Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, April 8, 2009

Masakan


Keputusan peperiksaan darjah lima diumumkan di dalam cuti persekolahan akhir tahun. Seperti jangkaan, hasil keputusan yang diperolehi amat tidak memberangsangkan. Namun, saya menerimanya dengan hati yang terbuka malah tidak merasai apa-apa kekesalan.

Apabila cikgu bercerita tentang keseronokan sekolah berasrama penuh dan tentang kepentingan pelajaran, saya langsung tidak teruja. Beria-ia cikgu memberitahu bagaimana sekolah seumpama itu mampu membuat kita berdikari, mempunyai jati diri dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Tidak. Tidak berganjak daripada pendirian saya.

Otak kecil saya melihat bagaimana sekolah berasrama penuh itu akan menjarakkan hubungan kami adik-beradik, merenggangkan hubungan kekeluargaan dan menjadikan diri sebagai orang asing di dalam keluarga. Atau sememangnya saya telah ditakdirkan Allah untuk tidak ke situ kerana ada potensi untuk menjadi pembuli atau di buli (yang telah ada di dalam diri).
"Tidak mengapa, masih ada Sijil Rendah Pelajaran (SRP) semasa di dalam tingkatan tiga nanti. Saya pasti awak boleh berjaya dan memasuki mana-mana sekolah berasrama penuh yang bagus."

Cikgu Mohd Amin (Arwah), guru darjah Enam, masih tidak jemu-jemu memberikan motivasi , walhal saya langsung tidak terkesima. Saya mendengar tanpa sedikit pun merasa anjakan motivasi di dalam diri.

Apakah yang berjaya membuat saya berubah?

Masakan.

Saya melihat bagaimana dengan belajar memasak ia berjaya merapatkan hubungan saya dengan mak dan Mak Wa. Mak Wa mengajar saya agar memasak dengan hati dan perasaan serta penuh kasih sayang; penuh kesyukuran diiringi dengan doa.
"Mulakan memasak dengan Bismillah. Kemudian selawat kepada Rasululullah Sallallah Alaihi Wasallam. Lalu, mohon keizinan Allah dengan niatkan di dalam hati agar mudah-mudahan masakan ini memberi barkah kepada semua yang menikmatinya, menjadikan mereka mensyukuri nikmat rezeki pemberianNya, memberi kesihatan yang baik dan membuatkan mereka jatuh kasih kepada kita."

Benar. Ia berjaya membuatkan abah yang tegas dan kelihatan garang, tersenyum semasa menikmati masakan hasil tangan saya.

Saya masih teringat, bagaimana saya memohon mak agar meminta abah pulang untuk makan tengahari pada hari kelahirannya yang ditakdirkan Allah jatuhnya pada cuti hujung minggu. Seperti biasa orang kanan saya ( Tuti dan Ratna) banyak memainkan peranan. Mereka menjadi pelayan (waiters). Saya siapkan semua hidangan di atas meja berserta hiasan bunga. Setiap masakan ada taburan hirisan lada merah, bawang goreng dan hirisan daun bawang diatasnya (termasuklah di atas ikan kembung goreng).

Apabila makanan siap terhidang, Tuti dan Ratna mempersilakan mak dan abah ke meja untuk menjamu selera. Hari itu, saya melihat abah tersenyum ke arah saya. Betapa senyuman itu menusuk terus ke hati sanubari. Di dalam hati saya berbisik,
"Abah, senyuman itulah sebenarnya yang mampu menitiskan air mata saya. Bukannya sebatan yang berulang-ulang."
Saya melihat mak mengasingkan kesemua hiasan dari hidangan masakan saya terlebih dahulu. Boleh digunakan untuk masakan lain katanya. Kemudian, saya melihat mak juga mengambil sepiring garam halus yang dicampurkan dengan sedikit air panas lalu dimasukkan ke dalam gulai ikan masak lemak cili api.
"Ikan goreng ni awak tidak gaulkan dengan garam kah?"
"Bubuh. Saya masukkan dua sudu besar.."
"Emm..patutlah." ( termasin rupanya)
"Gulai ikan ni awak bubuh asam keping ke tidak?
"Oppss..lupa."

