Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, April 20, 2009

Kain Batik


Hari itu saya pulang dengan hati berbunga-bunga. Kain batik sarung yang di pakai untuk lakunan sebagai "Mak Tiri" benar-benar menambat hati saya. Saya pakai sehingga pulang waktu persekolahan. Sengaja tidak menyalin pakaian lakunan.

Perasaan benar-benar menjadi seorang perempuan menyentap hati dan perasaan. Entah mengapa ia menyentuh hati saya. Terharu, sayu dan berbagai rasa. Jika Mak tiri itu ditakdirkan adalah saya, ingin sekali rasanya mengubah perspektif dunia terhadapnya.

Di sepanjang perjalanan pulang, saya teringat Mak Wa. Bagaimana Mak Wa memelihara begitu ramai anak-anak saudara sebagai anak angkatnya. Saya juga melihat mak dan abah. Ramai kakak dan abang sepupu yang kematian ibu atau bapa di bela oleh mereka. Mereka dipulangkan kembali, setelah ibu atau bapa mereka berkahwin lagi.

Saya teringat semasa di Labis, rumah sewa kecil kami penuh sesak tetapi ceria. Kak Long Sidah bersama tujuh adik-beradik yang kematian ibunya, abah pelawa untuk tinggal bersama. Mereka adalah anak-anak kepada kakak sulung sebelah emak.

Adik bungsu Kak Long Sidah , Lan hanya beberapa bulan sahaja beza usianya dengan saya. Mak berkata, ketika itu Lan berusia baru sembilan bulan. Ibu yang di sayang pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya semasa Lan di dalam dakapan. Masih menyusu badan. Mak berkali-kali berpesan, Lan bukan sahaja sepupu saya malah merupakan abang susuan.

Sebelum sampai di rumah, saya singgah terlebih dahulu ke rumah Mak Wa. Saya memperagakan kain batik sarung yang di pakai kepadanya. Mulut saya tidak berhenti-henti menceritakan keseronokan teater yang dilakunkan. Mak Wa hanya mendengar sahaja sambil sesekali tertawa.
"Anak dan harta adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Samada ibu kandung atau ibu tiri, anak-anak itu adalah amanah yang telah Allah aturkan di dalam hidup kita. Semua itu telah tertulis di dalam buku di Loh Mahfuz. Qada' dan qadar adalah ketentuan Allah."

Saya diam.
"Allah hanya menguji hamba-Nya bersesuaian dengan kemampuan mereka."

Petang itu saya pulang dari mengaji di dalam keadaan lemah sekali. Terasa kepenatan dan tidak berdaya. Tidak pernah saya alami keadaan begitu. Pening kepala, terasa mual dan perut memulas-mulas. Sampai di rumah, saya pakai semula kain batik sarung tadi. Berbaring , sekadar melelapkan mata dan melepaskan lelah sebentar.

Saya hanya tersedar, apabila abah mengamuk di dalam kegelapan malam.
"Kenapa tidak pasang lampu gasoline? Macam paku dengan penukul! Kalau tidak di kerah, tidak di buat! Berlakun bukan main pandai lagi.. Dah solat ke belum ni?"

Oh, itu memang kesilapan saya. Tertidur di dalam kepenatan. Terlena melampaui waktu senja. Namun, didapati sebenarnya adik-adik saya telahpun memasang lampu pelita.

Zasss! Zass!
Seperti biasa rotan padu berfungsi lagi. Betul-betul di atas betis. Kain batik sarung yang nipis tidak dapat menangkis kesakitannya. Saya cepat-cepat memasang lampu gasoline sambil menangis perlahan di dalam hati.

Semasa mengambil wuduk, saya dapati ada tompokan darah tumpah di kain.

"Mak, berdarah betis saya. Bolehkah saya bersolat di dalam keadaan seperti ini?

Mak perhatikan betis dan kain batik sarung. Bukan. Bukan dari betis punca datangnya darah itu. Direnungnya wajah menahan tangis saya. Ada air kelihatan bergenang di pelipis matanya. Dengan penuh kasih sayang, mak bertanya:
"Awak tidak sihat? Lemah dan tidak berdaya?"

"Ya."

"Tidak mengapa. Boleh cuti solat untuk beberapa hari dan waktu. Mari, mak tunjukkan bagaimana hendak hentikan darah itu..."
Terima kasih mak kerana memberikan tunjuk ajar. Maklah guru pertama saya menuju alam remaja. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasanya.

