Beberapa bulan di sekolah convent, saya semakin mesra dengan persekitaran mereka. Berbicara dan berfikir cara mereka. Saya mulai berkawan dengan semua orang. Tiada memilih aliran - Sains atau sastera.
Dari pelajar sastera saya mendengar mereka berbincang tentang sayembara, novel, sajak dan puisi. Mereka mengupas penulisan sastera atau sesebuah puisi secara terperinci. Dari mereka lah saya mengenal tulisan penulis yang terkenal seperti A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Tongkat Waren dan beberapa karyawan lagi.
Saya paling suka membaca novel karya Khatijah Hashim. Terharu menghabiskan sebuah antologi cerpen yang salah satunya bertajuk 'Nasinya Tumpah' hasil tulisan Fatimah Busu.
Ya Allah! Di dalam usia belasan, tiba-tiba sahaja saya gemar mendengar puisi. Boleh mengalirkan air mata apabila mendengar alunan suara lagu-lagu cinta di kesunyian malam yang gelap gelita. Tersedu-sedan mendengar alunan kata-kata romantis yang diucapkan oleh juruhebah radio yang membaca rintihan dan keluhan pengirimnya.
Suatu hari, saya mendengar sebuah lagu yang sedang berkumandang dari salah sebuah gerai semasa di stesyen bas Segamat untuk pulang ke rumah. Lagu itu pada hemat saya amat menusuk kalbu. Bunyinya ;

Berhelai-helai surat, terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
ku ramas semua
dan ku buangkan jauh..
dari pandangan.
Lalu, aku kesal
ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu
di dalam hati ku
.....la..la...la......
(Lagu ciptaan : M. Nasir)
Dan saya menangis di sepanjang perjalanan.
Saya tidak pernah hendak ambil tahu siapakah penyanyinya atau kumpulannya. Sehinggalah tiba masanya saya amat gila dengan lagu itu - Sekuntum mawar merah, sebuah puisi.. Terbeliak mata seperti tidak percaya melihat rupa penyanyi lagu yang digilai. Mulai hari itu saya bertekad tidak lagi mahu mengetahui bagaimana rupa sebarang penyanyi.
Suara tidak mengambarkan rupa!
Suara tidak mengambarkan rupa!
Peliknya, pada usia itu saya akan sanggup menahan lapar dahaga dengan mengumpulkan duit belanja hanya untuk membeli kaset cetak rompak lagu kesukaan di pasar malam. Bila pulang, saya akan memasangnya kuat-kuat secara berulang-ulang di radio kaset yang abah belikan.
Saya dan Tuti agak ekstreme sekali. Kami akan menghafal senikata mengiringi penyanyi itu sambil seluruh anggota badan tergeliat-geliat mengikut rentak. Lagak kami seperti budak tidak pernah bersekolah. Bukan sekolah biasa tetapi sekolah agama.
Malah jika lagu itu dinyanyikan oleh Anita Sarawak, maka kami akan menjuih-juihkan bibir secara berlebihan. Keterlaluan!
Di cel..lah.. keh.. daa.. mai iyan..berrr.. tiup han gin se po hoi...
Suara manja Noreen Nor lunak mengalun menambat hati. Bagaimana si penyanyi meliuk-liuk dan tergedik-gedik, begitulah gediknya kami. Saling tidak tumpah. Malah lebih lagi!
Suatu hari minggu, kami sedang benar-benar menghayati sebuah lagu [click on ] 'Epilog cinta dari Bromley" oleh Sohaimi Mior Hassan. Kami menghayati baris-baris perkataan dengan sepenuh perasaan. Mengajuk-ajuk perlakuan penyanyi kesukaan. Tubuh badan saya tersentak-sentak sambil memegang bekas bedak. Tuti pula kelihatan terlonta-lonta dengan sebatang kayu mop di tangannya.
Entah mengapa tiba-tiba, Ratna beberapa kali memberi isyarat kepada kami supaya berhenti. Namun, tidak kami peduli. Jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke arah dapur. Kami hanya membeliakkan mata ke arahnya. Lalu, jari telunjuk kami menunjuk menembak ke arahnya pula ala-ala koboi dengan pistul. Mungkin itu gaya yang diinginikannya. Tiada masalah, boleh sahaja!
Jari Ratna menunjuk-nunjuk lagi. Kali ini, kami benar-benar panas hati!
Tidak nampakkah dia keadaan kami yang sedang berada di dalam tahap emosi yang tinggi? Tidak tahukan dia bahawa penghayatan emosi seperti itu bukannya datang selalu? Jika kami penyanyi professional pasti kami tidak mahu di ganggu! Jika dia seorang 'Manager' pasti sudah di buang kerja!

