Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, April 1, 2009

Limau kasturi Asam Boi

Petang itu saya batalkan niat untuk pergi mengaji Quraan. Bagaimana mungkin untuk terus pergi mengaji kerana kain baju kurung sekolah saya koyak rabak. Seluar panjang "Track Bottom" yang sering di pakai di dalam kain kurung, bagaimanapun telah menyelamatkan keadaan.

Saya tidak terus balik ke rumah. Singgah di rumah Mak Wa dengan perasaan takut yang amat sangat. Berdebar-debar. Takut kalau-kalau berita "Budak perempuan hitam yang garang belasah ketua samseng" sampai ke telinga abah.

Saya lipat-lipat kain kurung yang koyak agar Mak Wa tidak perasaan. Minta jarum dan benang biru hitam. Kemudian menjahitnya secara jelujur di sepanjang kain yang koyak tadi.

Alamak! Nampak satu garisan bekas jahitan di tengah kain lah! Kenapalah kain ni tak koyak di bahagian lipatan yang berombak beralun ni..? Macamana nak buat ni? Bekas jahitan kelihatan seperti pintalan kulit karipap yang huduh. Bersimpul-simpul.
Selesai menjahit, barulah saya pulang ke rumah. Dari jauh saya nampak motosikal kapcai abah.
Ya Allah! Kenapa pulak abah balik awal dari kebun ni? Dia sudah dapat berita mengenai kejadian di sekolah tadi ke?
Satu kesilapan! Saya singgah di rumah Mak Wa tetapi saya tidak menghalang Ratna dan Tuti dari terus pulang ke rumah. Kecuh mereka bercerita kepada mak dan abah tentang apa yang berlaku. Mereka bercerita dengan penuh bangga dan menganggapnya sebagai lambang kejayaan.

Tertumpasnya geng samseng kampung bermakna terlantiklah ketua samseng baru!


8 comments:

  1. Mana cerita "Limau kasturi Asam Boi" ?
    buatkan saya rasa terliur aje.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza,

    Hahahaha....memang melucukan....saya boleh bayang camne cemasnye puan masa tu....
    tak sabar tunggu entry berikutnye....(rasa macam dok baca cerpen2 bersambung kat majalah2 lak.....

    Hanis

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Roza...tak sabar nak tgu climax entry ni...

    ReplyDelete
  4. Salam kak roza,

    Hmmmmmm....Siapa ketua gengster baru tu?

    ReplyDelete
  5. Kak Roza...

    Adakah ketua samseng itu.... jeng! jeng! jeng!...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Alahai...tersiksanya perasaan nak tunggu sambungan cerita ni...

    panjangkan sikit entri...

    kak wati

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Wahhh...kalau jual cerita ni bagus ni.
    he..he

    Sabar..sabar. nak dok betul-betul menulis tu yang lambat sikit.. kena curi-curi masa.Lepas ni dah habis lecture boleh lah cepat sikit episod ni tamat.

    ReplyDelete
  8. Salam, belum climax lg ke? ada yg lg climax???xsabar nie.....=)

    ReplyDelete