"Er..ok."
Gugup. Tidak pernah saya bayangkan orang yang menarik perhatian selama ini mahu menumpang tidur di rumah kami. Rumah kami bukanlah besar. Malah kami adik-beradik tidur sebilik. Tetapi tidak pula sanggup saya menyatakan tidak di atas permintaan-nya.
Pulang ke rumah, saya menyatakan hasrat Lily kepada emak. Emak tidak membantah. Saya meminta emak mengajar saya masak sambal tumis ikan bilis. Emak mulakan dengan merebus cili kering sehingga lembut. Kemudian mengajar cara mengiling dengan menggunakan batu giling. Lada yang sudah di giling emak naikkan ke atas dapur dan dimasukkan sedikit minyak masak. Emak biarkan lada separuh masak.
Begitulah setiap kali emak mengiling lada, pasti dia mengiling lebih untuk kegunaan masakan yang lain. Barangkali kerana kami belum memiliki peti sejuk pada ketika itu.
"Lada yang separuh masak, tahan sampai esok. Kalau buat sambal tumis ikan bilis nanti, tidaklah ia rasa seperti lada yang tidak masak."
Petang Jumaat, Lily mengikut saya pulang ke rumah di kampung Paya Jakas. Kami menumpang bas sekolah Ladang Naggapa. Geli betul hatinya melihat keadaan bas itu. Dia mengusik dan mengutuk saya menaiki bas itu. Saya turut menahan tawa, akur dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Malam itu, emak sediakan makan malam yang agak istemewa bagi kami sekeluarga. Emak masak lemak putih kobis, ikan masin, telur dadar dan sambal tumis ikan bilis. Biasanya hidangan makan malam kami hanya satu lauk sahaja. Saya melihat Lily makan dengan penuh selera. Dia menggunkan tangannya! Kekok..kekok sekali!
Saya mengajak Lily mengemas meja dan membasuh pinggan. Lily membantu saya dengan senang hati. Sedang kami membasuh pinggan, tiba-tiba Lily membuka cerita;
"Untung awak dapat tinggal serumah dengan ibubapa kandung. Seronok dapat rasa suasana macam ini..ada adik-beradik. Hidup sebagai seorang Islam."
Saya tersentuh lantas berpaling kepadanya. Dia tekun memandang pinggan yang dibilasnya. Tanpa menoleh, Lily meneruskan kisah peribadinya.
"Saya tinggal dengan pasangan cina yang tidak mempunyai anak. Bapa angkat saya seorang polis di Kebun Baru, Tangkak. Emak angkat kata ibu kandung saya orang melayu dari Kuala Krai, Jeli dan bapa saya seorang benggali. Saya diserahkan kepada emak angkat cina sejak bayi.."
Saya diam tidak menyampuk kata-katanya.
"Semasa kecil saya tidak kisah dengan keadaan itu. Tetapi sekarang saya mula terasa. Terutamanya apabila kami bertiga berjalan beriringan atau makan di restoran cina. Banyak mata tertumpu kepada saya."
Saya masih diam.
"Pernah suatu hari emak angkat saya sebak apabila saya tidak mahu keluar dari kereta untuk makan di kedai cina bersama mereka. Lalu, dia bungkuskan dan makan bersama saya di dalam kereta. Saya serba salah."
Lily sambung lagi.
"Emak angkat saya kata, dia sayangkan saya seperti anak kandungnya sendiri. Perasaan itu masih sama dan tidak berubah semenjak saya masih bayi.."
Saya tidak sanggup mendengar cerita Lily selanjutnya. Lalu, saya alihkan tumpuan untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam bungkusan itu. Lily masuk ke dalam bilik, sebentar kemudian dia keluar.
"Wah, cantiknya awak pakai baju kurung cekak musang. Betul-betul macam orang melayu.."
Baju itu sedikit singkat dan nampak pergelangan lengannya. Namun, Lily tetap gembira. Dia berpusing-pusing berpuas hati dengan baju kurung itu.
"Kakak angkat saya pinjamkan baju ini. Kalau saya buat tempahan baju nanti, saya buat labuh sedikit."
