Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, May 21, 2010

Solat sunat Dhuha di Doha


Dahulu, saya melihat solat sunat itu sering dilakukan oleh atok abah dan mak wa. Di antara pukul 9 hingga 11.00 pagi. Mereka lalukan dengan khusyuk sekali.


Semasa kecil, ketika itulah waktu paling sesuai untuk "meminjam" basikal besar atok abah untuk kami gunakan sepanjang hari. Bermain basikal dengan meluncur dari bukit yang tinggi berkali-kali. Pasti rutin harian atok abah, berbasikal ke pekan Jementah untuk mendapatkan sekeping surat khabar yang bertulisan jawi..terbengkalai.

Tidak kami peduli.


Ketika menjelang remaja, saya akan menunggu sehingga mereka selesai solat Dhuha. Kemudian, setelah mereka selesai, saya akan menanyakan apa-apa juga kemusyikalan di dada. Mereka menjawab dengan penuh kiasan, penuh falsafah namun terbuka.


Hari ini, saya berpeluang solat sunat Dhuha di Doha dengan penuh kesyukuran pada yang maha kuasa. Dialah yang melorongkan perjalanan ini, sehinggga pengembaraan saya sampai ke sini.

Esok, entah ke mana pula hentiannya.


Pengembaraan yang saya tempuhi sudah begitu panjang, namun saya sendiri tidak pernah tahu bilakah hentian terakhirnya.

6 comments:

  1. ASLKM ROZA

    Ah syahdunya ayat2 Roza...

    jumpa lagi,

    ReplyDelete
  2. Puan Roza
    Terima kasih kerana sudi datang ke Doha dan berkongsi cerita dengan kami..Pada saya ada cerita cerita yang berkait dengan diri sendiri..hubungan kita dgn Allah, hubungan kita dengan suami juga hubungan kita dengan anak anak..tidak sedar saya menahan air mata yang membuak buak dalam diri..Kata kata lembut penuh berhemah puan menusuk kalbu..insyallah akan sentiasa tersemat dalam sanubari saya..

    Ibu Muda Doha

    ReplyDelete
  3. Salam Pn. Roza,

    Saya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi salah seorang pendengar dalam ceramah @ syarahan Pn. Roza...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan Roza,

    Jemput ke teratak ummi kerana ada sedikit penghargaan buat puan. Mohon kebenaran juga untuk mengambil sekepin foto puan untuk di tampal untuk entry ummi... hehe :)

    terima kasih ye

    ReplyDelete
  5. Ah... Solat Dhuha perlu kegigihan kerana ia dilakukan di waktu 'sibuk'. Semoga kita semua sama-sama mengambil iktibar. Terima kasih, Kak Roza!

    ReplyDelete