Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, April 14, 2009

Jambu Bol


Bentuknya bulat seakan jambu air, berwarna merah dan berdaun lebar. Rasanya masam-masam manis.

Di Baruh [nota: kawasan dusun buah-buahan keluarga ] ia hanya terdapat di sempadan tanah Mak Ngah Hajar dan Pak Long Abdullah.

Suatu petang di hujung minggu, saya di pelawa oleh Adib, sepupu sebelah abah untuk memanjat pokok itu. Adib (singkatan nama Adibah) adalah merupakan anak ke enam kepada Mak Ngah Hajar. Kakak-kakak dan abang-abang Adib kebanyakannya telah berjaya memasuki Maktab perguruan.

"Buah Jambu Bol kalau makan di cicah dengan sambal kicap, best!"

"Yang putih dan lonjong berbentuk macam gelas tu jambu apa?"

"Itu Jambu Susu atau orang panggil Jambu Gelas."

"Oooooo.."

Jambu Bol itu kami petik dan makan terus di atas pokok. Kami cicah bersama sambal kicap yang dimasukkan ke dalam bungkusan pelastik oleh Adib. Tiba-tiba muncul seorang budak lelaki yang tidak saya kenali. Dia berdiri terpaku di bawah pokok itu, mendonggak ke atas sambil memerhatikan kami berdua.

Terkenang kisah mempelam dahulu, kami mengingatkan diri agar jangan ada perasaan malu-malu dengan budak lelaki. Nanti, dikatakan kita "Main hendak-hendak" dengan dia.
"Boleh tak awak baling sebiji Jambu Bol ke bawah?

"Awak budak lelaki, panjat lah sendiri."

"Saya tidak pandai memanjat pokok."

"Laa..ada juga budak lelaki yang tidak pandai memanjat pokok. Sekolah di mana ni?

"MRSM Kuantan"

"MRSM tu sekolah berasrama penuh kan?

"Ya.."

"Tingkatan berapa?"

"Tingkatan dua. Sekarang tengah cuti semester. Sistem cuti di MRSM tidak sama dengan sistem di sekolah biasa."

Tiba-tiba saya rasa cuak dengan dia. Terlalu banyak maklumat yang diberikan tanpa perlu di tanya. Dia membayangkan keseronokan bersekolah di asrama penuh. Menceritakan budaya sekolahnya, pembelajaran dan pengajaran. Katanya, setiap pelajar berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam pelajaran.

Saya dan Adib terlopong tidak terkata. Tidak terbayang gambarannya di dalam otak kecil kami berdua. Jauh di sudut hati sebenarnya kami terpesona.

Namun;
"Bosan betul cerita sekolah awak. Bunyinya macam kena kongkong aje."

"Tidak. Kebanyakan pelajar di sana, selepas SPM akan di hantar untuk menyambung pelajaran ke luar negara."

Saya cuba mematahkan cerita.

"Sambut Jambu Bol ni! Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi cerita.
Kami tengah sibuk benar ni. Kalau awak hendak balik, silakanlah ya."

"Boleh tak saya dapatkan beberapa biji lagi untuk abah saya."

"Sebab apa abah awak hendak makan Jambu Bol ni ? He..he. Dia mengidam ke?" Kami gelihati mendengar permintaannya.

"Tidak. Sebab ini pokok Jambu Bol dia dan ini kebun buah dia..."

"Oppsss.... Adib, dia ni anak Pak Long Dollah ke?" (berbisik)

Adib menganggukkan kepala.

"Jom kita balik...."

18 comments:

  1. Salam Puan Roza,

    Dah lama betul saya tak merasa buah jambu ni. Termasuk la buah jentik2, buah keranji (antaranya yg saya ingat). Buah2 begini dah pupus agaknya... Kesian generasi baru sekarang tak dapat nak merasa keenakannya.

    ReplyDelete
  2. Salam buat K.Roza yg manis,

    Dulu masa kecil, kat kebun abah ada sebtg pokok ni.. byk betul buahnya..merasa gak duit hasil jualan kat kawan2 di sekolah..
    saya pun kaki panjat pokok masa kecik.. sampai baca buku pun kat atas pokok..masa tu kebanyakan pelajar mmg teringin nk masuk MRSM.Bila kakak sy dpt masuk masa dia form 1, semua org bangga kat dia..tu yg bila sy tak berjaya masuk masa form 1..sedih nya rasa..nasib baik berjaya gak masuk masa form 4..tp budak2 skrg ramai juga yg tak berminat gi sekolah asrama nampaknya..

    ReplyDelete
  3. Salam puan....

