Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, December 15, 2010

Duhai pakaianku..

Allah..Allah..Allah.

Hampir sepanjang malam daku berfikir bagaimanakah akan ku hadapi hari-hari yang mendatang. Bagaimana daku harus berhadapan dengan rakan sepejabat ku dan dengan rakan-rakan karib ku? Adakah daku perlu menjadi orang baru? Atau biar sahaja ku teruskan gaya hidup seperti apa yang telah dilalui pada masa-masa silamku.

"Tidak. Tidak mungkin..bukankah dikau kini seorang hajjah?" getus hati menentang perasaan.

Hati bimbang kalau-kalau seluruh rakan sepejabat tidak lagi mahu berkawan. Kalau-kalau daku di pandang songsang. Kalau-kalau daku tidak dapat lagi menerima apa yang pernah ku lakukan dahulu.

Benar. Sejak pulang, perasaanku berlainan. Seluruh hati dan perasaan masih terkenang janji yang dilafazkan di hadapan multadzam. Janji pada diri. Janji untuk menjadi yang lebih baik dari semalam.

Daku sudah bernekad untuk berjihad kerana Allah. Berjihad untuk tidak melakukan perkara yang di larang dalam al-Quraan, berjihad untuk hidup secara islam dan berjihad untuk menjadi seorang isteri, ibu, anak, kakak dan melakukan setiap urusan pekerjaan kerana Allah.

Dan yang paling berat untukku berjihad adalah melepaskan segala pakaian sutera halusku, pakaian berjenamaku, pakaian sifon ku dan kebaya ku..

Allah..Allah..Allah.

Pagi itu, hampir setengah jam daku berdiri di hadapan almari. Memerhati. Hanya memerhati. Sedang air mata jatuh perlahan mengenang janjiku kepada tuhan yang menjadikan.

"Ya Allah..Pakaian manakah yang harus ku pakai untuk ke pejabat hari ini?"

Gambar ihsan :

http://forum.lowyat.net/topic/1480122

3 comments:

  1. Salam Pn. Roza,

    Entri yang sungguh menyentuh sanubari...ingatan kepada diri saya sendiri yang sedang berjihad untuk mengukuhkan jati diri muslimah sebagaimana yang dituntut...

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera puan,

    Marilah kita sama-sama memohon kekuatan dari Allah yang menjadikan.

    Apabila terlalu ramai yang melakukan sesuatu yang sebenarnya di larang dalam al-quran..orang yang mengajak untuk membetulkannya di anggap songsang. Melawan arus.

    Dahulu..saya termasuk yang ramai-ramai itu.

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah Roza....

    Semoga cita2 dan impian mengukuhkan jati diri muslimah yg ada pd diri Hajah dpt menjadi contoh yg terbaik dpt membakar semangat buat muslimah2 yg berada diluar sana spt saya...Thks Hajah

    ReplyDelete