Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, September 22, 2010

Travelog Cinta Abadi: Suatu perjalanan..


Sekadar memetik petikan komen pembaca manuskrip TCA: Suatu perjalanan.

"Ya Allah, jika pepohon segenap alam menjadi pena dan seluruh lautan di dunia menjadi dakwatnya..masih tidak mampu untukku mencatatkan segala nikmat serta ilmu-Mu yang dilimpah kurniakan kepada diriku.."

"Wahai Tuhanku.. daku akur dan ampunkan segala kekurangan diriku..."

Komen Pertama

Roza memang pandai bercerita. Ia kelihatan lebih mudah dan berkesan di hati kerana ia merupakan kisah kehidupan sebenar yang dilalui oleh semua orang. Travelog Cinta Abadi: Suatu Perjalanan sangat-sangat berbeza dengan Travelog Cinta Abadi: Hari yang Berlalu.

Pertama, khalayak pembaca sangat bersimpati dengan Roza melalui kisah-kisah remaja beliau melalui travelog yang pertama. Ia melambangkan dunia awal manusia yang tidak ternoda dengan hawa nafsu yang melampau. Dunia kanak-kanak adalah saat yang indah untuk dikenangkan tetapi ia lebih bermakna jika ia dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT.

Kedua, saya menjangkakan para pembaca akan mula melihat kehidupan sebenar seorang manusia melalui travelog yang kedua. Gelombang perasaan remaja yang ditakluki perasaannya nyata memberi kesan kepada perjalanan kehidupan seterusnya. Roza berkahwin muda dan membawa bersama cabaran sebagai seorang isteri, ibu dan anak.

Saya ketawa, tersedu malah ada ketikanya geram dan menyampah apabila membaca catatan-catatan yang disampaikan melalui Travelog Cinta Abadi: Suatu Perjalanan. Unsur-unsur geram dan menyampah inilah yang membezakan dengan siri yang terdahulu.

Bila saya menamatkan helaian terakhir – akhirnya – para pembaca mula menyedari yang mereka membaca kisah mereka sendiri melalui perjalanan kehidupan Roza. Kesemuanya terkandung dalam sebuah buku yang sangat bermanfaat.

[Pembaca Manuskrip Travelog Cinta abadi: Suatu Perjalanan]


Gambar ihsan : Karl Taylor photography UK

4 comments:

  1. Salam Kak Roza.dah keluar ke bukunya? saya nak beli macam mana ye.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum masakanganu,

    Sedang diedit..

    ReplyDelete
  3. salam Roza

    Masih teringat2 lagi keenakkan masakan Roza masa mama berkunjung menemui roza dan suami.

    Moga berbahagia. Tak sabar nak beli buku tu. Gambar pokok tu shahdunya...memenangkan.

    ReplyDelete
  4. gambar pokok itu sudah saya abadikan pada desktop...terima kasih kak roza

    ReplyDelete