Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, April 4, 2009

Limau Kasturi Asam Boi 3


Minggu yang murung.

Pagi itu saya telah di panggil oleh Guru Besar. Di beri amaran kerana berkelakuan buruk - Bergaduh di kawasan sekolah. Saya juga di minta berdiri di hadapan kelas semasa mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan oleh Cikgu Roslan Bin Daud (abah).

Beliau mengulas panjang tentang kepentingan berkelakuan baik walau di mana sahaja kita berada kerana kita membawa imej serta nama baik sekolah dan juga ibubapa. Perlakuan sesaorang melambangkan peribadi dan personaliti. Sikap tidak tahan di cabar dan tidak sabar amat merugikan. Apa sahaja boleh berlaku di dalam keadaan di luar sedar. Di tambah lagi dengan hasutan iblis yang laknat!


Zasss! Zass!

Dua libasan rotan halus singgah di betis yang terdedah kerana memakai gaun unifom sekolah rendah. Satu daripadanya kena tepat di tempat bengkak libasan petang semalam. Bisanya menusuk hati dan perasaan. Saya berdiri tegak tidak bergerak.

Di sebelah petang, juga di panggil oleh Guru Besar sekolah Agama. Cikgu Yatiman dan Cikgu Zarkasi tergelak kecil apabila di bacakan kes "Budak perempuan pukul Budak lelaki di dalam kelas". Saya dan Bxxx di beri amaran agar tidak mengulanginya. Kami di minta agar saling maaf memaafkan.

Sepanjang minggu di waktu persekolahan, rakan-rakan melarikan diri. Murid-murid kecil cuba mengelak apabila terserempak. Ia bukanlah suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Suatu petang, seorang rakan sekelas membawa limau kasturi ke sekolah agama. Limau kasturi tersebut di belah lalu di selitkan asam boi di antara belahan tersebut. Rakan tersebut mempelawa saya mencubanya. Saya menolak kerana secara dasarnya limau kasturi dan asam boi kelihatan masam jika dimakan secara berasingan.

"Betul. Tetapi, jika limau kasturi dan asam boi ini disatukan, ia mempunyai rasa
manis yang unik. Lebih sedap lagi jika kita makan dengan ais krim Malaysia."

Rakan tersebut terus mempelawa. Saya rasa perlu mengambil tindakbalas positif kerana sudah hampir seminggu saya murung dan memencilkan diri.
"Emmmm....betul. Ada lagi tak?"
"Itu asam boi yang terakhir."
"Ada sesiapa boleh pergi beli asam boi di kedai? Boleh tolong panggil Bxxx."
Bxxx datang secara berlari.
"Kenapa awak panggil saya?"
"Bxxx, boleh awak tolong beli asam boi? Nah, ambil Dua Ringgit belilah untuk kawan-kawan satu kelas".
Bxxx berlari-lari menuju ke kedai...

Mahasuci Allah yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Limau kasturi Asam boi menjadi penamat sebuah kemarahan. Menambah kematangan cara pemikiran. Kenangan indah yang tidak mudah dilupakan. Sesunggunya Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian tanpa sebab. Ada hikmah disebaliknya.

10 comments:

  1. KakRoza

    tetiba terus suruh anak saya g kedai.
    hahaha
    beli limau nipis dan asam boi!

    2008 admitted ICU sebab PH Asid level org dah nak mati.
    pekena air limau kasturi blend + asam boi sehari 3 bungkus selama seminggu!
    masuk ICU 14 hari ! sampai sekarang doktor tak tau penyebab saya hampir mati!
    kekekeke!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Masa kecil, limau kasturi dan asam boi tu kami makan secara terus..Tidak perlu buat air pun.

    Bahaya untuk orang diabitis tegar!

    ReplyDelete
  3. Salam Pn.Roza, lama saya tak pekena asam boi n limau kasturi. rasanya sangat segar

    ReplyDelete
  4. huishh...baru lepas pekena mangga muda cicah kicap tadi....hehe tapi terliur jugak lepas baca entri ni...

    ReplyDelete
  5. da habis ke cte puan ni?? hehe.. aritu cite kat clas tak habis. berusaha jugak nk baca blog puan ni. hehehe... hebatlah puan. luv luv

    teringat saat kena rotan ngan cikgu displin sbb dtg lmbt.. hi hi zaman nakal =p

    ReplyDelete
  6. Salam Puan,

    Fuhhhh sakitnyee bila dok kene rotan nie...ngeri bila ingat balik zaman kecik2 degil & kene rotan dgn papa...emmmmm
    Puan, maknanya sejak haritu Bxxx terus jadi baik dah yekk....saya nak gelak gak bila baca Bxxx laju je bangun gie beli asam boi....dah hilang sungguh sikap ketua dia...hahahah...ketua baru yg power!

    Hanis

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Puan Roza mcm saya juga.Saya kurang berminat berkawan dgn lelaki tapi kalau mereka tersalah langkah mencari pasal dgn kita maka nasiblah. Ada yang berani mencabar habis basah baju. Ada yang mengganggu dilempang 5 jari dimuka.Ada yang mengusik adik pun sekali kena brainstorming.

    resipi ni pula saya ingatkan baru.sbb masa mengandung anak ketiga saya dioffer oleh pekerja restoran untuk mencuba.sama ada limau kasturi atau epal hijau dicampur asam boi.... mmmmmmmm mengiurkan

    ReplyDelete
  8. salam...
    hehehheeee...sedapnye makan limau kasturi ngan asam boi....sampai tang kulit keenakkannya terasa...
    puan roza pernah cube air kedondong (amra) campur asam boi?
    sedap sangat...
    abg saye yg create bile pegi kedai makan kt kg...sampaikan skang ni kedai tu dh ade supplier kedondong tu sbb ramai yg suke...
    cubalah...........YES...

    ReplyDelete
  9. salam..pn roza.dah sebulan tak jengok blog ni.
    sebak rasanya dengan cerita-cerita..terkenang semasa kecil bersama aruah mak..
    masa kecil dulu saya makan asam boi dengan limau kasturi atas pokok limau..dah terliur dah ni..
    tapi sekarang dah kena gout..gigi pun ngilu rasanya nak makan macam tu lagi

    oked

    ReplyDelete
  10. salam...
    ble bca citer puan ni teringin plak nak makan asam boi...da lma x mkan...hehehe

    ReplyDelete