Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, May 5, 2010

Kisah adik Ben 10


Saya pernah menulis tentang anak lelaki sulung Ayu, Latif Hakimi yang mengelar dirinya sebagai Ben 10.

Kelmarin, Ben 10 kelihatan semakin tinggi, semakin matang dan semakin cekap mengendalikan komputer uminya. Petah kata-katanya semakin ketara. Bersama Ben 10, duduk di atas ribanya adalah adik lelaki yang baru berusia 2 tahun, Rafiki.

"Adik Rafiki, duduk elok-elok sikit, abang tengah hendak menang main game ni.."

Lalu, si adik mendengar kata. Duduk, asyik memerhatikan si abang mengendalikan punat-punat permainan komputer. Hadiah dari umi, umpan penawar duka untuk seketika di siang hari.

"Adik..tolong ambilkan abang air sejuk di dapur. Haus pulak tekak abang main game ini"

Hairannya, si adik cepat bingkas bangun dari ribaaan seolah-olah faham dengan arahan abang. Sebentar kemudian, si adik menghulurkan botol susu yang separuh sejuk kepada si abang.

Apabila malam hari, Ben 10 tidak banyak kerenah apabila diarah atok dan nenek supaya tidur. Sambil menyarap di atas tilam uminya, mulut Ben 10 bertanya neneknya;

"Nenek, betulkah kata kawan-kawan disekolah, bila besar nanti abang tidak ada umi?"

"Sudah, pergi tidur. Abang baca banyak-banyak fatihah untuk umi."

Si adik pula kelihatan resah gelisah. Berguling-guling di atas tilam, menahan mata. Botol susu yang dihulurkan oleh nenek, dicampaknya. Tiada banyak perkataan yang keluar, namun mata bundar itu sayu memandang nenek seolah-olah berkata:

"Nenek, adik mahukan umi..."

Kadang-kadang adik menarik tangan nenek, mengajak keluar menunggu umi di muka pintu. Duduklah nenek bersama cucu, menunggu uminya sehingga malam semakin larut. Tanpa sedar, mata bundar itu semakin mengecil, tersenggut-senggut lalu tertutup.

Esok, pasti tangan nenek di tarik lagi. Menanti dan terus menanti umi di malam hari di muka pintu. Menanti dengan rasa rindu. Sesekala mata bundar itu merenung nenek, seolah-olah berkata;

"Nenek, tidak pulangkah umi malam ini..?

16 comments:

  1. Ya Allah, sembuh kan lah Umi adik, sesungguhnya mereka amat memerlukan uminya... Amin

    ReplyDelete
  2. Ya Allah
    air mata saya laju keluar tanpa disedari ketika membaca entry puan ini.
    Sembuhkanlah kak Ayu Ya Allah, permudahkanlah dia. Insyaallah..Amin Ya Rabbal Al amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Ya Allah....
    Tanpa sedar menitis airmata membaca entry ini.
    Apalah yang sikecil ini tentang kehidupan...



    Kak wati

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Entry ini sungguh mengusik hati, air mata saya mengalir tatkala membacanya.. sungguh sayu

    ReplyDelete
  5. Puan

    Selama ini saya adalah silent reader tapi bila membaca entry Puan hari ni, hati saya tersentuh. Naluri seorang ibu mungkin. Moga anak-anak itu terus diberi kekuatan,ketabahan dan kesabaran

    ReplyDelete
  6. Salam Puan,
    Sedihnya N3 ni, menitis air mata, Didoakan Ayu cepat sembuh, anak-anaknya masih perlu kasih dan belaian nya. Ya ALLAh.. Berilah kekuatan kepada Ayu...demi anak-anaknya.. Aminn...

    SUPIAH

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Rahayu Roslan (Ayu) diuji oleh Allah dengan kanser payu dara. Disedari ketika masih menyusukan anaknya, berada di tahap 2.

    Kini, kansernya telah merabak hingga ke jantung dan paru-paru, berada di tahap 4.

    Bukankah penyakit itu salah satu cara Allah untuk menguji dan mengampunkan dosanya? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui, dia tidak sesekali menzalimi hambanya.

    Bacalah terjemahan surah Qaf ayat 16 - 19. Semuga ia memberi keinsafan kepada kita semua.

    Ya Allah, ampunkan lah jika kami terlupa atau terleka.

    ReplyDelete
  8. salam Puan,
    Sebak hati membaca n3 pn hari ini. Kebetulan pagi td, saya perlu keluar lebih awal dari rumah tak sempat menyiap & menghantar anak kedua saya ke tadika sprt kebiasaannya. Tiba2 suami telefon, anak saya itu tidak mahu ke sekolah sebab uminya tiada....
    Apatah lagi perasaan anak-anak Ayu...
    Semoga Ayu segera sembuh...

    ReplyDelete
  9. Pernah punya kakak dgn kanser tahap 4.
    Penanggungan ujian yg bukan calang2 oleh si empunya diri, anak2 dan semua ahli keluarga.
    Allah lebih sayangkan kakak, dijemput pulang hanya dlm masa 2 bulan selepas dikesan.

    Seorang lg kakak dgn kanser tahap tiga sedang bertarung melawannya dgn tabah dan redha.

    Semoga mereka semua dalam kasih sayang Allah swt setiap masa. Amin..

    ReplyDelete
  10. ::Salam::
    Semoga adik puan diberi kesempatan untuk sembuh/pulih sepenuhnya.
    Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua anak-anaknya dalam menghadapi dugaan ini.
    Amiinn..

    ReplyDelete
  11. Salam Roza, dulu blog ayu jadi sumber rujukan kawan yang senasib ayu, kini sepi tanpa update.... harap ayu dan keluarga tabah melalui dugaan ini...

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Roza,
    Tertanya2 sendirian berapa umur Ben 10? Tentunya umur yang muda masih memerlukan belaian manja and perhatian. Semoga Ayu diafiatkan kesihatan yang baik dengan izin Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  13. Salam Roza,
    Tadi kami diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan Ayu & family. Antara sedar dgn tidak hampir 3 jam kami di sana...and I must say, I wish I have your family's strength to face this kind of situation...in fact, Abah Roza cakap.."Kami happy sangat awak dapat dtg, meriuh-riuhkan rumah"... the 2 boys were great!

    ReplyDelete
  14. Salam puan Roza,
    airmata terus menitis, keletah Ben 10 dan adik jelas terbayang di ruang mata saya..Ya Allah ampunilah kami semua di kala kami sedar atau di tika kami terlalai..

    .. eda

    ReplyDelete
  15. salam Roza,

    kak nab turut mendoakan Ayu! Ya Allah..Engkau permudahkanlah segala2nya..

    ReplyDelete
  16. Hakimi (Ben 10) 6 tahun, Rafiqi (2 tahun) pada 2010

    ReplyDelete