Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, April 9, 2009

Kad Pengenalan


Hari itu saya bersiap lebih awal dari pagi-pagi hari Sabtu yang lain. Saya sapu minyak rambut yang di campur dengan bunga kenanga hasil tangan Mak Wa. Saya sikat rambut rapi-rapi dan mengenakan pakaian yang paling cantik sekali.

Berkali-kali saya melihat cermin. Paling ke kiri dan ke kanan. Melihat diri dari berbagai posisi. Berulang-ulang kali membuat latihan senyum. Senyuman yang paling menawan.

"Minum dulu, takut awak pitam nanti. Nak buat kad pengenalan itu bukannya sekejap. Awak kena ambil nombor giliran di Pejabat Pendaftaran."

"Baikkkk..."
Tetapi saya masih lagi tidak bergerak dari menghadap cermin muka di bilik mak. Terlintas di dalam hati untuk mencalitkan sedikit gincu bibir agar kelihatan seperti pepatah "Bibir merah bak delima merkah."

Saya cekalkan hati dan mencalit sedikit di bibir. Mengemam-gemam bibir dan juihkan sedikit. Merah dan berkilat.
"Wahh..cantik juga."

Masih tidak berganjak dan hati masih terus berkata-kata.

"Tapi.. kalau budak lelaki nampak nanti, mesti mereka ketawa berguling-guling melihat saya. Mesti mereka mengata saya buang tebiat!"
Lalu, saya mencapai kertas tisu dan membuang palitan gincu yang ada.
"Cepat sikit..Shimah, Nida dan Aja dan sampai ni.."

"Baik mak.."
Saya berlari turun ke rumah di bahagian dapur. Minum dengan tergesa-gesa dan mencapai beberapa biji jemput-jemput campuran ikan bilis dan bawang. Terima kasih mak kerana menyediakan sarapan pagi pada hari itu. Mak menyuruh saya menjamah nasi goreng terlebih dahulu, namun saya menolaknya.

Di halaman rumah, saya hampir-hampir tidak mengenali rakan-rakan sekelas saya. Mereka kelihatan anggun bergaya dan berdiri dengan penuh yakin.
Shimah bergincu merah menyala dan berbaju kebaya. Kasut tumit tingginya pasti mahal jika di beli di kedai.

Aja yang dulunya berambut lurus separas bahu, mengeritingkan rambutnya ala-ala "David Arumugam" dari kumpulan Alleycats. Pilihan tepat, mengikut aliran semasa.

Nida berpakaian kurung cekak musang ketap sampai ke dagu. Anting-anting bulatnya bagaikan gelang tangan yang pasti muat jika di sarung di lengan tangannya. Selendang kain kasa menambah gaya.
Kata cikgu,"Kita harus berubah menjadi orang baru, semangat baru dan identiti baru. Berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Penuh bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan rakan taulan. Kad Pengenalan diri adalah lambang kedewasaan."

Terbukti.
Mereka benar-benar telah bersedia menjadi dewasa.

Gambar Ihsan dari internet : KP Siti Nurhaliza dulu.


9 comments:

  1. Kak Roza,
    tak banyak yang saya ingat tentang zaman kanak2 saya.. mungkin sbb byk kenangan pahit yg menyebabkan saya cuba memadamnya begitu saja..
    tetapi bila membaca kisah2 akak,buat saya belajar utk menghayati setiap yang dilalui dalam hidup ini... terimakasih atas pengajaran yg berguna..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ms.Legolas

    Kenangan pahit itulah detik yang paling indah di dalam hidup. Sebenarnya Allah sedang mengajarkan kita sesuatu.

    Lihatlah ia dengan pandangan matahati.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    "cantik" siti nurhaliza time muda2 dulu. hehe.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Terperanjat juga mula-mula tadi. Ingatkan dan tersalah masuk blog Dato' Siti.



    Kak wati

    ReplyDelete
  5. salam puan,

    teringat kenangan buat ic ms darjah 6. mama temankan.. sampai tertidur tunggu orang ramai sangat kat jabatan pendaftaran tu.. hehe.

    terbangun ble mama kejut. tak cantik da masa tu. hehehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Memang lawak bila ingat semula Kad Pengenalan pada usia itu. Latihan senyum yang saya lakukan pun tak menjadi pada masa tu..

    Aja, berkali-kali mentertawakan diri sendiri,"kenapalah aku pergi keriting rambut pada masa tu.."

    ReplyDelete
  7. salam...
    blog yang best!!!
    teringat kisah buat ic dulu dengan abah saya..
    haha.....
    (^_^)

    ReplyDelete
  8. oohhh... ic dolu2 hitam putih jerk... tak tempek lipstik pun tak per :) tapi ic masa umur 12 tahun dulu mmg huduh... tak pandai senyum... heh heh heh...

    ReplyDelete
  9. Salam..

    kenapa puan tak upload gambar KP puan dlu? Hehehe mesti kontroversi! ;) Gurau je.. hehe

    ReplyDelete