Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan terakhir..

Semalam kelas subjek pengurusan sumber manusia dimulakan agak lewat beberapa minit. Ada beberapa pelajar yang tidak datang tepat pada waktunya sedangkan mereka tahu hari itu adalah hari pembentangan kerja berkumpulan.

"Tahukah kamu adalah bakal pemimpin di masa akan datang? Kamu berpotensi menjadi pengurus, menjadi ketua jabatan. Kita harus menjadi model atau mentor kepada pekerja. Mereka melihat kita..."



Saya mulakan khutbah di pagi hari. Barangkali mereka baru balik dari cuti pertengahan semester. Barangkali mereka sudah terlupa. Biar saya mengingatkan mereka.

" Dalam konteks pelajaran pengurusan sumber manusia, kita antara pengubal polisi dan pengamalnya dalam aktiviti organisasi.. Kalau kita mahu staf datang tepat pada waktunya, kita juga harus begitu. Di dalam Islam..waktu menjadi keutamaaan."



Lalu mereka diingatkan dengan surah Al-Asr yang bermaksud "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh...



Sepuluh minit kemudian muncul beberapa pelajar lelaki membawa dua pelastik besar bungkusan nasi lemak dan sebekas air. Subhanallah!

"Puan..maaf lamat sikit. Kami pergi ambil nasi lemak.. Mahu makan-makan bersama sebelum puan berhijrah ke Madinah. Minggu depan dah berpuasa..takut tidak sempat."

Subhanallah! Saya terkedu. Lalu saya nyatakan rasa terharu sambil mengingatkan diri sendiri.

"Ya Allah..kalau kamu mahu membuat kebaikan, kadangkala perlu juga dikhabarkan. Jangan sampai ia membawa perspeksi yang bertentangan kerana mereka tidak tahu. Kadangkala apa yang tersirat tidak sama apa yang tersurat..Bergurau bagi kita, menunjuk-nunjuk dikata orang.."

Mereka akur lalu memohon maaf kerana "kejutan" yang dilakukan.



Sepeluh minit terakhir, saya akhirkan kelas. Sengaja memberi laluan agar pelajar dapat mengagihkan nasi lemak dan teh-O kepada sesama mereka. Sambi mereka bergembira dengan nasik lemak mereka, saya akhiri kuliah dengan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.

"Wahai anak-anakku..jadikan Ramadhan pada tahun ini paling bermakna. Jadikan ia lebih baik dari tahun yang lalu. Kalau dahulu ada yang tidak menutup aurat..inilah masanya untuk kita berubah kepada yang lebih baik."

"Barangkali ibubapa kita tidak menyuruh kita menutup aurat..tetapi kita disuruh oleh Allah, disampaikan oleh Rasulullah malah disebut di dalam al-Quraan. Mudah-mudahan kita tidak lagi menggunkakan alasan tidak sampai seru..."

Mereka diam.

"Jadikan Ramadhan kali ini yang bermakna buat kita..yang terakhir. Siapa disini yang berani angkat tangan menyatakan mereka pasti menemui Ramadhan pada tahun hadapan?"

Mereka mengeleng-geleng perlahan.

"Baik..mulakan tahun ini, setiap kali kita bangun untuk sahur..ambil wuduk dahulu. Kita belajar bangun sahur untuk belajar solat malam.."

Wallahu alam. Ya Allah, tugasku hanya menyampai..samada mereka diberi hidayah dan terbuka hati, daku serahkan mereka kembali kepada-Mu. Tiada daya upaya ku..

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Allah utuskan Nabi Muhamamd SAW. untuk menyebarkan agama islam yg suci. Allah pinjamkan Puan Roza dan Prof untuk mengingatkan kami kembali apa yg telah kami laghakan..

    Semoga kita sama2 dlm peliharaanNya.

    amen..

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Entahlah puan , saya menaruh harapan agar Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir bagi puan dan suami di bumi Malaysia.
    Di atas tuntutan berdakwah dan usaha menyelamatkan khalayak yang dalam kelalaian di bumi bertuah ini, barangkali puan dan suami akan pulang juga ke tanahair walaupun dalam bulan Ramadhan......

    hzm

    ReplyDelete
  3. Assalam Untie..

    Airmata sy gugur bila tiba part students lelaki masuk bawa bungkusan nasi lemak & air..kejutan utk seorang Pensyarah/Ibu kesayangan yang akan pergi..

    Memang benar.. selalunya begitu.. yg tersurat dan tersirat memang berbeza..

    semoga Allah merahmati kita semua.
    ameen ya rab

    ReplyDelete
  4. Assalam Puan Roza, Prof & keluarga,

    Subhanallah. Ibu kesayangan kepada anak2 dan penuntut2 puan Roza. Semoga mereka praktikan apa yang puan sampaikan kepada mereka walau dimana mereka berada nanti.

    Terharu sekali.

    Selamat datang ke "Abode of Peace". Terasa bagai mimpi puan dan keluarga datang ke sini.

    ReplyDelete
  5. Salam Puan...seorang ibu yang mithali bukan saja kepada anak2 kandung tetapi juga kepada anak2 didik...MasyaAllah Taala...Dilla

    ReplyDelete
  6. salam..kak roza..

    dah sampai di madinah nanti jgn lupa menulis & update blog ye..kalau tak update..nanti saya rindu..:)

    ReplyDelete
  7. Free online Nashik classified ads. Sell, Buy, Find - faster and easier: flats, apartments, houses, PG, jobs, IT jobs, BPO jobs, cars, used cars, used bikes, motorcycles, mobiles, computers.

    Nashik

    ReplyDelete