingati dan mendoakan mu di kejauhan sana bersama suami dan anak-anak tersayang..
Sampaikan salam kami buat Kekasih Allah..Rasulullah SAW.. doakan kami sekeluarga agar segera sampai di sana..
Terima kasih Roza atas segalanya.. Syukur pada-Mu ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjadi sebahagian dari catatan diari kehidupan mereka suami-isteri yang sungguh istimewa di sisi-Mu.
Salam Rindu..!!!
-hairani ismail/azlan abd karim
-ayu najwa syafiqa
-aliff syamil
-aliff danial
Salam sejahtera,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur ya Allah..Kami telah selamat sampai di bumi Madinah.
Assalamualaikum kak roza..
ReplyDeleteSaya pun nak jadi adik kak roza juga..:-) Kak roza, tolong sampaikan salam saya pada Rasulullah SAW...saya rindu dan cinta padanya...saya berazam utk ke sana, doakan saya.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteBlog ini telah berpindak ke alamat http://wwww.muhdkamil.org/rozaroslan
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
salam puan - Allah hu Allah...Make me cry! Touching in deep!
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya berjaya menghabiskan buku smbungan buku travelog Cinta Abadi iaitu Travelog Impian Abadi. Terima kasih kepada Pn.Roza Roslan krn menulis travelog yg kisahnya hampir sama dgn kisah hidup saya dan kisah hidup semua orang....menunggu buku Pn seterusnya
ReplyDelete- suhana