15 comments:

  1. ada jugak lah pengalaman pakai kain batik semasa remaja...kalau Azie lah..time dlm pantang je baru digunakan kain batik nie..

    ReplyDelete
  2. nak sgt berkenalan dgn lebih dekat...bila lah ada rezeki kita dipertemukanNya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Sedih pulak baca cerita Roza. Akak bayangkan keletihan Roza. Tak salah rasa rasanya kalau tertidur sebentar. Masih lagi sempat bersolat kan.

    Harap2 kita lebih bertolak ansur dgn anak-anak kita. Bimbang juga ada dendam yang tak padam nanti. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Anak-anak dulu memang berjiwa waja dan mempunyai jatidiri yang kuat.. kalau anak2 sekarang diperlakukan demikian, akibatnya anak tersebut akan memberontak dan berdendam.Persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan anak-anak, peranan saudara mara ibu itu sendiri..
    Anak sekarang kena letir sikit dah pandai menengking emak bapak balik, belum lg rotan singah di betis...
    Wlbgaimanpun, seronok membaca kisah Puan Roza..TQ

    ReplyDelete
  5. ayah akak garang,
    ina baca pun jd geram.
    tp itulah yg buat akak berjaya kan?

    ReplyDelete
  6. Orang nampak kain batik, abah garang dan ....

    Orang tak nampak awak dah akil-baligh, keluar darah haid, dah jadi budak besar... he... hee

    Itulah awak pandai dan ada bakat menulis!

    ReplyDelete
  7. yang tersurat dan tersirat... saya pun tak perasan sebenarnya nak citer tentang akil baligh... sungguh tak perasankan... uhuhu.. tajam betul pemerhatian cik anon.

    ReplyDelete
  8. Salam....

    Bergenang air mata baca story kali nie....
    Saya boleh bayangkan betapa badan lemah & fikiran agak emosional utk 1st day dtg bulan.....kene lak rotan....mmg menyedihkan.....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Saya pun tak perasan ceritanya. Terfikir juga
    apasal pulak betis berdarah boleh cuti solat.
    Bertambahlah sayu hati ni mengenangkan betapa
    letihnya Roza pada hari pertama itu. Kena rotan lagi.
    Tentu Abah Roza sedih baca cerita Roza sekarang. Baru sekarang dapat di luahkan.
    Namun begitu inilah "Ruyong" yang telah dipecahkan dan sekarang Roza telah mendapat "sagunya"



    Kak wati

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Abah kita memang garang..siapa yang tak kenal Cikgu Roslan. Tapi..abah juga cikgu paling disukai oleh kawan2 sekolah sebab pandai bercerita dan tak kedekut pada anak murid yg memerlukan pertolongannya..

    -Ratna-

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Roza,
    Saya sedih baca entri ni...kenapalah asyik rotan rotan rotan...tak boleh ke bertolak ansur sikit...tidak adakah belas kasihan dan kasih sayang...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Roza,

    Sesungguhnya pengalaman lampau menjadikan Roza atau sesiapa sahaja tabah menghadapi dugaan hidup. Lebih daripada itu, kita akan menjadi lebih 'kreatif' menangani ranjau hidup. Tentu sekali ia menjadi asas kejayaan dalam kehidupan kita.

    Roza memang berbakat besar menjadi seorang penulis, sama dengan Abang Prof Roza... Setiap coretan pasti menyentuh jiwa. Seronok membaca dan seolah-olah kita kembali ke zaman awal remaja dulu.

    Salam, Kak Hanila.

    ReplyDelete
  13. Sedihnye.. tentu sakit kene rotan..dan time tu tentu rasa sedih..

    tapi, kesedihan lama tu bertukar menjadi kenangan manis sekarang..betul tak kak?? -FA

    ReplyDelete
  14. salam, tentu sakit kene rotan. Alah biasa r tu, saya pun selalu kene rotan masa kecik-kecik tapi bila dah besar remaja mana ada kene rotan lagi,dah pandai jadi orang. cerita yang best!!! :)

    ReplyDelete
  15. abah saya tentera...hohoho.
    merotan tu tujuannya mendidik, bekas memang berbekas tapi alah bisa tegal biasa.

    ReplyDelete