Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, April 22, 2009

Petai Lalang

Tiba-tiba perasaan naluri kewanitaan saya melonjak. Mulai kerap berbaju kurung, berkain batik atau berskirt labuh. Mulai pandai meminta mak agar membelikan saya bedak wangi dan makin kerap menyisir rambut.

Rambut yang dulunya pendek, kini di biar panjang.

Rata-rata bila ditanya, rakan sekelas yang telah akil baligh seusia saya mempunyai perasaan dan tindakbalas gadis remaja yang sama. Kami akur dengan perubahan diri. Terasa-rasa susuk tubuh membentuk secara semulajadi.

Perasaan malu mulai menular secara tidak sedar.
"Pakai pakaian dalam ni..Ia khas untuk gadis remaja. Tidak perlu lagi pakai T-shirt yang tebal di dalamnya." Saranan mak kepada saya.

"Satu lagi, ingat..Berjalanlah dengan teratur. Tidak cantik jika gadis remaja berjalan secara kasar, terkejar-kejar dan berlari-lari." Mak pesan berkali-kali.

Mak memang mementingkan tatasusila, budi bahasa dan kesopanan. Tuturkata dan tingkah laku akan di tegur untuk membentuk peribadi luhur. Cikgu pula berkata," Bahasa itulah menunjukkan bangsa. Oleh itu, bertuturlah dengan nahu yang betul."

Dalam pada itu, cikgu sekolah rendah berkali-kali berpesan agar kami [pelajar darjah 6 ] membuat pendaftaran untuk kemasukan ke tingkatan satu. Tarikh pendaftaran di buka sewaktu persekolahan di sebelah petang selama seminggu.

Saya bersama rakan sekelas berjanji akan pergi bersama. Saya berpesan kepada mereka jangan sekali-kali ada pula yang pandai-pandai nak bergaya dengan memakai baju kebaya atau berselendang kain kasa .

Sambil menunggu kawan-kawan, kami memetik petai lalang yang tumbuh meliar di tepi jalan. Setangkai demi setangkai dimasukkan ke dalam mulut tanpa sedar. Memang itu merupakan makanan ulam-ulaman kegemaran.

Sampai di sekolah menengah, kami dapati suasana persekolahannya ternyata amat berbeza. Pelajar tingkatan satu dan peralihan waktu persekolahannya di sebelah petang. Manakala, pelajar tingkatan dua hingga tingkatan lima waktu persekolahannya di sebelah pagi.

Kami berjalan masuk ke pekarangan sekolah dengan perasaan takut-takut. Tersipu-sipu malu apabila ada pelajar-pelajar lelaki bersiul-siul nakal mengusik. Perasaan melambung-lambung dan berbunga-bunga. Kami berjalan secara berkumpulan, berpimpinan tangan dan berhimpit-himpitan. Berbisik-bisik secara perlahan sesama sendiri apabila ada sesuatu yang ingin kami di kongsi.

Kami kelihatan tidak ubah seperti orang Jakun. Budak kampung baru melihat dunia . Tiba-tiba ada seorang budak lelaki yang mungkin sedang naik "Taik minyaknya" menyapa:
"You all semua ni hendak pergi ke mana ?"

"Mendaftar untuk masuk ke tingkatan satu.." Jawab salah seorang rakan saya.

"Allah mak ooii... Bau petai....!!"

7 comments:

  1. Salam Puan Roza,

    Tergelak sendirian saya baca entri ni..hahahaha...kelakar betulll...tak sabar nak tahu cerita seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Hahahahah.....harap2 esok ade laaa entry seterusnya......

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    He..he..he.. kelakonya. Jahatnya mulut budak tu. Lebih baik mulut bau petai daripada mulut
    macam tu...apa apa pun memang cerita kelako...
    Masa tu memanglah belum pandai control cun lagi...



    Kak wati

    ReplyDelete
  4. lawaknya..tp sy br tau petai lalang pun boleh makan..dulu masa kecik2 buat main masak2 je..:)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya petai menutup sendiri bau yang tidak menynangkan...

    ReplyDelete
  6. he..he lawak la pn roza ni..
    petai lalang atau petai belalang?
    sekarang ni teringin nak makan petai tu tapi segan nak petik.orang bagi makan kambing je..

    ..oked

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Ada juga orang berkata bahawa petai lalang atau petai belalang itu salah satu cara perubatan tradisional untuk mengawal penyakit diebitis.

    Entah. Tidak Allah jadikan sesuatu tanpa faedahnya.

    ReplyDelete