Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, July 30, 2010

Semakin dekat

Beberapa tahun lamanya dirantau orang..saya sering di landa kerinduan. Rindu pada kenangan silam yang indah ..

bersama adik-beradik,
sepupu,
kawan-kawan
rindu pada cikgu
dan kampung halaman.

Rupa-rupanya masa yang lalu tidak seindah jika ianya di ulang. Kerana kita membuat perbandingan... Lalu, mereka yang di rindu bukan lagi orang yang kita impi dan bayangkan.

Orang yang di rindu semakin jauh, malah semakin asing. Perasaan yang dahulu, meruap-ruap kini sejuk, beku bagaikan udara pengap.


"Ya Allah, masakah yang pantas berlalu atau usia tua daku kah yang semakin dekat?Dakukah yang semakin berubah atau rakan-rakan ku yang lalu masih lagi mahu seperti dahulu?

Wahai tuhan, melihat anak-anakku dan anak-anak muridku..bagaikan terasa usia remajaku telah lama berlalu.. Hari riang, gelak tawa dan gurau senda amat jarang sekali berlaku.

"Wahai usiaku yang semakin tua...sedarlah! Titik noktah semakin dekat. Bangunlah! Kurangkanlah waktu lena tidur malammu. Kelak esok dikau akan tidur selagi tuhan tidak membangkitkanmu.."

2 comments:

  1. Muasahab yg cukup baik...Mg dgn mengingati kematian, kita akan sentiasa ingin mendekati dgn Allah...

    ReplyDelete
  2. Salam Roza,

    Lama saya tidak meninggalkan apa-apa catatan di sini walaupun sentiasa singgah.

    Semuanya mengingatkan kita tentang masa yang telah jauh meninggalkan kita... melihat anak-anak yang semakin menginjak dewasa terasa perjalanan untuk tiba ke destinasi akhir sudah kian hampir...

    ReplyDelete