    Hahahaha.....kerana buah jambu nie juga....kenal sepupu sorang lg..... :-)

    ReplyDelete
  4. kwang kwang kwang... patut laa minta lebih... pokok jambu ayah dia rupanyer... huhu...

    ganaz jugak skill budak perempuan memanjat pokok. masa kecil dulu tak berkesempatan nak memanjat pokok. maklumlah duduk berek polis. bukan ada dusun buah mcm nih..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Sepupu sendiri pun tak kenal.....he..he..he
    Dah lah panjat pokok jambu ayah orang....tunjuk "act" pulak tu.
    Kelakonya.


    Kak Wati

    ReplyDelete
  6. hmmm..lamanya tak rasa jambu bol dan jambu susu tu. memang sedap kalau makan dengan sambal kicap (dan campur belacan sikit).

    Ya Allah- blog puan ni memang mengimbau nostalgia saya masa kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  7. Salam Pn Roza,
    Selain jambu bol yang saya dan kawan2 sebaya makan, kami makan sekali daun muda pokok jambu bol. Dulu2 mana ada jajan macam sekarang. Kami makan dengan sedikit garam, garam kasar lagi masa tu garam halus takde kut. Kami bungkuskan seketul kecil garam dalam daun muda jambu bol dan...ngappp..seronok bukan main. Rasanya sedikit pahit, tapi masa tu tak kisah pun. Semua sedap. Putik nangka yang kelat tu pun kami makan, dengan garam juga. Kalau sekarang nak makan putik nangka tu, tak boleh dahh...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Wahh..ramai yang jenis "Maserba" rupanya. Seingat saya, semua jenis putik buah saya mencuba. Masa tu kakak sepupu kata kami semua "Buruk Lantak!"

    Ya Allah. Indahnya zaman budak-budak.

    ReplyDelete
  9. i'm ur silent reader.saya suke bace Pn.Roza punye blog.hampir semua entry telah dibaca.
    sama jugak utk blog prof Kamil.

    sambil menyiapkan final year project.semangat saya up dan down.baca tulisan Pn dan Prof.buat saya makin bersemangat.terima kasih banyak banyak!

    saya juga berasal dari family yg susah.dan alhamdulilah.kesusahan mengajar kami 9 beradik berjaya ari ini...dengan ilmu pengetahuan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sue,

    Alhamdulillah, Ilham dan semangat itu datangnaya dari Allah.

    ReplyDelete
  11. citer kanak-kanak ni memang best.. kita kutip citer macam ni, sebenarnya ramai anak muda tak faham dan tak terbayang macam mana kehidupan kita dahulu..

    ReplyDelete
  12. heheheheeee....
    mmg lawak tahap gaan dah nie...
    memule bace mcm agak serius sambil pikir kerek gak puan rauzah nie, hik hik hik...
    sekali sampai part akhir tu, kite ketawa terkekek-kekek...
    ade ke patut buat kerek ngan anak tuan punye pokok...
    dan sikit punye indah bahasa budak laki tu, relax jer....
    tapi die kena berterima kasih gak...
    kalau takdek puan rauzah yg nakal ni, tak merasalar die buah jambu bol tu.....yes...

    ReplyDelete
  13. salam perkenalan...
    sy suka sgt baca coretan saudari...
    teringat juga masa zaman kecik2 dulu di kg...
    buah jambu bol yg U pamerkan nie juga mengigatkan zaman kecik2 sy ...dah lama x menikmati buah2 nie...

    Kesian generasi baru sekarang tak dapat nak merasa apa yg pernah kita rasa dulu...

    ReplyDelete
  14. terima kasih banyak banyak puan roza
    suati ari nanti..jika diizinkan allah..
    mau saje saya mengenali pn roza dgn lebih dekat..

    ReplyDelete
  15. bestnya berani panjat pokok.. kenangan yang tak boleh dijual beli.. mengajar menjadi lebih tabah dan berani serta keyakinan diri.. dan kak roza dah berjaya sekarang.-FA

    ReplyDelete
  16. salam kak roza,,,
    tentang jambu bol u tu..
    u tak cakap pn umh mak ngah hajar n pak long abdullah tu kt mana..ckap ler,,i tgh cari buah tu,org umh mgidam ar,,
    u reply kt mail i je ehh,,k time kasih
    adi_crow9@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Salam Puan Roza,

    Jumpa blog anda semasa browse gambar jambu bol. Terimaskasih share gambar dan banyak cerita menarik. Jambu bol ni memang sedap kalau masak dan saya juga ada kenangan tentang buah tersebut. Cerita kenapa tak pandai ngaji. Kebetulan saya mula tulis blog pada bulan Februari 2010 yang lalu, nama Sarihani Falahi address:
    hati berdetik dan berbisik. blogspot.com

    ReplyDelete
  18. salam puan...
    boleh tak bantu sy dapatkan buah jambu ni..ada kawan ni mengidam sangat..dah bertahun mencari satu m'sia ni tapi xgak berjumpa..
    harap dapat bantu ye

    email sy di zam_kmsoccer@yahoo.com

    ReplyDelete