Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, July 28, 2010

Masa itu emas?


Dahulu, peribahasa itu sering diungkapkan oleh abah terutamanya apabila dia melihat kami sedang bergelak tawa dan bergurau senda. Atau ketika kami sedang terpegun terlopong mulut menghadap TV.

"Awak semua ni...hiburan, hiburan, hiburan! Tahukah awak yang "Masa itu Emas?"

Lalu, kami adik-beradik akan segera beredar. Tiada lagi gelak tawa dan gurau senda. Jangan harap dapat menghadap lagi didepan TV. Jika program yang sedang ditonton itu sedang berada di kemuncak cerita..kami sedaya upaya melambatkan pergerakan agar dapat mengetahui kesudahannya.

"Tutup TV sekarang!"

Habis cerita.

Apabila berumahtangga dan menjadi ibu yang masih belajar juga bekerja, barulah saya faham nilai "Emas" yang abah maksudkan. Setiap pagi saya berlari-lari mengejar masa. Menyiapkan sarapan pagi, baju sekolah anak dan suami, lalu menghantar anak ke sekolah dan nurseri.

Waktu tengahari, saya berkejar-kejar mengambil anak dari sekolah, memberi mereka makan tengahari dan seterusnya menghantar mereka ke sekolah agama. Petangnya, saya berkejar lagi mengambil anak kecil dari nurseri serta menjemput anak-anak dari sekolah agama. Cepat-cepat memberi mereka makan, memandikan yang kecil kemudian berlari lagi ke kuliah yang bermula pada pukul 6.30 petang.

Pukul 10.30 malam, apabila pulang saya menyelimutkan anak-anak yang tidur bergelimpangan. Mengutip baju-baju kotor, menyapu dan mengemas rumah ala kadar. Baju bersih di angkat dari ampaian dan dimasukkan terus ke dalam bakul besar berisi pakaian mengikut kategori.

Bakul A untuk diri sendiri dan suami.
Bakul B untuk Sara.
Bakul C untuk Azrai.
Bakul D untuk Amirul.

Setelah semuanya beres, barulah ke bilik mandi. Sambil mandi, sering bertanya kepada diri;

"Ya Allah, apakah betul pilihan ku ini? Apakah yang ku cari? Kenapa daku menyusahkan diri sendiri? Inikah nilai zakat emas yang harus ku bayar?

"Wahai tuhan, jika ini sesuatu ketetapan dari-Mu..tetapkanlah hatiku. Tabah dan kuatkanlah diriku. Permudahkan urusanku dan sudahkan ia dengan segala kebaikan..."

Tanpa sebab yang munasabah, air mata jatuh melimpah.

10 comments:

  1. Salam bersyukurlah kepada Allah SWT pada mereka yang mempunyai suami yang baik lagi memahami dan berterimakasihlah juga pada anak2.Tidak ramai orang yang bernasib baik.

    ReplyDelete
  2. Salam Roza,

    Imam Al-Ghazali Rahimaullah menyatakan, yang paling jauh dari manusia adalah masa yang telah berlalu pergi. Emas boleh dibeli, tetapi masa yang berlalu (w/pun sedetik) akan terus pergi.

    ReplyDelete
  3. mdhan Allah memberikan kekuatan dan kesihatan yg baik untuk kita merebut isteri solehah dan ibu mithali..

    ReplyDelete
  4. Isteri yang tabah; rutin itulah 'emas' yang paling berharga dalam hidupnya. Urusan rumah tangga, tidak nampak hasilnya jika dibuat.. tetapi amat ketara kesannya jika tidak dibuat..

    ReplyDelete
  5. hi ocah,
    its me, cik ani from your school days memories. during lunch just now, tiba2 diberikan ilham oleh-Nya to google u, so here we are... alhamdulillah ditemukan kembali.

    ReplyDelete
  6. Salam Pn. Roza

    Bakul E - macam-macam ada,mengikut keperluan semasa.

    noriah~

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Noriah,
    Bakul F baju belum basuh..
    bakul G baju belum gosok.

    Cik Ani,

    FB me please or e-mail raudzah_roslan@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam Roza...

    Dlm zaman sekrg... masa dah tak bleh disamakan dengan Emas...emas masih bleh dijual beli... apa yg feda belajar... Masa adalah NYAWA... yg x bleh dijual beli.. Maka hargailah MASA...

    Jika tersilap kata tolong betul kan..

    ReplyDelete
  9. Saya nak nangis baca entry ini sbb itulah aktiviti saya skrang.

    ReplyDelete