Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, March 29, 2011

Ikan percik

Julai 1985.
Petang Jumaat itu kami sekeluarga berangkat ke Dungun, Terengganu dengan kereta Morris Marina. Percutian wajib keluarga. Abah arahkan semua adik-beradik menghantar saya - Ratna, An, Ayu dan Razif. Selain dari saya dan mak wa. Kami berasak-asak duduk di kerusi belakang kereta.


Saya meninggalkan kampung halaman dengan perasaan yang berbagai. Itu pengalaman pertama saya berjauhan dengan keluarga.

Saya tidak sanggup meninggalkan keluarga, namun apakah pilihan yang saya ada? Sampai bila saya mahu berada di bawah ketiak mereka? Mahu atau tidak, hidup perlu diteruskan. Kata abah, "Ilmu suluh hidup dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."

Sepanjang perjalanan, Mak wa sentiasa di sisi saya. Keadaan mak wa bukan lagi seperti waktu saya kecil dahulu. Usia telah mengubah segalanya. Dia asyik membilang kenderaan yang berselisih dengan kereta kami. Sesekali mak wa membuat laporan tanpa di minta.

"Ada 139 kereta, 21 van dan 10 lori..."

Jauh sungguh perjalanan yang di tempuh. Hampir tengah malam baru sampai. Abah mengambil keputusan menumpang bermalam di Jabur, rumah kakak jiran sebelah rumah. Barangkali juga kerana kami sekeluarga tidak mampu menyewa hotel atau abah memang tidak biasa.

Esoknya kami menyambung perjalanan ke Institut Teknologi MARA [ITM] Dungun. Setelah selesai pendaftaran pelajar di Dewan Sri Sura ITM Dungun, kami dibenarkan makan tengahari bersama keluarga. Petang itu sesi minggu silaturahim akan bermula.

Abah membawa kami menyusuri pantai dan akhirnya menuju ke Kuala Dungun. Kami mencari gerai makan penduduk tempatan. Benar, abah berhenti di sebuah gerai yang sedang membakar ikan di atas dapur arang. Aromanya memecah selera.

"Ikan percik..?"

Saya pernah melihat Ucu Enon menjual ayam percik di pasar malam. Ikan? Itu pertama kali saya melihat ikan bakar di percik dengan kuah santan pekat berwarna putih. Emak mengambil dua ekor ikan itu dan kami kongsi makan beramai-ramai. Menjamahnya secubit demi secubit. Sedapnya bukan kepalang!


"Ini kawasan ikan. Sedap, makan ikan segar."

Semasa di ITM, saya pernah tersedu apabila melihat setiap seorang pelajar mendapat seekor ikan bagi makan tengahari dan makan malam. Bayangkan, seekor ikan cencaru goreng bagi saya saorang!

Subhanallah! Maka nikmat Allah yang mana satukah mahu didustakan?

Saya terkenang , jika emak mengulai atau mengoreng ikan bagi kami sekeluarga, jumlahnya paling banyak hanya tiga atau empat ekor sahaja. Hari ini, seekor ikan percik mampu di makan bagi saya seorang. Namun, nikmatnya tidak sama seperti ikan percik yang di cubit beramai-ramai sewaktu pertama kali kami makan bersama keluarga.

Hari ini, kami adik-beradik barangkali menikmati ikan percik bersama keluarga sendiri. Ikan itu masih lagi ikan yang sama, namun rasanya mulai berbeza.

7 comments:

  1. Salam sejahtera,

    InsyaAllah, buku Travelog Impian Abadi:Itu yang tertulis, ada catatan tentang arwah abah.

    Dapatkan di pesta buku PWTC April 2011.

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
    Semoga Allah permudahkan saya untuk bertemu Pn.Roza dan suami di PWTC nanti.

    hzm

    ReplyDelete
  3. Tahniah!lama saya tunggu buku tu Kak Roza..MPH dah ada jual ke?rasanya tak berkesempatan nak ke PWTC.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Travelog impian abadi: Itu yang tertulis adalah buku Jilid ke 2 selepas Jilid 1 Travelog cinta abadi : masa yang berlalu.

    Mudah-mudahan ada manafaat.

    ReplyDelete
  5. As-salam,

    Memang terkenang2 manisnya makang ikang segar kat Dungung...walaupung dh hampir 30 thn, kemanisangnya masih terasa. Terlalu byk kenangang indah di sana bersama rakang2 ITM Dungung.

    ReplyDelete
  6. subhanallah..mungkin smua manusia dpt menulis tp x smua artikel yg ditulis dpt menyentuh hati pembaca..
    Travelog impian abadi dah ade d bookstore ke?

    -tranquiliser

    ReplyDelete
  7. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete