Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, April 16, 2009

Hari Guru



Beberapa minggu sebelum sambutan "Hari Guru", saya pernah bertanya cikgu;
"Cikgu, tidak adakah program lain selain makan-makan sahaja?"

"Apa cadangan awak?"

"Persembahan nyanyian, teater drama, bacaan sajak, puisi atau apa-apa sahaja."

"Siapa yang perlu buat itu semua?"

"Cikgu suruhlah setiap darjah menyumbangkan satu persembahan."

"Kenapa tidak awak yang menjalankan program itu."

"Saya cuma mencadangkan sahaja."

Cikgu menyuruh saya menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran meja guru di dalam kelas. Rakan sekelas yang lain sedang sibuk menyudahkan latihan kerja. Saya terlebih dahulu cepat-cepat menyelesaikannya kerana ingin mengambil peluang berbincang dengan cikgu tentang program sambutan hari guru. Ingin luahkan apa yang ada di dalam dada dan di benak fikiran.
"Baik. Jadi program ini siapa yang perlu sumbangkan tenaga?"

"Murid-murid darjah 1 hingga darjah 5.."


"Murid darjah 6?"

"Cikgu..kami tak payahlah ambil bahagian. Biar orang lain yang melakukannya.."
Saya melihat muka cikgu semakin serius tetapi tenang.
"Itulah kesilapan kita. Kita sering menunding jari agar ada orang lain yang perlu melakukannya. Kenapa tidak kita yang memulakan? Di dalam hidup ini, kita bukan sahaja harus pandai bercakap tetapi kita juga harus bertanggungjawab untuk melaksanakan. Apabila kita mencadangkan sesuatu program, kenapa tidak kita yang menjadi modelnya?"

Saya terdiam. Membenarkan kata-kata cikgu tadi.

"OK lah..darjah 6 akan mengadakan persembahan teater."

Cikgu tersenyum sinis.

"Awak hendak memegang peranan sebagai apa?"

"Saya hendak jadi perempuan betul-betul. Lemah lembut, pemalu dan bersopan. Saya tidak mahu lagi jadi watak "Tom Boy" yang cikgu berikan dahulu."

"Awak tidak sesuai memegang watak itu." Cikgu berkata tanpa memandang muka saya.

"Habis tu, watak apa yang sesuai untuk saya, cikgu?"

"Watak seorang ibu tiri yang garang."

"Huh..."

Saya terdengar suara orang menahan ketawa di belakang kelas. Apabila saya menoleh ke belakang, suara mereka menghilang.

9 comments:

  1. Kak Roza,

    Baca entry ni teringat kat semua guru2... buat kak Roza, Selamat hari guru ye...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Roza,
    watak ibu tiri yang garang.. he he

    ReplyDelete
  4. Salam Puan,

    Ibu tiri yg garang????......hahhahaha....mmg lucu

    ReplyDelete
  5. x kisah lah watak apa oun yg penting keiklasan kita utk megadakan persembahan...

    sy pun dulu pernah juga menjayakana majlis hari guru we all buat Pentomen..." like teater "...

    ReplyDelete
  6. Hope ada sambungan cerita latihan dan pementasan teater tu..

    ReplyDelete
  7. Salam..
    lama kakliza tak komen due to a bit bizi ngan tugasan buku resepi dan balik Kedah baru-baru ni..
    teringat masa kakliza Tahun 3 [1967] dulu dah pun aktif dengan aktibiti sekolah..kakliza jadi cekgu tau...tapi akhirnya jadi cekgu masak siber pulak...:D

    ReplyDelete
  8. Salam ,
    Seronok baca catatan memori Puan Roza; saya pun teringatkan guru-guru saya yang bayak sumbangkan jasa. Masa berlalu; saya cuma mampu doakan mereka dimana pun mereka berada. Puan Roza, tahniah kerana berjaya menterjemahkan memori yang menarik yang berupaya mengimbas kembali kenangan pembaca blog anda.

    ReplyDelete