Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, July 22, 2011

Kicau murai semakin merdu..

Sepanjang minggu ini suasana kampus desa pingitan ini tenang sahaja. Kampus desa yang sering menjadi gurauan siswa-siswi.

"Puan, kampus tempat jin bertendang..he..he.."

Sambil senyum sinis saya membalas.

"Ya.. tempat jin yang memakai jeans. Jeans yang secara terang menonjolkan punggung-punggung anak-anak gadis manis Malaysia. Anak-anak manis itu pelajar saya..."

Mereka tersenyum sipu. Malu-malu. Tanpa sedar mereka jua terkikil manja sambil berbisik-bisik sesama sendiri seolah-olah mentertawakan diri sendiri.

"Wahai anak-anak ku.. Siapa di sini yang berani angkat tangan menyatakan jeans itu sebahagian dari pakaian perempuan Islam? Siapa yang ada di dewan besar ini tergamak menunaikan solat dengan jeans ketat yang di pakai berpasangan dengan T-shirt yang saya tahu saiz bra mereka.."

Bertambah kuat mereka tertawa. Saya provok mereka lagi sebelum memulakan sesi pengajaran.

"Ya..Alhamdulillah, saya tahu kamu semua bertudung walaupun memakai jeans dan T-shirt itu. Tetapi boleh di bawa sembahyangkah pakaian seperti itu? Benchmark atau tanda aras pakaian perempuan islam adalah ia boleh di bawa sembahyang... tanpa perlu memakai telekung."

Mereka mula diam. Tunduk memandang meja. Saya teruskan lagi...

"Ada tak di antara kamu faham makna aurat? Mahu saya terangkan...?"

Lalu saya berkongsi maklumat yang di baca mengenai aurat perempuan Islam. Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah dari HR Abu Daud yang mencatat sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Lima minit tazkirah sebelum memulakan sesi pengajaran adalah saat paling indah untuk di kenang. Itulah saatnya saya melihat wajah manis anak-anak perempuan pelajar saya berfikir seketika. Barangkali mereka juga seperti saya suatu masa dahulu...liat untuk mendengar ceramah agama, apatahlagi berkampung di pusat Islam. Atau barangkali mereka tidak tahu lantaran memakainya secara ikut-ikutan. Pernah seorang pelajar perempuan berkunjung ke bilik saya sambil mengesat air mata;


"Puan..bagaimana saya mahu mengaji al-quraan, bersembahyang apatah lagi bertudung..kerana ibu saya sendiri tidak melakukannya?"


Jadi, biarlah saya menjadi ibu mereka. Biar dewan kuliah ini menjadi gelanggang bagi saya menyampaikan sesuatu. Sampaikan walaupun satu ayat. Mudah-mudahan ia bermanafaat.


Sepanjang seminggu cuti semester ini tiada kelibat gadis-gadis manis berjeans ketat yang memalingkan muka mereka apabila berselisih dengan pensyarah. Pensyarah yang berkira sangat dengan cara pemakaian mereka.


Biarlah begitu...Pagi ini saya mahu menikmati suasana damai kampus tanpa hiruk-pikuk serta sakit mata dan bersedih hati melihat cara pemakaian mereka. Saya mahu menikmati kicauan murai yang sibuk mematuk jambu-jambu air yang sedang masak ranum. Kerana esok, barangkali suasana seperti ini telah menjadi kenangan.

Benar..kicau murai kedengaran semakin merdu.

7 comments:

  1. Assalam Roza,

    Alhamdulillah. Teruskan lah perkongsian ilmu terutama nya dengan anak2 gadis kita ini kerana mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar ke jalan yang lurus. Mereka juga nanti di kemudian hari menjadi "leaders".

    Allah permudahkan usaha yang ikhlas, insya Allah.

    p/s tak sabar menunggu buku ke 3.

    ReplyDelete
  2. Assalam Untie..

    Sesungguhnya untie adalah Pensyarah/Ibu sejati..yang mahu membawa semua 'anak-anaknya' ke syurga..ameen ya Rab.

    ReplyDelete
  3. salam
    alhamdulillah...mereka masih mahu berubah,mendengar kata....

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Roza,
    Mengimbau kenangan di UITM Shah Alam 1989-1993,1994.Selalunya bila ke kuliah jam 8.00pagi pak guard akan menahan siswi yang memakai seluar terutamanya jeans.Outing walaupun hanya ke section 2 perlu meninggalkan outing kad di pondok jaga.Sentiasa ada majlis ilmu setiap petang jumaat,tazkirah antara maghrib ke isya'.Teringat pesanan kakak2 senior,sekaranglah maasa untuk kita menambah amal ibadah,berqiamullail...bila telah berkerja,berkahwin,beranak..tak tentu kita dapat meluangkan masa untuk melaksanakannya.
    Syukur alhamdulillah...UITM sentiasa dihati.

    ReplyDelete
  5. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Anak-anak gadis Melayu memakai jeans dan anak-anak gadis Arab memakai jeans (barangkali kecuali di Arab Saudi)...Adakah ini menunjukkan kebangkitan Islam?

    hzm

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt kak Roza,

    Etika berpakaian sepatutnya diwartakan sebagai undang-undang di pusat-pusat pendidikan. Ia adalah didikan kerana remaja memang perlu dibentuk. Selepas tamat pengajian, terpulanglah kepada mereka mahu memilih jalan yang mana satu, tetapi ketika masih belajar, institusi perlu mengambil tanggungjawab mendidik mereka walaupun dalam etika berpakaian.

    ReplyDelete
  7. salam..kak roza..sedih tau melihat pelajar2 uitm sekarang..kalah artis kak..siap pakai legging ke fakulti..

    ReplyDelete