11 comments:

  1. Salam Pn Roza..
    terliur pulak kakliza tenguk ikan Puan beratur comel dalam pingan terhias siap ngan serinya..

    nanti bolehlah kakliza cuti amsak dan jalan2 ke Segamat nak rasa air tangan Puan pula...

    hehehhehe...

    ReplyDelete
  2. nak rasa jugak bleh? belum ada kesempatan lagi nak balik johor. nantilah kalau ada masa terluang saya singgah laa yer... ehhh.. orang tak jemput... huhuhu... tak malu.

    ReplyDelete
  3. Agaknya dengan doa puan roza ketika masak itulah membuatkan perubahan kedalam diri Abang Prof kan? Ada kemungkinannya. Berkat kesabaran dan doa dari isteri yang setia.... seronoknya. semoga Allah juga memberi ilham kepada saya ....

    sakinah

    ReplyDelete
  4. salam....pn roza..saya faradia..saya ade menyertakan satu link bagaimana serai mampu mengurangkan sel barah....sejauh mana keberkesanannya...terserah pada Nya...insyallah boleh dipercayai...pengetahuan english saya cetek..tp saya harap link ini mampu menolong adik puan....semoga berjaya..

    Subject: LEMON GRASS CAUSES CANCER CELLS TO COMMIT SUICIDE


    I got this really good information on Lemongrass and cancer. Thought you would like to share this with everyone. Imagine what the Lemongrass essential oil can do. Would make a nice warm (not Hot) tea to drink and also get the benefits from it.
    Fresh Lemon Grass Drink Causes Apoptosis to Cancer Cells

    (apoptosis) noun: a type of cell death in which the cell uses specialized cellular machinery to kill itself; a cell suicide mechanism that enables metazoans to control cell number and eliminate cells that threaten the animal's survival.

    Citral is the key component that gives the lemony aroma and taste in several herbal plants such as lemon grass (Cymbopogon citratus), melissa (Melissa officinalis) and verbena (Verbena officinalis. )

    According to Ofir, the study found that citral causes cancer cells to 'commit suicide: using apoptosis, a mechanism called programmed cell death.' A drink with as little as one gram of lemon grass contains enough citral to prompt the cancer cells to commit suicide in the test tube.

    The BGU investigators checked the influence of the citral on cancerous cells by adding them to both cancerous cells and normal cells that were grown in a petri dish. The quantity added in the concentrate was equivalent to the amount contained in a cup of regular tea using one gram of lemon herbs in hot water. While the citral killed the cancerous cells, the normal cells remained unharmed.

    The findings were published in the scientific journal Planta Medica, which highlights research on alternative and herbal remedies. Shortly afterwards, the discovery was featured in the popular Israeli press.
    Why does it work? Nobody knows for certain, but the BGU scientists have a theory. 'In each cell in our body, there is a genetic program which causes programmed cell death. When something goes wrong, the cells divide with no control and become cancer cells. In normal cells, when the cell discovers that the control system is not operating correctly - for example, when it recognizes that a cell contains faulty genetic material following cell division - it triggers cell death,' explains Weinstein. 'This research may explain the medical benefit of these herbs.'
    The success of their research led them to the conclusion that herbs containing citral may be consumed as a preventative measure against certain cancerous cells. As they learned of the BGU findings in the press, many physicians in Israel began to believe that while the research certainly needed to be explored further, in the meantime it would be advisable for their patients, who were looking for any possible tool to fight their condition, to try to harness the cancer-destroying properties of citral.
    That's why Zabidov's farm - the only major grower of fresh lemon grass in Israel - has become a pilgrimage destination for these patients. Luckily, they found themselves in sympathetic hands. Zabidov greets visitors with a large kettle of aromatic lemon grass tea, a plate of cookies, and a supportive attitude. 'My father died of cancer, and my wife's sister died young because of cancer,' said Zabidov. 'So I understand what they are dealing with. And I may not know anything about medicine, but I'm a good listener. And so they tell me about their expensive painful treatments and what they've been through. I would never tell them to stop being treated, but it's great that they are exploring alternatives and drinking the lemon grass tea as well..'

