Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, July 12, 2010

Jauh bukan alasan..


Pertemuan pertama bersama siswa pengajian luar kampus [PLK] , mereka kelihatan menerima saya. Lalu, saya mengajak mereka bercerita. Falsafah pengajaran saya mudah,

"Tak kenal, maka tak cinta..jadi, bolehkah kita berkenalan?"

Tiba-tiba, semuanya menundukkan muka. Seorangpun tidak mahu memulakannya.

"Baik, sila catatkan di atas kertas. Nama penuh, panggilan manja dan ceritakan sedikit tentang latar belakang keluarga. Akhir sekali, catatkan kenapa saudara saudari berada di universiti ini..mengambil pengajian secara luar kampus."

Masing-masing mengeluarkan sehelai kertas A4 dan mula mencatat sebaris perkataan di atasnya. Dari sebaris, ia menjadi satu perenggan. Kemudian, ianya menjadi dua perenggan dan tiba-tiba ..seluruh kelas menjadi senyap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi pena yang ditekan keras di atas kertas.

Saya biarkan mereka seketika. Sepuluh minit kemudian, saya meminta mereka berhenti menulis.

"Alah, sedikit masa lagi puan.."

"Cukuplah setakad apa yang ditulis, ini bukannya soalan peperiksaan akhir."

"Beri sedikit masa lagi puan.."

Akhirnya saya meminta mereka bercerita seringkas mungkin tentang diri dan sebab mereka melanjutkan pelajaran. Rata-rata mereka sudahpun mempunyai pekerjaan tetap. Rupa-rupanya kebanyakan mereka datang dari jauh.. sejauh bandar Muadzam, Pahang, Johor Bahru, Muar dan Melaka. Mereka perlu sampai ke kelas di pagi minggu, seawal pukul 8 pagi lagi.

"Baik..kita sudah berjalan sejauh ini. Mahukah kita menghentikannya di tengah jalan? Mahukah kita suatu hari nanti berkata kepada diri, kalaulah dahulu perjalanan itu saya teruskan.. Sedangkan ketika itu rakan-rakan kita yang tabah, kehidupan mereka sudahpun berubah. Pepatah Inggeris ada berkata," a journey of a thousand miles begins with a single step." Bergeraklah..walaupun secara merangkak."

Mereka mengangguk-anggukan kepala. Diam.

"Perjalanan yang jauh itu sebenarnya bukan alasan. Musuh utama kita adalah kemalasan! Oleh itu berdoalah..Ya Allah, hindarkan kami dari perasaan lemah dan malas."

Mereka semakin mesra.

4 comments:

  1. salam Pn Roza

    Bagusnya bermesraan. Pelajar2 pun jadi seronok.
    Teruskan menjalankan tugas...moga semangat pelajar terus membara.

    ReplyDelete
  2. salam puan,

    minggu lepas tak kenal maka minggu ni kita 'bercinta' yer.

    ReplyDelete
  3. salam,
    teringat professor saya meminta pelajar2 memperkenalkan diri dgn membawa 'bio-bag'. i.e. brown paper bag yg diisi dgn brg2 bermakna e.g. photos, mungkin i-phone yg ada photos family, book-mark utk gambarkan minat membaca or rampala i.e. mata kail.... or mcm2..then kita mengenali rakan2 even professor kita dgn lebih dekat.

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Roza, thanks. :)

    ReplyDelete