Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, April 24, 2009

Anggota


Entah mengapa naluri ingin kelihatan cantik, ingin berkulit putih dan bergaya datang melanda. Saya mulai pandai memayung diri dari terik panas mentari.

Pernah memakai bedak sejuk kulit rambai hasil tangan Mak Wa semata-mata ingin memutihkan kulit muka. Mak Wa tertawa. Katanya;
"Wajah putih terbitnya dari hati nurani yang bersih. Kita perlu memohon kepada-Nya."

"Bagaimana?"

"Sewaktu mengambil wuduk."
Mak Wa mengajar saya adab-adab ketika berwuduk dan kepentingan berdoa untuk setiap anggota wuduknya. Selepas niat, lakukan begini :
Berkumur-kumur sebanyak 3 kali dan berdoa,"Ya Allah! Permudahkan aku untuk membaca Quraan-Mu dan perbanyakkan zikir kepadaMu.

Memasukkan air ke hidung 3 kali ,"Ya Allah! Ciumkan hidungku ini akan bau wangi surga-Mu."

Keluarkan air dari hidung," Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada bau busuk api neraka."

Ketika membasuh muka,"Ya Allah! Putihkan mukaku dengan nurMu pada hari pembalasan seperti muka para AuliaMu dan jangan hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari menjadi hitam muka musuh-musuhMu."

Membasuh tangan kanan," Ya Allah! Berikanlah buku catatan amalanku pada hari pembalasan nanti di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.

Membasuh tangan kiri,"Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari menerima buku catatan amalan di tangan kiriku."

Ketika menyapu kepala,"Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka."

Ketika menyapu telinga,"Ya Allah! Perdengarkanlah aku akan suara pemangil syurga-Mu bersama orang yang soleh."

Sapu tengkuk,"Ya Allah! Lindungilah tengkukku daripada api neraka dan aku berlindung diri dengan-Mu daripada rantai yang membelengu di dalam api neraka."

Membasuh kaki kanan,"Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama kaki -kaki hambaMu yang soleh."

Membasuh kaki kiri," Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika melalui di atas titian Siratul Mustaqim."

Terkedu.

"Nah..Bacalah kitab Bidayatul Hidayah jika tidak percaya.."

8 comments:

  1. Kak Roza

    tq so much for this n3.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Terimakasih kerana kongsikan dengan pembaca
    doa-doa dari Mak wa tu.
    Semuaga Allah beri kesejahteraan dan kebahagiaan pada Mak wa Roza.



    Kak Wati

    ReplyDelete
  3. Salam kak roza,

    apa yg mak wa kata, sama macam mak teh saya. dulu saya belajar mengaji dengan dia.

    ReplyDelete
  4. Salam Roza,
    doa-doa tu sama macam yang mak saya pernah ajar la.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    terima kasih dengan mengingatkannya kembali.
    Ilmu yang sedikit tetapi besar manfaatnya.

    oked.

    ReplyDelete
  6. Hi K.Roza,
    baru hari ni dpt bc balik entry k.roza,5hari lps sy pi outstation..rindu rasanya.. bg sy tulisan k.roza adalah tips utk sy brhadapan dgn kerenah anak2.. doa ambil air sembyg, 1st time sy tahu..indah mghias kalbu..ketawa bc kisah petai lalang..then meleleh air mata bc kisah kain batik..thanks for sharing the story, sy pun hrp dpt jd setenang ibu k.roza mghadapi saat2 anak dtg akil baligh. Dulu masa sy; dah dua tahun baru mak tahu dah akil baligh sbb malu nk beritau mak..terkilan..antara sy dan aruah mak jarang sekali berbual hati ke hati..semoga sy dan anak2 tidak mgulangi kesilapan yg sama..

    ReplyDelete
  7. salam,

    selalulah berbisik pada NYA. Allah sentiasa mendengar.

    misi.

    ReplyDelete