Semakin hampir tarikh keberangkatan kami ke tanah suci, semakin kuat goncangan ketakutan hati. Segala yan dibuat terasa tidak kena. Semakin banyak tips yang diajarkan oleh rakan-rakan, semakin terasa kebimbangan.
Saban hari, fikiran kami semakin buntu. Dengan izin Allah, semakin kerap kami terjaga di tengah malam. Ia sebagai suatu persiapan dan juga memberikan kami peluang bermunajad kepada Allah. Dari luar bilik terdengar suara suami seolah-olah bercakap-cakap dengan sesaorang. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Bercakap hampir dua jam.
Ya. Kami suami isteri benar-benar ketakutan.Emak dan abah sering berpesan agar kami membiasakan bangun seawal pukul 2 pagi. Kata mereka, banyak urusan ibadat yang boleh dilakukan di Baitullah sebelum masuk waktu sembahyang subuh.
“ Bangunlah seawal jam 2 pagi dan terus ke dataran kaabah. Terus lakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan. Niatkan tawaf sunat. Ia lebih afdal daripada sembahyag sunat Tahyatul Masjid.”
Kami semakin gusar.
“Kadang-kadang kami melakukan umrah. Selepas memakai kain ihram, kami menaiki van atau teksi ke Tana’im atau Ja’rannah untuk berniat umrah. Kemudian terus bertawaf tujuh pusingan di masjidil haram. Jangan bimbang jika terbatal wuduk semasa bertawaf, ambil semula wuduk. Kemudian kita hanya perlu sambung sahaja pusingan yang tertinggal. “
Abah sambung lagi.
“Sebaik sahaja selesai tujuh pusingan kaabah, kami sembahyang sunat tawaf di belakang makam nabi Ibrahin dan minum air zam-zam. Kemudian kami lakukan sa’ie dari bukit Safa’ ke Marwah ulang-alik sebanyak tujuh kali. Kemudian kita tahalul bagi membebaskan diri dari larangan dalam ihram. Itu sahaja proses umrah.”
Tahlul? Semakin gundah gulana hati kami. Perkataan-perkataan arab seperti itu kadang-kalanya menakutkan kami yang tidak memahami bahasa arab. Lalu, kami dapatkan beberapa naskah buku panduan haji dan umrah dari kedai-kedai buku.
“Oh, itu makna tahlul rupanya..”
Semakin banyak yang kami baca dan semakin banyak yang kami dengar dari rakan-rakan serta sanak saudara, ia semakin mendebarkan. Ia bukan seperti menyiapkan diri untuk menghadapi ujian peperiksaan.
Salam Hjh Pn Roza,
ReplyDeletePergi lagi tahun nie? syukurlaa
InsyaALLAH memperolehi haji mabrur.
Doakan saya juga bakal menyusul ke sana kelak.
Salam Kak,
ReplyDeleteSyukur padaMu ya Allah kerana mengirimkan kami kad jemputan. Tapi saya dlm kegelisahan...ya..saya takut Ya Allah, saya benar-benar takut. InsyaAllah dgn izinNya saya & suami & adik akan berangkat ke tanah suci utk mengerjakan haji sedikit masa lagi. Hati benar-benar risau..semua rasanya serba tak kena. Doakan kami kak...moga urusan haji kami juga dipermudahkan dan mendapat haji yg mabrur.
Kak Roza,
ReplyDeleteSaya mengalami debaran selama 1 minggu sahaja...tapi persediaan express menyebabkan badan cepat letih sebelum berangkat...tp...debaran seminggu itu saya ingat sampai bila bila....bila kaki menjejak sahaja ke tanah suci, air mata saya mengalir macam hujan...saya rasa kerdil...
Harap Puan dapat berkongsi lagi tentang perkara-perkara seperti ini buat bagi membantu kami yang kurang faham ini. Gaya Puan bercerita membantu saya faham bagaimana tawaf di jalankan. Terima Kasih...
ReplyDelete