Sebelum masuk ke dalam kelas, saya dan beberapa rakan suka berkumpul di bawah pokok tanjung sambil makan ais krim Malaysia. Ais krim tersebut saya beli dari rakan sekelas dengan menggunakan wang hasil jualan buah mempelam. Jika buah mempelam habis terjual, kadang-kadang saya akan belanja rakan-rakan dengan membeli jualan dari rakan-rakan yang lain. Kami saling bantu membantu.
Beberapa hari sejak peristiwa melawan ketua samseng kampung, saya menjadi sedikit popular di kalangan rakan sekolah. Semakin ramai yang ingin berdamping dengan saya. Semenjak hari itu juga, cerita saya hendakkan Bxxx menjadi satu bahan cerita jenaka. Saya mengambil sikap tidak kisah walaupun di ejek-ejek oleh geng kumpulan itu.
Suatu hari, dari bawah pokok tanjung, saya dan rakan-rakan terlihat Bxxx sedang bertegang urat dengan geng kumpulannya di tangga sekolah papan Sekolah Agama Paya Jakas. Dia kelihatan sungguh marah manakala geng kumpulan itu kelihatan terkekek-kekeh mentertawakan dia.
Tanpa syak wasangka, saya dan rakan-rakan terus menuju ke dalam kelas apabila terdengar loceng berbunyi yang menandakan persekolahan sekolah agama akan bermula. Tiba-tiba..
Bxxx tidak berhenti mengejek, walaupun Uztazah Sifa' telahpun berada di dalam kelas. Ejekannya semakin lama semakin kesat dan pedih. Dia seperti sudah tidak pedulikan sesiapa lagi. Sudah semacam tidak hormat kepada guru.
Lalu, saya meluru ke arah Bxxx, menyinsing kain uniform baju kurung sekolah dan satu "Flying kick" ala-ala Taekwando hinggap ke badan Bxxx. Saya asak dia ke dinding dan pulas tangan kirinya ke belakang.

"Hei..Awak memang hendakkan Axx kan? Bukannya saya!" Bxxx mengherdik saya.Saya malas hendak melayan kemarahan Bxxx dan terus berjalan menuju ke arah meja. Bxxx tidak puas hati, malah terus mengata dan mengejek-ejek saya. Geng-geng kumpulannya masih lagi ketawa mengekel-ngekel. Rasanya hampir kesemua kelas boleh mendengarnya. Maklumlah, sekolah papan itu tiada berdinding. Murid di tingkat atas boleh menjenguk malah melihat apa yang berlaku kepada murid di tingkat bawah.
Geleng kepala.
"Awak hendakkan Axx kan?!! Bxxx mulai menunjukkan garang.
Geleng kepala.
"Cakap betul-betul!!"
Bxxx tidak berhenti mengejek, walaupun Uztazah Sifa' telahpun berada di dalam kelas. Ejekannya semakin lama semakin kesat dan pedih. Dia seperti sudah tidak pedulikan sesiapa lagi. Sudah semacam tidak hormat kepada guru.
Lalu, saya meluru ke arah Bxxx, menyinsing kain uniform baju kurung sekolah dan satu "Flying kick" ala-ala Taekwando hinggap ke badan Bxxx. Saya asak dia ke dinding dan pulas tangan kirinya ke belakang.
"Sekarang cakap! Hendak kurang ajar lagi?!! Saya memberi amaran keras.Saya rasa kebanyakan murid sekolah agama melihat peristiwa itu. Ustazah Sifa' mengiggil, panik dan tidak terkata.
"Adoiiiii..adoi...adoiiii sakit.
""Nak buat perangai tak senonoh lagi?!! Saya pulas lagi tangan dia.
"Tidak..tak nak.."
"Tidak apa?!!!!
"Tidak hendak buat lagi.." suara Bxxx mengendur.
"Janji?!!
"Janji...
"OK..semua orang jadi saksi. Kalau awak buat lagi, saya patahkan tangan awak ni! Saya jarang buat begini, tetapi kalau awak memaksa, saya akan lakukan."Tiba-tiba suara ketawa terkekek-kekek tadi hilang bersama tuan badannya..
