Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, July 18, 2010

Masakah yang tercepat?


Seorang ustaz disekolah agama pernah berkata;

"Pepatah Arab ada mengatakan..Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia tetap memotong kita."

Ia suatu kenyataan yang mengecutkan perut saya ketika dalam darjah lima. Saya langsung tidak memahaminya namun, tidak pula mahu bertanya. Kenyataan itu berlegar-legar dalam kepala hingga beberapa lama, sehingga saya melupakanya.

Pada hari sabtu yang lalu, ingatan itu datang kembali apabila mahu memulakan kelas [Business Development]. Spontan, saya cetuskan semangat lama yang bergelodak dalam dada kepada siswa PLK.

"Terfikirkah kita yang hidup ini adalah suatu perniagaan? Perniagaan yang memerlukan pelaburan jangka panjang. Siapakah para pelaburnya? Mereka adalah kedua orang ibubapa kita. Mereka melabur ke dalam sebuah organisasi yang berjenama. Jenama itu telah tertulis dalam sebuah kitab yang termaktub sejak azali di tempat istemewa..lauh mahfuz. Organisasi yang berjenama itu ada dalam diri kita."

Diam.

"Lalu, mahukah kita menjadi sebuah pernigaan yang menguntungkan atau sebaliknya? Mahukah kita menghampakan para pelabur kita?"

Diam.

"Kita telah melalui beberapa fasa perkembangan perniagaan. Dari berumur 1 tahun hingga ke usia sekarang. Tolehlah kebelakang...Renungkanlah apa yang telah kita lakukan. Apakah usia yang berlalu itu setiap saat dilaburkan untuk membina perniagaan yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang? Pernahkah kita niatkan setiap satu urusan dilakukan kerana tuhan yang menjadikan?"

Diam.

"Jika kita tidak melakukan sesuatu sekarang..masa itu tetap berlalu pergi. Usia yang berlalu, barangkali lebih panjang dari usia yang akan dihadapi pada masa akan datang. Kerana esok belum tentu hadirnya. Jangankan esok, malam inipun kita tidak tahu apakah yang akan berlaku. Jangankan malam ini..sebentar lagi pun kita tidak pasti."

Diam.

"Masakah yang tercepat? Atau kitakah yang terlewat? Gunakan usia dan masa yang ada sebaiknya. Ketika lapang sebelum sibuk, ketika muda sebelum tua, ketika senang sebelum susah, ketika hidup sebelum mati..."

Diam.

5 comments:

  1. teringat hadis lima sebelum lima. kalau dalam kelas saya tentu bising berebut nak mengulas, maklum saja kelas orang dewasa :)

    ReplyDelete
  2. Salam Pn. Roza

    Diam, cuba utk faham
    Diam, ada kata2 yg terpendam
    Diam, penuh makna tersulam
    Diam, seribu kemungkinan utk dihadam
    Diam, hanya Allah yg tepat tafsiran diam!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,

    Salam kenal...teruskan menulis. Saya follow.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an kita sentiasa mengkoreksi diri seiring dengan kepantasan masa agar kita menjadi hamba yang terbaik...

    ReplyDelete