Sejak akhir-akhir ini saya jarang menonton televisen, apatah lagi untuk duduk bersimpuh menunggu siaran kegemaran. Dahulu, saya pasti akan pulang terburu-buru dari tempat kerja kerana mengejar siaran program bersiri hampir setiap petang.
Tergesa-gesa sembahyang Asar. Cepat-cepat memanaskan makanan untuk anak-anak mengalas perut, minum petang. Kadang-kadang saya membuat sedikit sergahan serta jelingan tajam jika anak-anak membuat kerenah ketika makan atau bergurau berlebihan.
Saya ingin tumpukan perhatian kepada jalan cerita yang sedang dipaparkan!
Masa berlalu pergi. Ia pergi tanpa disedari. Mengubah citarasa diri. Televisen di rumah kami, jarang bersiaran kecuali apabila anak-anak sesekala pulang. Cartoon Network, Disney Channel menjadi pilihan.
Suatu hari, sedang saya mengosok pakaian di bilik, sayup-sayup terdengar alunan lagu ini dari channel Astro Oasis. Tiba-tiba, tersentuh hati.
"Ya Allah, betapa kurniaan-Mu kepada setiap hamba dalam bentuk yang pelbagai. Irama dan lagu di ramu kemas, alunannya bergetar. Pernah suatu ketika remaja dahulu, saya tersedu kerana lirik lagu.
Subhanallah! Besarnya kekuasaan Allah.
"Wahai tuhan, kini, tafsiran saya tentang erti cinta nyata berbeza. Tiada cinta sesama insan yang hakiki. Hanya cinta Allah yang abadi"

salam Roza,
ReplyDeletememang lagu ni boleh membuat kita menitiskan airmata...kak nab sendiri akan menjadi sayu..pilu..bila menghayati bait2 liriknya...sungguh menyentuh...
salam puan,
ReplyDeletesaya pon suka sgt lagu ni....
salam kak roza
ReplyDeletesaya tak dapat buku.
cari kat POPULAR tak ada .
dah pesan kat prof.
dia lupa agaknya.
Salam Roza
ReplyDeleteMoga hari2 dalam bahagia. Saya pun suka lagu tu amat menyentuh....
Buku tu dah beli....tak sabar nak tunggu yg ke dua!
Buku Prof yg ada tambahan tu dah keluar ke?
Jumpa lagi.
Salam Pn Roza,
ReplyDeleteBetul sy jua tersentuh dgn lirik lagu itu apabila ia dikaitkan dgn Ketuhanan.
thx for sharing, kak roza...
ReplyDeleteya lah cinta pada manusia tak boleh terlalu agung kerana kekasih yg abadi hanya satu. :)
salam,,kak roza,
ReplyDeletekak mie pun suke lagu ni
junita
cinta kpd manusia tdk blh melebihi cinta pd Allah;)
ReplyDeleteSalam Kak Roza,
ReplyDeleteHmmm mengapa saya terlepas kapal! Saya tak pernah pun dengar lagu ni. Bila dengar sekali dan hayati lirik....saya faham erti cinta yang hakiki.....
hmmmm lagu ketuhanan dari penyanyi2 indonesia banyak yang best baik dari segi lirik dan juga melodinya. Antaranya penyanyi Opick, kumpulan Dewa, Kumpulan Unggu dan beberapa lagi..Di Malaysia kumpulan Raihan paling best.
ReplyDeleteselalu tertanya2 bagaimana rupa Allah..alangkah indahnya kalau dapat ditatap dan sekaligus dapat selalu memeluknya, dan cium Dia puas2. Alangkah seronoknya kalau dah boring berada di dunia bila2 kita suka boleh naik ke langit jumpa dengan Allah, bercakap dan berborak2 dengan Allah, mengadu denganNYA, nangis depanNYA. Peluk dia kejap222.