Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, April 28, 2011

Ada dua buku kaver serupa?

Saya menerima komen dari salah seorang bloger yang mengunjungi blog "Hidup itu indah..kenangan cerita diri."
Pandangan itu sangat saya hargai dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Katanya:

Salam Pn. Roza,

Masa saya baca entry pada 21 April lepas (click entry), melihat cover buku TIAIYT, saya cuba mengingat cover latar belakang buku yang sama yang pernah saya nampak dan baca sebelum ini. maaf jika Pn Roza pernah nampak atau juga baca buku yang sama..

bukunya ialah
http://kembarabuku.blogspot.com/2011/02/ya-allah-aku-tak-ingin-sendiri-karya.html

Saya menjangkakan Pn Roza akan menerimanya sebagai "itu yang tertulis.."

Emmm... Benar. Kalau itulah kavernya, barangkali editor terlepas pandang. Mereka banyak kerja agaknya. Ya Allah, itu termasuk dalam kes plagiarism jugakah? Saya mohon keampunan Allah kerana kekilafan diri.

P/s Mohon maaf banyak-banyak ya tuan Borhan Sodiq..


6 comments:

  1. Salam.

    Manusia itu antara ciri-cirinya adalah melakukan kesilapan samada sengaja atau tidak sengaja. Semoga semuanya dipermudahkan.. ameen ya Robb.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera..

    Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
    mungkin secara tidak langsung/sengaja ianya menjadi 'promosi' kepada kedua-dua buku ini.

    ReplyDelete
  3. Aslkm
    Betul setiap yg berlaku ada hikmahnya...tapi gambar tu mcmmana ya..sapa tuanpunya sebenar..?

    ReplyDelete
  4. assalam,

    kena sembelih kambingla jawabnya nih....ini salah editor la ni. sedih la...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Roza,

    Kita memang tidak lepas dari ke khilafan. Tapi isi kandungan sudah pasti berbeza kerana saya baru sahaja habis membaca buku "Ya Allah, Aku tak Ingin Sendiri" ni minggu lepas. Mungkin ada hikmah yang ktia sendiri tidak dapat jangkakan...

    Ya... betul tu.. mungkin ini yang tertulis...
    Insyaallah jumpa esok... & jemputan kpd rakan2 di FSG saya buat sedikit hebahan juga.

    Mimi@fsg

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera Pn Roza,

    Penerbit yang salah , kenalah dia bincang dengan pihak berkenaan, Pn Roza ok.

    hzm

    ReplyDelete