Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, April 20, 2011

Itu yang tertulis..

Dua hari lepas semasa sedang menjadi panel pembentangan projek akhir pelajar, seorang pegawai dari pejabat pendaftar UiTM Shah Alam menelefon. Katanya ia berkaitan dengan permohonan bersara awal. Saya berjanji menelefonnya kembali setelah usai pembentangan pelajar.

Selepas zohor, saya memnghubungi pegawai berkenan. Beliau bertanya berbagai soalan dengan bersopan. Antara perbualan telefon kami;

"Benarkah puan mahu bersara awal? Bukankah puan baru sahaja disahkan jawatan sebagai pensyarah?"

"Mahasuci Allah! Itulah yang tertulis...dalam kitab yang Allah sediakan bagi saya di loh mahfuz. Bukankah Allah lebih tahu apa yang tidak kita ketahui..?

"Benar. Dapat berhijrah ke Madinah itupun suatu anugerah puan."

"Alhamdulillah! Kami diberikan peluang menjadi jiran kekasih Allah di dunia dan mudah-mudahan begitu juga di akhirat. Doakan kami dapat bermastautin di sana dan disemadikan di sana.."

Beliau terdiam. Namun beberapa soalan diteruskan.

"Bagaimana dengan harta-benda puan di sini.."

"Ikhlas saya katakan..segala barang kesayangan yang dipinjamkan oleh Allah telah diambil-Nya kembali. Ia tenggelam bersama banjir besar Segamat baru-baru ini puan..."

"Abah puan bagaimana? Saya dengar dia tidak sihat.."

"Abah? Semalam cukup sebulan arwah abah kembali ke rahmatullah.."

"Innalillah...maafkan saya kerana tidak tahu. Adik puan..Ayu?"

"Ayu? Jumaat lepas, 15 April 2011 dia selamat dikebumikan..."

"Puan..maafkan saya. Maafkan saya.."

Begitulah ketentuan Allah dan itulah yang tertulis. Ia telah tersedia sejak azali. Tiada suatupun harta dunia yang kekal. Hanya cinta Allah yang abadi... Barangkali ada sesuatu yang lebih baik di sana nanti. Hanya Allah yang maha mengetahui.

"Ya Allah..sesungguhnya hijrah ini kami lakukan semata-mata kerana-Mu. Muga kami semakin tunduk, semakin sujud dan semakin dekat dengan-Mu. Muga kami menjadi hamba yang tahu bersyukur dengan nikmat kurniaan-Mu..."

"Bersaksikanlah oleh-Mu wahai Tuhan..Sesungguhnya kami mengaku tidak manusia dan jin diciptakan melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Mu. Dan kami mengaku Rasulullah itu pesuruh-Mu"

"Sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada-Nya jua kami akan dikembalikan..

15 comments:

  1. Assalamualaikum Puan

    Alangkan cemburu saya dengan ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada Puan dan keluarga. Dapat menetap dan insyaAllah bersemadi di Madinah bersama dengan kekasih Allah adalah impian setiap muslimim/muslimat. Doakan agar saya juga dapat perkara yang sama. Amin

    ReplyDelete
  2. Aslkm Pn Roza

    Terharu sungguh dng nukilan2 roza. Menarik, menginsafkan...bila agaknya buku baru keluar?
    Roza sungguh beruntung!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaimualaikum
    Saya mengikuti blog MKI thn lepas. Blog puan baru thn ini saya mula baca termasuk entry lama2. Sprt kata anonymous1 di atas..saya juga cemburu dgn puan...Alhamdulillah..rezeki puan dan prof telah ditentukan..Saya juga berharap dan berdoa agar rezeki kami sekeluarga utk mengunjungi Tanah Suci dimakbulkan Allah. Sudah lama saya memendam hasrat ini...
    Semoga permohonan puan dan prof utk bersara awal diluluskan.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Segala puji-pujian hanya untuk Allah Tuhan pencipta alam.

    ReplyDelete
  5. Salam

    kak roza,..teringinnya saya nak jumpa in person masa pesta buku..tapi rasanya mcm tak berkesempatan aje.kak roza ada di pesta buku pada hari2 tertentu aja kan?

    ReplyDelete
  6. Salam Pn.Roza...
    Alhamdulillah,pn diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk berada dekat dengan kekasihnya. Sy juga bersyukur krn Allah memperkenalkan sy dgn pn dan Prof walau hanya di alam maya shj. Banyak ilmu berguna terutamanya tentang kehidupan kita yang singkat ini sy pelajari dari pengalaman pn & Prof. Hanya Allah yang mampu membalasnya pn..
    InsyaAllah, sy dan suami akan hadir semasa pelancaran buku pn & Prof.

    Salam syg,
    Qatrunnada a.k.a ummu_Hakeem

    ReplyDelete
  7. Ya Allah menitis air mata saya..

    Saya meminati Kak Roza dan buku tulisan Prof Kamal. Banyak perkara saya mengambil iktibar. Semoga urusan Kak Roza dipermudahkan.

    ReplyDelete
  8. salam Pn. Roza, benar kata pn. itulah yg tertulis & ketentuan Allah..keluarga pn adalah antara yg TERPILIH...semoga hijrah pn akan diprmudahkan; pernah berdetik dihati sekembali dari umrah utk bekerja di Mekah...tapi tanya balik nak kerja apa yg sesuai?? apapun doakan bersama agar kami akan dijemput menjadi tetamuNYA yg istimewa....mendapt haji yg mabrur..AMIN

    ReplyDelete
  9. Salam Puan...saya berdoa agar segala urusan Puan sekeluarga akan dipermudahkan Allah SWT,bersyukur Alhamdulillah Puan sekeluarga menjadi hamba hamba yang terpilih olehNYA...Dilla

    ReplyDelete
  10. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Saya pasti anak puan , Amirul akan menjadi seorang agamawan yang hebat apabila menuntut di Madinah, insyaAllah.Suasana Madinah akan menjadikan entri-entri di blog puan lebih memotivasikan untuk kita menjadi seorang insan yang kamil

    hzm

    ReplyDelete
  11. Salam Puan Roza....

    Sangat cemburu dengan nikmat Allah untuk Puan sekeluarga...nikmat dunia yang hebat dan keberkatan menuju akhirat...

    saya doakan agar puan sentiasa dirahmati dan jauh di sudut hati saya mendambakan agar kehidupan saya sehebat Puan sekeluarga...

    puan dan suami banyak memberi nasihat untuk saya sepanjang mengenali dalam alam maya ini...
    terima kasih...

    ReplyDelete
  12. s€alam hormat.
    Semoga Puan Roza sentiasa dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  13. salam kak...

    tiada rs cemburu dlm hati ini krn sy tau semua ini ketentuan Allah...moga nanti ada jua bahagian utk sy...moga nanti smpi jua seru buat kami seklrga...
    moga kalam dan bakat yg ada pd akak akan berterusan sebg penyambung silaturrahim sesama kita...sy doakan smua yg terbaik n terindah buat akak seklrga dan semoga doa itu jua dimakbulkan pd sy dan insan2 yg sy sygi...amin
    selamat berhijrah kak...ketentuan Allah itu pastinya 'manis2' belaka jika kita melihat dan menilainya dr mata hati...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum,

    Semoga diberkati selalu..doakan kami juga

    Amin..

    ReplyDelete
  15. sungguh indah perjalanan hidup roza & prof...semoga sentiasa dalam rahmah & kasih sayang DIA..

    ReplyDelete