"Emak angkat tidak sedih kalau dia melihat awak pakai baju melayu ini?"
Lily sebak. Barangkali hati nuraninya bergelodak. Separuh hatinya ingin mencari cahaya kebenaran din illahi, mencari tuhan. Separuh lagi penuh simpati terhadap emak angkat yang menatangnya penuh kasih semenjak bayi.
Saya mengenali Lily sehingga tingkatan tiga. Kami terpisah apabila saya bertukar ke Sekolah Menengah Cannosian Convent, Segamat semasa di tingkatan empat. Namun, setiap kali bas melintasi sekolah Menengah Jementah, mata saya tercari-cari. Mencari Lily.
Ia cerita lama, bertahun-tahun sudah berlalu. Namun, sehingga kini setiap kali saya melintasi sekolah menengah Jementah dan balai polis Kebun Baru...mata saya masih mencari.
Mencari Lily...
puan roza...
ReplyDeletecukup menyentuh hati.
teruskan menulis, berkongsi kenangan :)
Salam Pn Roza,
ReplyDeleteKalau saya faham kisah ini saya sedih mengenangkan Lily jika beliau meninggalkan dunia ini tanpa mendapat hidayah
hzm
Salam sejahtera,
ReplyDeleteSemuga Allah memberikan hidayah dan cahaya petunjuk kepada Lily walau di mana dia berada..
Ameen
ReplyDeleteAmeen, muga doa kita Allah dengar dan perkenankan...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya mengenali Lily semasa di SMJ dulu.
Walaupun hidup dengan keluarga Cina, tapi wajah dan suaranya tak tumpah seperti orang Melayu.
Dulu saya pernah mendengar dia ingin mencari keluarga kandung. Didoakan semoga dia berjaya menemui keluarga dan agama asal (fitrah).
Salam sejahtera Haffez,
ReplyDeleteMuga Lily bertemu dengan ibu kandungnya...
insyaallah, saya juga bnyak kenagan bersama lily. Dia hampir2 dah nak masuk islam dn sempat belajar tentang islam kat rumah ustazah Asiah( dh lupe name)masa saya form 3. dh mula belajar al fatihah.lpas tu saya ke smcc, x berhubung lg. hingga pada 1998, kami bertemu di bus stand segamat..masih mahu berkongsi air minum lg dgn saya sbgaimana saya di smj dulu. saya menolak dgn hikmah. Sepnjg pertemuan lily asyik bercerita keseronokan berada dlm gereja di S'pore, tenang katanya. Dlm hati saya munajat pd Allah yg Maha memberi petunjuk, supaya Dia memberi hidayah kepada Lily...kembali kpd agama ibunya (Islam) sebelum dia di panggil pulang oleh Allah.
ReplyDeleteSalam sejahtera anonymous,
ReplyDeleteSubhanallah..boleh saya tahu, barangkali saya mengenali puan?
InsyAllah. kita member lame..Juliana
ReplyDeleteSubhanallah!
ReplyDeleteSalam sejahtera Juliana Mohd Ali. Batu 11, Jementah.
Saya suka melihat mata awak yang cantik masa tuisyen maths dengan arwah cikgu Mohd Amin dahulu.
salam...
ReplyDeletekita turut sama berdoa dan terus berdoa agar Lily yg kita kenal...walau sekilas ikan di air, beroleh petunjuk dan rahmat dariNya.
mana tahu jika ia masih mengecap nikmat Allah kini, doa kita terpilih olehNya... atau jika ia telah meninggalkan kita, tetap kita teruskan doa agar di saat-saat akhir nikmatNya yang disedut, ia mendapat petunjuk itu. Allah Maha Mengetahui...
jangankan Pn Roza, jangankan Juliana atau haffez (anak pak Daud), saya turut mengingatinya selalu dan selingkar kehidupan Lily yg pernah saya kenal, sering saya imbaukan pada ketika-ketika tertentu...
saudaraku haffez....terima kasih kerana saudara telah diutuskan untuk memberikan saya petunjuk mencari sesuatu yang telah hilang... kini ia telah saya jumpa dan saya sahkan ianya berada dalam keadaan amat selamat... Terima Kasih Ilahi...
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny