Bagaikan mimpi!
Rasanya baru sahaja kami membuat keputusan untuk menunaikan fardu haji. Kami layangkan surat rayuan kepada menteri. Lalu, dengan kuasa Allah surat itu berbalas.
"Sukacita dimaklumkan bahawa tuan layak menunaikan fardu haji pada tahun ini..."
Sebaik sahaja jawapan diterima dan kad jemputan dari Allah dilayangkan. Kami terbayang-bayang lambaian kaabah. Ia bukan sekadar lambaian biasa..ia lambaian illahi. Lalu, bergetarlah jiwa raga insan yang jahil lagi fakir ini kerana merasakan diri serba kekurangan.
Jika dahulu kami tidak pandai berdoa didalam bahasa arab, pada saat kami menerima jemputan kami masih lagi belajar dan merangkak-rangkak. Jika dahulu kami masih lagi tereja-eja dan teraba-raba membaca kalam suci al-quraan, pada saat kami berangkat..kami masih juga insan yang sama. Namun, berusaha sedaya upaya mengatasi kekurangan yang ada.
Allah..Allah..Allah.
Jika tidak kerana kasih dan sayang-Mu.. pasti kami telah terkulai di sini. Pasti kami kuburkan sahaja hasrat untuk menunaikan haji. Lantaran ketakutan yang amat kerana kekurangan diri, kejahilan diri dan dosa-dosa yang tidak tertanggung oleh diri.
Wahai Tuhan, sepanjang waktu ketika berada di rumah-Mu terasa dikau begitu hampir. Sehampir di urat sarafku.
Wahai Tuhanku..bertahun-tahun daku terlantar..baru kini dapatku hirup kemanisan iman kurniaan atas dasar kasih sayang-Mu..
Wahai Tuhan, sepanjang daku di sini... ku salut seluruh auratku, ku tutup pandangan mataku, ku tapis pendengaranku, ku tahan lidahku dan ku sibukkan hatiku dengan memuji kebesaran-Mu..
Bila pulang nanti...Haruskah daku berpatah balik kebelakang? Haruskah daku teruskan zaman silam? Patutkah daku kembali menjadi daku yang dahulu?
Wahai tuhan, Sesungguhnya daku datang kerana menyahut panggilan-Mu, Daku mengakui segala urusan, segala nikmat dan kerajaan adalah di dalam genggaman-Mu.
"Lalu...wahai Tuhanku berikanlah daku kekuatan agar dapat daku teruskan apa yang sedang dakui lalui. Jadikanlah esok lebih baik dari hari ini, hari ini lebih baik dari semalam. Semalam adalah usiaku yang telah berlalu. Esok, ku tidak pasti masihkah daku dapat menghirup udara segar, mengerlipkan mata dan mengerakkan seluruh anggota tubuh badan yang dipinjamkan.
"Allah..Allah.Allah...."

A'kum kak,
ReplyDeleteLaila peminat akak dan prof kamil. Setiap hari follow blog akak dan prof kamil. Semoga ia menjadi ibadah yang diberkati Allah kerana laila mendapat banyak ilmu dan manfaat dari blog akak. Laila bercita-cita untuk bertemu akak dan keluarga, dan semalam, alhamdulillah.. laila bermimpi bertandang ke rumah akak, jumpa akak, prof dan ahli keluarga yang lain.. seronok sangat sebab akak masak macam2 dalam mimpi laila. (spageti, lasagna, bolognese, semuanya western food)..heheh..
terima kasih.. semoga mimpi laila jadi kenyataan, insyaAllah..
Salam, Roza. Saya Anita @ Itote. Kita sama batch sewaktu di ITM Dungun dulu. Yati kadang-kadang bercerita hal Roza yang pandai menulis. Beberapa bulan sebelum ke Tanah Suci, saya kerap membaca blog Roza & Prof Kamil berkenaan pengalaman ke Tanah Suci dulu. Banyak yang saya belajar di blog. Terima kasih banyak. Teruskan usaha murni ini.
ReplyDeleteSalam sejahtera nurlaila,
ReplyDeleteMimpi itu boleh jadi kenyataan jika kita mulakan dengan langkah pertama.
1. Tetapkan tarikh
2. Datang ke Segamat
Langkah 3 tidak akan berlaku jika tidak bermula dengan langkah 1 & 2. Mimpi untuk makan spagetti tu akan terus jadi mimpi..he..hee
Salam sejahtera Anita @itote,
ReplyDeleteInsyaAllah..saya masih ingat pada awak. Tetapi ingatan bayangan wajah manis di usia 20 an..
Di ITM Dungun dulu, saya suka perhatikan group awak dari jauh..remaja ceria & happy go lucky.
Salam sayang saya buat Mas, Mick dan yatie.
Salam Sejahtera tuk Roza Sekeluarga
ReplyDeleteRasa bertuah surau kami di Bukit Mahkota mendapat kunjungan Roza sekeluarga Sabtu lepas dan saya begitu teruja untuk bersama mendengar ceramah Prof Kamil.Terima kasih kerana sudi menerima jemputan kami. Dan saya telah pun habis membaca Travelog Cinta Abadi...membacanya membuka kembali pengalaman dan kenangan peribadi. Sejujurnya...banyak pengajaran yang tersimpan didalamnya dan dalam diam saya berazam membaiki diri...InsyaAllah. Semoga Roza sekeluarga sentiasa diberkati Allah
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny