Semasa zaman kanak-kanak, apabila saya melihat emak mengukus pulut kuning dan masak rendang ayam.. hati saya girang. Ianya bermakna ada dua kemungkinan - tahun baru menjelma dan bakal bertambah setahun lagi usia saya!
Bagaimana saya boleh tahu?
Ketika itu, pulut kuning dan masakan rendang ayam adalah lambang kemewahan. Bagi kami yang hidup sederhana dan beradik ramai, jarang-jarang sekali di hidang dengan masakan begitu kecuali ada suatu peristiwa istemewa berlaku pada hari tersebut.
"Mak..mak hari ini hari jadi An. Ayu dan saya ke? Hari ini tahun baru ke?"
"Ya..awak suka?"
"Suka."
Emak tersenyum bahagia melihat kami gembira. Tarikh hari kelahiran saya, An dan Ayu jatuhnya pada awal tahun baru. Awal Januari. Kami sekali lagi akan dapat menikmati hidangan istemewa itu pada bulan Februari - di hari kelahiran Tuti dan Ratna. Bulan Ogos - di hari kelahiran kak Long Pidah dan November - Razif.
Kami benar-benar teruja!
Pulut kuning yang telah di masak, emak bungkus di dalam daun pisang. Emak masukkan ke dalam piring dan letakkan bersebelah rendang. Emak hiaskan dengan taburan bawang goreng, telur dadar yang digulung lalu di hiris nipis serta campuran hirisan lada merah dan daun bawang.
Kami duduk sekeliling melihat emak menghias hidangan dengan penuh berselera dan perasaan tidak sabar. Kami tahu ianya untuk dihantar ke rumah jiran-jiran terdekat. Kami perlu hantarkan segera ke rumah mereka kerana hanya setelah selesai segala urusan barulah kami adik-beradik boleh menikmati hidangan.
"Mak..yang ini untuk di hantar ke rumah Mak Rom ya?"
"Ya.. Jalan elok-elok. Jangan sampai tumpah.."
Kami akan segera pergi mengagih-agihkan hidangan istemewa ke rumah jiran tetangga sambil berlari-lari. Mahu segera pulang.
Usai kerja agihan, kami adik beradik akan segera pulang. Duduk di atas tikar mengkuang mengambil piring pulut kuning bahagian masing-masing yang telah siap emak agih-agihkan. Emak hanya senyum memerhatikan kami adik-beradik menikmati pulut kuning dengan bahagianya.
"Yang ini mak taruh telur dadar lebih sedikt sebab hari jadi awak..."
Saya, An dan Ayu akan menyambutnya dengan hati berbunga-bunga.
Kami makan kepalan pulut kuning dan seketul rendang ayam hasil tangan emak dengan penuh rasa nikmat tidak terperi. Pulut kuning dimasukkan ke mulut dengan rendang ayam yang dicubit sedikit-sedikit. Kami makan berlama-lama untuk menikmati keenakannya. Kerana kami tahu saat perasaan seperti itu hanya akan berlaku setahun sekali sahaja.
Ketika zaman kecil saya, pulut kuning dan rendang ayam.. ia lambang kesyukuran.
Apabila dewasa, semakin jauh berjalan, saya melihat hidangan dan masakan bukan hanya sekadar resepi. Tidak semestinya terhasil dari bahan-bahan mewah, mahal dan perlu diimport dari luar negara. Ia hadir bersama kisah yang barangkali jarang menjadi bahan cerita.
Bagaimana memperolehi resepi masakan adalah suatu perjalanan. Suatu perlambangan. Ia hadir bersama hati yang bersyukur, bersama hati yang tulus ikhlas, bersama doa, bersama kasih sayang dan persahabatan.
Barangkali ada iktibar yang boleh diraih selain dari resepi. Resepi dari hati yang tulus ikhlas bukan milik peribadi.
Gambar ihsan:
wisataseru.com
Salam...puan cepat2lah terbit Travelog masakan: Bukan sekadar resepi. Saya menunggu.
ReplyDeletesalam Puan Roza saya ingin mengucapkan selamat manyambut hari lahir...semuga amal jariah puan dibalas berganda di dunia dan di akhirat..semuga selalu dirahmati Allah SWT...semuga sejahtera selalu..Amin....Dilla
ReplyDeleteSalam Kak Roza,
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Ulang Tahun yang ke 44. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Amin...
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteSaya baru membaca blog Puan Roza hari ni,tapi buku Travelog Cinta Abadi telah saya baca hadiah birthday dari sahabat last year.
Bertuah Puan Roza dapat menikmati pulut kuning di majlis hari jadi,sya masa kecil2 hanya menyambut hari jadi dengan bubur putih bubur merah(Pulut yang dimasak dengan santan-diasingkan sebahagian putihnya,kemudian yang lain ditambah dgn gula merah)Ini tradisi org jawa di kg saya (Muar).Membaca kisah2 Puan Roza mengingatkan saya pada diri sendiri semasa kecil di kampung...banyak episod dlm TCA yang menyebabkan airmata saya mengalir.
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteSaya baru membaca blog Puan Roza hari ni,tapi buku Travelog Cinta Abadi telah saya baca hadiah birthday dari sahabat last year.
Bertuah Puan Roza dapat menikmati pulut kuning di majlis hari jadi,sya masa kecil2 hanya menyambut hari jadi dengan bubur putih bubur merah(Pulut yang dimasak dengan santan-diasingkan sebahagian putihnya,kemudian yang lain ditambah dgn gula merah)Ini tradisi org jawa di kg saya (Muar).Membaca kisah2 Puan Roza mengingatkan saya pada diri sendiri semasa kecil di kampung...banyak episod dlm TCA yang menyebabkan airmata saya mengalir.