Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, April 2, 2009

Limau kasturi Asam Boi 2


Petang itu abah berikan sekeping duit kertas kepada Tuti dan Ratna lalu minta mereka membeli sesuatu di kedai runcit Pak Usu Daud. Mereka pergi dengan perasaan gembira.

Sejurus itu, abah masuk sebentar ke dalam bilik dan tanpa perlu bersoal jawab.. Zasssss! Zass! Dua libasan di bahagian betis.
"Nak jadi hantu? Nak jadi ketua samseng?"
"Tapi orang..."
"Haa menjawab! Dah mula pandai menjawab!"
Zassss! Satu lagi libasan rotan padu hinggap di punggung pula. Terasa perit tajamnya menusuk daging.
"Patutlah malas belajar sekarang. Sibuk dengan main hendak-hendak! Kalau muka kita tidak cantik tetapi pandai belajar tak apa lah jugak...."
Itulah abah. Memang tidak pernah memberi peluang langsung kepada anak-anak untuk membela diri. Keputusan dia adalah muktamad.

"Tahukah abah bahawa ada orang mengata anak perempuan dia sebagai budak hitam, tidak cantik malah tidak sedarkan diri kerana tidak pernah tengok muka di cermin. Tahu kah abah bahawa ada orang mengatakan bahawa lelaki tidak ada selera tengok muka anak perempuan dia. Tambahnya lagi silap haribulan langsung tidak bertemu jodoh dengan sesiapa. Hendakkah abah jika saya membiarkan sahaja orang mengata, mencaci cela sedangkan menurut ustaz, ditakuti ia merupakan suatu doa.

Mahu kah abah jika doa itu dimakbulkan Allah kerana dia Maha mendengar walaupun ia diucapkan didalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Saya tidak sanggup jika seumur hidup tiada lelaki yang sudi kepada saya.

Maaf kan saya abah, saya melawan kerana sudah tidak tahan kepada tohmahan. Sesungguhnya saya bukan begitu. Saya bukannya hantu apatah lagi berhasrat untuk mengambil tempat ketua samseng!'

Itulah monolog hati dan perasaan yang ingin diluahkan namun, saya tidak berupaya. Ia tersekat di kerongkong, tersumbat di dalam dada. Bertahun-tahun ia di situ. Biarkanlah ia begitu. Biarlah abah tidak tahu. Jauh di sudut hati saya berbisik :

"Ya Allah, Beritakan bisikan hati ini kepada Abah bahawa saya sentiasa berdoa untuk menjadi anak kebanggaan dia. Saya sentiasa berusaha untuk tidak menyakitkan hatinya. Sedar diri tidak cantik malah tidak pandai..Maafkan di atas kekurangan diri ini.

"Wahai tuhan, berikan saya kekuatan dan kesempatan walaupun sekali di dalam hidup ini agar abah merasakan saya adalah anak yang berguna, bakal berbakti kepadanya dan bertekad di dalam diri untuk menjaga dirinya ketika dia tua nanti..

"Wahai tuhan, sampaikanlah..tunaikanlah segala hajat, makbulkan lah segala permintaan.."

Saya berlari keluar rumah tanpa menoleh ke belakang menuju ke rumah Mak Wa. Tanpa disedari kain kurung yang di jahit petang tadi, carik lagi. Benangnya tetas satu persatu. Tiada tangisan, tiada air mata.

Cuma doa..Doa untuk abah agar suatu hari nanti dia akan mendengar dan memandang wajah saya.


12 comments:

  1. Salam. Saya tertarik, terpesona dan bemacam ter lagi bila membaca coretan puan. Adakah puan menghasilkan sebarang novel atau jadikan catatan ini sebuah novel? Mau saya membelinya.

    ReplyDelete
  2. habislah puan. dah ada orang yang nak jadikan puan novelis. haha.. anyway, saya pun suka baca coretan puan yang sangat nakal. budak hitam ye? kite samalah puan.

    tapi puan jangan khuatir... sekarangkan dah ada abang prof. ensem lagi. saya dengan bai jeles! hahaha..

    ReplyDelete
  3. he... he... he... Memang saya suka sangat dan malam ni 2 blog sekali saya jumpa dan tak sangka Puan isteri Prof yang memang saya pun suka baca coretannya dalam MIDI. Tahniah.

    ReplyDelete
  4. alahai... sedihnya kena rotan. tak dapat nak bela diri lagitu... naper ek orang tua2 dulu begitu? tak bagi chance langsung...

    ReplyDelete
  5. Salam Pn. Roza,

    Tersentuh saya membaca coretan kali ini...bab mak dan ayah cepat menyentuh hati saya.

    But i'm sure, your abah is very proud of whay you have acieved now...

    Terima kasih kerana berkongsi coretan hati

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Semalam semangat berkobar2 baca cerita Roza.
    Hari ni Roza buat akak tangkap leleh terkenangkan nasib "budak hitam" yang ketika akak kenal dah jadi putih rupanya.

    Apa rahsianya tu....

    ReplyDelete
  7. Salam Puan....

    Emmmm sambunggan cerita yg menyedihkan....bergenang air mata bila baja cerita arini...
    Nie yg buat terus tertunggu2 cerita berikutnye...

    Hanis

    ReplyDelete
  8. Salam Puan...

    Lupa nak tanye...mane cerita Asam Boi....

    ASAM BOI CICAH NGAN LIMAU KASTURI.....emmmmm mmg sedap....

    Hanis

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Pandai Puan mengolah cerita, sekajap ketawa, sekejap meleleh air mata, selalunya penuh dengan pengajaran.

    Tak sabar tunggu penghujung cerita ni

    ReplyDelete
  10. Salam, sedih untuk post kali ini...tp banyak pengajarannya....

    ReplyDelete
  11. bapak zaman dulu2x memang mcm tu.....hal2x rumah tak mo ambil tau... semua serah kat mak......

    ReplyDelete
  12. SALAM, ORANG TUA DULU2 MEMANG MACAM TU TEGAS. TAPI TENGOKLAH HASILNYA SEKARANG. ROTAN TU MASIH RELEVENT

    ReplyDelete