"Faham..."
cerita ni belum habis lagi ni, saya tunggu sambungannya. salam.
ReplyDeletemisi
ada sambgn lg ke? hehehe best citer nie...
ReplyDeleteAssalamualaikum Roza.
ReplyDeleteBagaimanalah cerita panas ini tidak sampai ke pengetahuan saya?
Mungkin saya ni kurang "Busy Body" kot..
Cerita hal saya takde ke?
Anyway... ceritalah lagi, seronok dengar cerita nostalgia ni.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHa..ha Betul, belum habis lagi.
Ya Allah, mujur tiada seorang pun anak-anak saya yang menurun perangai macam tu! Buruk sungguh.
Haffez,
Saya lihat, dulu awak dengan dunia yang tersendiri. Saya tak berani kacau sebab awak terlalu baik.
Assalamualaikum...kagum dgn aksi Pn.Roza. kalau saya belum tentu saya mampu mengambil tindakan begitu.
ReplyDeletetak sabar menunggu sambungan seterusnya
Salam,
ReplyDeleteCerita puan lebih kurang sama dengan saya, saya pernah fly kick seorang pelajar lelaki kerana beliau mengambil basikal saya tanpa kebenaran. Bila teringat balik terasa kelakarnya
Keadaan huru hara. Semua budak sekolah agama tak jadi belajar. Ada satu pergaduhan besar berlaku di antara kelas dekat tangga. Budak kecil besar bersorak kuat. Ada yang ternganga. Ada yang ketakutan. Saya juga. Tiada yang menghalang. Cikgu Shifa yang cantik dan lembut terdiam. Ke mana pergi nya Cikgu Yatiman? Itu tak penting. Hari itu sejarah tercipta. Ketua baru mafia terlantik dengan Gah nya. Budak baru mengalahkan ketua samseng yang ditakuti. Hari itu semua orang kenal siapa itu Raudzah Roslan.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteCongratulation Roza (Hebat)
Saya suka movie yang heroinnya gagah, jgn separuh-separuh. garang betul2.
Saya pun pernah terajang seorang rakan sekelas
sebab suka sembunyi-sembunyikan alat tulis saya.
Saya tampar dia, kemudian saya dihadiahkan dengan sebiji penumbuknya sampai berdarah mulut.
saya membalasnya dengan sebuah terajang ala-ala Bruce Lee (agaknyalah tu) pas tu cabut lari
kalau saya tunggu sure muka saya pulak yang pecah di tumbuknya. Mak tanya, saya kata jatuh tangga. Tapi kawan2 buka rahsia.
Petang itu rakan sekelas saya teruk dibelasah oleh emaknya. Saya tak suka begitu..nak settle sendiri. Tak mainlah pakai mak bapak pulak.
Sekarang anak-anak kami berkawan baik, saya dan isterinya pun baik. Sesekali teringat zaman kanak2...senyum.
...maaflah terpanjang pulak ceritanya..
ReplyDeleteKak wati
Salam....
ReplyDeletePuan Roza memang hebat....suka sangat baca cerita2 puan....setiap cerita2 puan, punyai emosi2 tersendiri...
Tak sbar nak tunggu cerita puan yg seterusnya.... ;;)
Hanis
salam...
ReplyDeletehahaha...tergelak sendirian saya baca kisah puan roza....
kita tungguuuuuu sambungan nya nanti..:)
Ain Sarawak
woohooo.. saya pun terlopong baca cerita ni..
ReplyDeletekelakar pun ada.
Kak Roza...
ReplyDeleteSangat Hebat!!! Baru padan muka itu samseng kampung Paya Jakas. Tak sabor nak nunggu akak punya next entry sambungan kisah ni..
musti penuh suspen dan thriller....
Saya gelak sorang2 kat opis ni...
Mimi (FSG)
Pn. Roza,
ReplyDeleteSaya ketawa terkekeh2 bila baca blog puan kali ni...lucu...but I love of what you've done to Bxxx...heheheheh...padan muka dia..
hasnah
hoh... gerun plak baca cerita nih... kelakar pun ada tapi berani nyer... uhuhuhu...
ReplyDelete