    Zabidov knew from a young age that agriculture was his calling. At age 14, he enrolled in the Kfar Hayarok Agricultural high school. After his army service, he joined an idealistic group which headed south, in the Arava desert region, to found a new moshav (agricultural settlement) called Tsofar. 'We were very successful; we raised fruits and vegetables, and,' he notes with a smile, 'We raised some very nice children.'
    On a trip to Europe in the mid-80s, he began to become interested in herbs. Israel , at the time, was nothing like the trend-conscious cuisine-oriented country it is today, and the only spices being grown commercially were basics like parsley, dill, and coriander. Wandering in the Paris market, looking at the variety of herbs and spices, Zabidov realized that there was a great export potential in this niche. He brought samples back home with him, 'which was technically illegal,' he says with a guilty smile, to see how they would grow in his desert greenhouses. Soon, he was growing basil, oregano, tarragon, chives, sage, marjoram and melissa, and mint just to name a few.

    His business began to outgrow his desert facilities, and so he decided to move north, settling in the moshav of Kfar Yedidya, an hour and a half north of Tel Aviv. He is now selling 'several hundred kilos' of lemon grass per week, and has signed with a distributor to package and put it in health food stores. Zabidov has taken it upon himself to learn more about the properties of citral, and help his customers learn more, and has invited medical experts to his farm to give lectures about how the citral works and why..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Kakliza & cilun..itu cuma gambar hiasan yang diambil dari internet.Ikan goreng saya tidak lah secantik macam tu.

    Sakinah,
    Insya Allah Taa'la. Orang tua dulu banyak petuanya..boleh di ambil iktibar kerana kesannya dapat di lihat pada jangka masa yang panjang.

    Faradia, Thanks.

    ReplyDelete
  6. Puan Roza,

    Cerita -cerita puan banyak yang membuatkan hati saya terkesan pada kesusahan hidup semasa kecil..

    Teruskan menulis coretan yang sungguh bermakna ini..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Puan Roza...

    Saya amat bersetuju dengan petua tu... memasak tanpa kasih sayang dan minat berbeza rasa masakn tersebut...sebab itu tukang masak yang memasak kerana kerja semata-mata tidak akan mendapat kepuasan di hati pelanggan..

    Ain

    ReplyDelete
  8. kak roza,

    seronok dan terharu baca cerita2 waktu kecil akak. dulu saya selalu ke blog prof tapi sekarang dah bertukar pergi blog kak roza dulu lepas tu visit blog prof. You are a good writer and storyteller.

    norsiah

    ReplyDelete
  9. Kak Roza,
    saya terkesan setiap kali membaca cerita akak.
    Kagum saya.Ceritanya sangat indah dan byk pengajaran..Yang lebih mengkagumkan ialah kekuatan daya ingatan kak Roza.. teruskanla memberi inspirasi kepada kami semua... saya selalu ceritakan kisah2 k.roza pada anak2 saya, ternyata dia orang seronok mendengarnya kerana kehidupan kanak2 dahulu berbeza dgn skrg

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Norsiah & Ms.Legolas,

    Ilham dan ingatan yang kuat itu datangnya dari Allah sayang..

    Hari ini Dia masih mengizinkan dengan meminjamkan nikmat ingatan itu. Esok? Belum pasti. Alhamdulillah! Syukur dengan nikmat itu.

    ReplyDelete
  11. last merasa maskan puan roza masa
    buat open house dulu,
    lgpun best dpt lepak dgn budak2
    part , dah mcm reunion,.

    ReplyDelete