Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, May 17, 2010

Tidak terlontar kata-kata..

Bertahun-tahun semasa kecil dahulu, kami adik-beradik di ajar agar jangan menjawab apabila dimarahi oleh abah. Samada benar atau salah, kami terpaksa menerima sahaja "habuan' tanpa soal jawab. Apa yang tidak kena di mata abah, kami kena terima.


Apabila dikenangkan kembali, rupa-rupanya memang kebanyakannya adalah salah kami. Cara abah mengajar, membiarkan kami muasabah diri. Bertanya dalam hati,"Apakah betul tindakan diri..?"

Ia berterusan hingga menjelang remaja. Saya hanya berani menjawab sekali-sekala apabila perasaan dalaman sudah tidak dapat di tahan-tahan. Lalu, terburailah segalanya.

Seringkali jika marah, saya conteng-conteng tulisan besar-besar di atas kertas. Atau, paling tidak saya bersembunyi lantas menangis sendiri. Tidak pandai membalas berkata-kata. Jika membalas sekalipun, segala yang terlontar tidak sama dengan apa yang terbuku dalam dada. Dalam hati masih berbaki, dalam jiwa masih tersisa.
Saya lebih gemar diam membisu dan biarkan Allah sahaja yang memberikan jawapannya.

Apabila sesaorang yang memberikan kesan dalam jiwa bertanyakan tentang perasaan ketika remaja, saya hanya coretkan di atas helaian kertas;

Biar sahaja, tak perlu diucapkan..
Biar sahaja, tak perlu dinyatakan..

Hari ini, saya masih lagi seperti itu. Rupa-rupanya berbisik dan melontar kata-kata kepada Allah itu lebih mudah daripada sesama insan. Kerana Dia maha mendengar. Dia maha pengasih dan Dia maha penyayang.

Biarlah saya sujud, tunduk rebah dan melontarkan kata-kata hanya kepada Allah...

6 comments:

  1. Salam. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Saya juga sudah habis membaca travelog cinta abadi. =) Terima kasih banyak-banyak.

    p/s:http://markonahjambu.blogspot.com/2010/05/travelog-cinta-abadi-masa-yang-berlalu.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Terima kasih Che Kay

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Alhamdulillah dengan izin Allah akak dapat bertemu Roza secara berdepan dan mendengar ceramah Roza buat pertama kali. (dahulu pernah jumpa tapi dari jauh sahaja...)
    Hebat..itu yang boleh akak katakan..walaupun pertama kali dan Roza katakan mungkin gementar pada mulanya, tapi dapat diatasi dengan baik sekali... Terimakasih kerana sudi datang dan meluangkan masa. Anak-anak Roza juga amat baik sekali...tentunya dengan didikan ibu-bapa yang cemerlang sekali...Tahniah.

    p/s: masih berhutang untuk memberi komen mengenai TCA.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Roza,
    Gembira dapat berjumpa k.roza,
    cam jumpa bidadari lak rasanya..

    opps.. tentu k.roza tgh dok kata..
    Biar sahaja, tak perlu diucapkan..
    Biar sahaja, tak perlu dinyatakan..
    (ni dari lagu Sudirman kan..)

    Anyway, sy beli lagi dua buku k.roza smlm.
    Insyallah nk hadiahkan kat library yg diusahakan oleh seorg kwn secara sukarela dlm usahanya utk menghindar budaya lepak remaja di tempatnya..moga2 ramai remaja yg akan membaca buku tu dan mendapat manfaat daripadanya..

    best regards,
    ms.legolas@nroha

    ReplyDelete
  5. :)) betul meluahkan perasaan dan bercakap dengan Allah lagi mudah, tidak perlu menipu, tidak perlu berbasa basi, tidak perlu khuatir disalah erti, tidak perlu hendak jaga hati, tidak perlu hendak fikir apa orang akan sangka, tidak timbul miss communication sebab Allah yang jadikan kita dan dia tahu kita yang sebenar.

    Tulis atas kertas dan kemudian dibuang atau disimpan juga menyenangkan. Kalau menangis pun tidak apa yang perlu dimalukan sebab tiada orang yang tahu. Kita dan Allah sahaja :))

    ReplyDelete
  6. persis sikap Boss saya, apabila kita dimarahinya, jgn lah menjawab krn bila dh lama2 nnt baru kita sedar, mmg ada betulnya Boss memarahi, krn dia berhak..jika dia x marah, kita x dpt membetulkan kesilapan kita

    ReplyDelete