Saya dan Tuti sepakat terus menghayati sambil membuat gerakan sepenuh hati dan perasaan selaras dengan tingginya nada lagu yang di bawa.
Kami berada ke tahap perasaan yang menggila sambil berpegangan tangan membuat satu gerakan yang boleh kami katakan "The top performance of the year!" Darah mengalir meresap ke tangkai jantung hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kami meratap, kami menghiba. Tergigil-gigil sambil memejam mata. Lagaknya tak ubah seperti lotong terkena lada!
Untuk mengakhirinya kami cuba sudahi dengan suatu kejutan..memberikan tekanan suara yang tinggi sambil memusing badan ke belakang.
Tiba-tiba..
Kami dapati beberapa orang pekerja keturunan cina sedang terbeliak biji mata. Terlopong mulut sampai ke dada! Terpaku seperti orang terjumpa hantu!
Oops! Kerana naik 'Syeikh' kami terlupa pada ketika itu bahagian dapur rumah teres kami sedang di dalam pembinaan. Tingkapnya telah ternganga dan bila-bila masa sahaja orang boleh menjenguk ke dalamnya.

"Ya Allah! Bila pula mereka pulang.. Rasanya baru sekejap sahaja tadi mereka pergi untuk berhenti makan tengahari.."
nasinya tumpah tu ceritanya berkenaan adik beradik yang termakan cendawan racun tu ke. kecuali seorang saja yg selamat krn nasinya tumpah. ada di jadikan drama TV rasanya. mmg sedih..
ReplyDeletesalam puan...
ReplyDeletehahaha..cerita puan pada kali ini membuatkan saya tergelak...pada mulanya, saya sangkakan ayah atau mak puan yang datang...hahaha...mmg lucu...
sama cam hanis..ingatkan mak ayah yg datang,kalau tidaklah ada yg kena ketuk ngan penyapu.hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteIngatkan emak dan ayahnya yang sampai rupa apek tukang rumah! he!he!he!
Assalamualaikum
ReplyDeleteKalau tak silap akak, semasa di ITM sering juga Roza meniru-niru liuk lintuk Noreen Noor.
Nak buat bahan ketawa masa kat asrama.
Masa tu akak cukup teruja dengan lagu2 60an. Teruk betol dulu kan. Pantang masuk bilik air untuk mandi. masing2 dengan irama tersendiri.
Yang gelihati masa tu tengah hit lagu Serikandi Cinta ku. Mulalah tangkap leleh.
......ingat-ingat balik eeeeee perasan betol.
he..he..he..
Kak wati
Assalamualaikum kak wati
ReplyDeleteHa..ha..dan kita kalah dengan suata Nita. Ingat?
Malah satu hostel boleh 'terdiam' apabila dia mendendangkan lagu kegemarannya - 'Kita serupa'
Indahnya saat itu!
Marhaban ya Ramadhan....
ReplyDeleteSELINGAN:
ReplyDeletekumpulan rock 'The APEs' yang dianggotai oleh sekawan monyet-monyet sedang mendendangkan lagu di konsert yang di hadiri oleh para manusia, telah dibaling oleh penonton dengan botol/sampah/telur apabila mendendangkan lagu "KITA SERUPA"
Saya ingat cerpen 'Nasinya Tumpah' memang cerita yang sedih kesudahannya. :-(
ReplyDeleteJadi kiranya masa dulu - dulu, kak Roza ini insan seni ala AF la ye ;-)
Assalamualaikum
ReplyDeleteTergelak pepagi buta ni ingatkan Nita,
dengan suaranya yang lemak bergetar tu.
Akak juga tak lupa lagu Nita
"makin ku dekati makin ku tak mengerti
hati tak selembut tutur kata
kerna paras rupa yang menghiasi diri
kaca ku sangka permata"
Kalau tak salah lagu JJ. Untuk Nita kalau dia membaca blog ini, jgn ambil hati, bukan kutuk tapi inilah kenangan amat manis
yang tak pernah memadamkan ingatan kawan-kawan padanya.
Kak wati
Assalamualaikum kakLuna dan OmeCool20,
ReplyDeleteRasa tersentuh dengan cerita 'Nasinya Tumpah' kerana Kak Roza pernah memberi makan adik-adik dengan sayur cendawan masak air campur daun kunyit..
Bayangkanlah jika peristiwa itu terjadi kepada diri sendiri..