Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, April 18, 2009

Guru


Bukan niat saya nak melawan guru, bukan juga hendak menunjuk pandai. Jauh sekali untuk menderhaka. Apa lagi untuk menunjuk ajar mereka. Siapalah saya..

Saya benar-benar menghargai jasa-jasa guru. Kagum . Malah, sabah hari saya berdepan, bergaul, berinteraksi dengan kalangan mereka.

Apa tidaknya, hampir kesemua bapa saudara saya adalah seorang guru [Pak Long Abdullah, Pak Ngah Rahim, Pak Uteh Majid dan Abah sendiri]. Tambahan lagi, anak-anak Pak Ngah [nota: sepupu-sepupu saya] turut mewarisi kerjaya yang sama.
"Jadi ke teater kita tu?" Kawan-kawan sekelas bertanya saya.

"Jadi..tetapi saya nak ubah sedikit jalan cerita dan wataknya."

"Kenapa?"

"Saya tidak percaya semua ibu tiri garang-garang belaka. Di dalam keluarga sebelah mak, saya dapati ibu tiri dan bapa tiri tidak pula begitu. Sepupu saya, Lan dan Juli mempunyai mak tiri. Han mempunyai bapa tiri. Saya dapati mereka elok-elok sahaja. Malah mereka di jaga dengan baik sekali. Rasanya abah melayan saya lebih teruk daripada bapa tiri." saya luahkan rasa hati.
"Jadi macamana rancangan kita..."
Setiap kali menjalani latihan, kami akan melakunkan sebagaimana yang cikgu pinta. Namun, di sebaliknya kami ubah jalan cerita. Tukar karekter setiap watak. Kami melakukannya dengan secara rahsia. Rancangan itu merupakan suatu kejutan untuk mereka.

Hari Guru menjelma.

Lakunan ibu tiri yang garang bertukar watak. Anak tiri jadi pembuli.
"Bosan lah jadi Mak Tiri.. Kamu semua ini tidak tahu di untung. Hari-hari jadi anak patung. Dah lah kena masak, kena kemas rumah..kain pelikat yang bergulung ini pun Mak Tiri kena kutip dan basuh ke?"

"Ya lah..siapa lagi yang kena buat semua ni. Mestilah Mak Tiri. Siapa suruh Mak tiri berkahwin dengan bapa kami? Haa.. Kenalah terima nasib badan. Kami ni termasuklah di dalam pakej perkahwinan."

"Menyesal..Mak Tiri menyesal! Suruh bapa kamu ceraikan Mak Tiri. Tidak sangguplah jika hari-hari diperlakukan begini." Mak tiri menangis, menutup muka sambil berlari.
"Mak Tiri, Mak Tiri.. Jangan lari...Habis, siapa yang hendak buat semua kerja rumah ni nanti?"
Begitulah sebahagian daripada teater "Ratapan Si Ibu Tiri" yang ditukar dari judul asal "Ratapan si Anak Tiri". Cikgu Md Amin, guru teater kami terkejut besar dan kelihatan "merah muka". Sedangkan guru-guru yang lain terbahak-bahak ketawa..

5 comments:

  1. hi nice to meet you

    please to my blog

    thank you

    ReplyDelete
  2. Kelakar la citer tu mcm mana la muka cikgu Md Amin masa tu ek? erm puan dan rakan2 kena marah ke lepas tu?? citer nie xabis lg kn....xsabar nk tnggu nie

    ReplyDelete
  3. Macam drama bersiri pula.. Bagaimana pun, murid dahulu pun sudah pandai berfikir secara kreatif dan kreatis. Guru zaman ini puaslah mengatur strategi pembelajaran dan pengajaran agar murid berupaya menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis. Mungkin ada banyak boleh kita pelajari daripada guru-guru kita yang dahulu mengorak langkah sebagai pendidik. Saya seronok membaca catatan Roza tentang guru. Sesungguhnya guru sangat dekat di hati kita semua. Saya pula terlibat langsung membimbing bakal-bakal guru di masa akan datang. Elok juga berkongsi pengalaman guru dulu, mudah-mudahan jadi panduan pada kita.

    ReplyDelete
  4. masih menunggu cerita seterusnya.....

    ReplyDelete