Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, April 5, 2009

Bas Muar-Segamat


Bas berwarna merah kuning itu akan melalui laluan jalan besar Muar-Segamat (paling cepat) setiap setengah jam sekali.

Di dalamnya terdapat seorang pemandu dan konduktur bas yang memeriksa tiket berbangsa Tionghua.

Kami perhatikan bagaimana perlakuan penumpang yang menunggu bas tersebut dari bawah pokok tanjung. Penumpang selalunya akan menghulurkan tangan serta melambai-lambai kecil ke arah bas. Lalu, bas akan berhenti di hadapan mereka.

Tepat jam 5.30 petang (selepas selesai mengaji), kami akan berdiri di tepi jalan besar bertentangan dengan Masjid Kampung Paya Jakas. Kami berdiri di situ sehingga nampak kelibat bas merah kuning dari arah Muar.

Lalu, kami melambai-lambaikan tangan sebagaimana yang selalu dilakukan oleh penumpang lain. Kami lihat bas itu akan memperlahankan kelajuannya seolah-olah akan berhenti bila-bila masa sahaja. Apabila hampir sampai, kami undur beberapa langkah ke belakang.
"Woi ..mau naik ka?"

Kami mengelengkan kepala sambil senyum dan tersengih.

"Apa pasat bye-bye? (Lambai-lambaikan tangan)
Lalu, bas itu meneruskan perjalanan ke arah Segamat. Hampir setiap petang perkara yang sama berulang, namun bas itu masih tetap menghentikan kenderaannya di hadapan kami tanpa syak wasangka.

"Woi..mau naik ka budak?

Mengeleng-gelengkan kepala sambil tersengih.

"Sam pat lu!"
Pernah suatu hari, pada waktu yang sama kami tidak berdiri di tepi jalan itu tetapi menyorok di sebalik semak berhampiran. Apa yang berlaku?

Bas dengan pemandu dan konduktur yang sama memperlahankan kenderaan sambil menjenguk keluar di tempat kami selalu berdiri menahan bas. Mereka bercakap sesama sendiri di dalam bahasa Tionghua sambil tergelak-gelak kecil.
Pernah kami terfikir, rupanya manusia ini selalu sahaja mudah lupa malah tidak belajar dari apa yang berlaku. Atau ia mungkin berlaku secara luar sedar kerana telah menjadi rutin harian atau kebiasaan. Atau mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang menghiburkan hati.

Macam pemandu dan konduktur bas merah kuning tu..


9 comments:

  1. Salam Pn. Roza,
    Dulu kalau saya naik bas 'sangkut-sangkut' begini saya selalu berdoa agar bas tidak kerap berhenti, agar saya cepat sampai ke destinasi.

    ReplyDelete
  2. ahahah... tensen jadi driver bas mcm nih. ditahan berhenti... tapi tak jadi naik... uhuhu...

    ReplyDelete
  3. Yela kan kadang2 bila dh tiap2 hari kena tahan, bila satu hari xde rs cm lain la plak....hihihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Macam kita bernafas juga. Hari-hari pernafasan berjalan lancar tiba-tiba apabila kena selsema, baru kita tahu nikmat pernafasan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Mesti "uncle" bas tu rindu kat bebudak yang selalu usik dia.

    kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Roza,
    cuma nak tanya, puan adalah "kak ngah" utk adik2 puan, mana pula cerita "kak long/abg long?" saya andaikan puan adalah anak sulung berdasarkan cerita2 puan, kemudian baru saya perasan yg puan adalah "kak ngah" :)

    ReplyDelete
  7. salam,

    nakal eh masa kecik2 dulu...
    tapi ara rasa la kan pemandu tu carik2 sbb tu la hiburan dia time bosan2 bwk bus tu.. hehe.
    lumrah manusia la puan, time ada tak tau nk hargai, ble hilang baru nk sedar.

    ReplyDelete
  8. Tengok bas ni memang nostalgia betul lah..setahun sekali balik kampung raya kat muar...berebut-berebut..abah aku punya lah pandai dia masukkan beg dari tingkat dulu..heee

    ReplyDelete
  9. pemandu bas muar segamat bas merah kuning memang berkualiti dan baik hati. Masa arwah Mak Wa dah uzur dan agak nyanyuk suka lintas jalan ke rumah Mak Ngah. Pemandu bas tu selalu bawa perlahan bila tiba kawasan rumah Mak Ngah. Mereka pernah cerita pada abang sepupu saya, abang Midi.."Dekat situ a.. ada satu perempuan tua selalu lintas, mesti bawa perlahan"..dalam hati abang Midi berkata " Itu Mak Wa aku lah tu " ...tuty

    ReplyDelete