Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, March 13, 2011

Keropok lekor kuantan 2 : surat lusuh

Hati saya terluka. Anna langsung tidak membalas surat-surat yang diutuskan kepadanya. Walaupun hanya sekeping poskad dengan sebaris ayat. Akhirnya saya belajar untuk melupakan Anna.

Saya hampir dapat melupakan dia, apabila kami sekeluarga berpindah rumah ke pekan Jementah. Jadual perjalanan berulang-alik dari Jementah ke Segamat setiap hari semasa di tingkatan empat menyebabkan masa saya padat.

Sehingga pada suatu hari, saya melawat mak wa [nenek] di kampung Paya Jakas. Sebelum pulang, saya mengintai-intai rumah lama kami yang letakkan bersebelahan dengan rumah mak wa. Di celah pintu berhampiran lantai, saya ternampak sekeping surat. Barangkali surat itu sudah lama terselit di situ. Surat yang hampir lusuh. Tulisan tangannya sudah kembang, namun hati saya melonjak girang. Setemnya dari Pahang!
Ia surat dari Anna!

Di dalam surat itu, Anna memohon maaf kerana tidak membalas semua surat-surat yang dikirimkan kepadanya. Panjang kandungan isi surat itu sehingga saya mengalirkan air mata. Katanya, dia terpaksa berkahwin dalam usia yang muda. Dalam tempoh beberapa bulan lagi dia bakal menimang cahaya mata yang pertama. Saya terkedu!

Katanya di dalam surat itu..

"Jika bayi itu seorang perempuan.. saya mahu masukkan nama awak ke dalamnya.."

Hari itu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya singgah sebentar membeli poskad di pejabat pos Jementah. Saya catatkan pesanan ringkas dan alamat rumah baru di Jementah, lalu poskan segera kepada Anna.

Berminggu-minggu lamanya saya menanti balasan poskad itu. Anna hilang lagi!


Gambar ihsan : komidiputar16.com

6 comments:

  1. Assalamualaikum, bertuahnya anna dapat jadi sahabat pena Puan Roza. Sehingga sekarang sudahkah Puan Roza dapat berita dari Anna? Jika belum insyaalah kak boleh tolong carikan anna yang dimaksudkan berpandu pada alamatnya, kerana kak kini tinggal di Pekan, Pahang.

    Kak Noor
    Pekan, Pahang

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera kak Noor,

    Allah Maha berkuasa! Jika diizinkan Allah Taala, jika masih dipinjamkan nyawa .. InsyaAllah, Dia pasti menemukan kami suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Pn Roza,

    Saya agak saja jalan ceritanya.. bila Anna hubungi puan semula maka berlakulah pertemuan empat mata sambil menikmati Keropok lekor kuantan...

    hzm

    ReplyDelete
  4. salam...

    di mana anna sekarang? demi sanjungannya kpd Pn, kita sama-sama doakan kelahiran itu adalah puteri, agar hasrat si ibu anna kesampaian...

    jika sampai kini masih belum kesampaian, kita sama berdoa agar percubaan dan usaha si ibu anna mampu mengambil ibu dan bapa Pn Roza sbg contoh.... betapa insan berjaya itu telah mampu tanpa lelah mencari seorang putera meskipun Allah masih mengurniakan RBR1 RBR2 RBR3 RBR4 RBR5 dan RBR6 sebagai puteri-puterinya...

    jika juga tidak kesampaian (kerana tidak semua doa terpanjat ke hadapanNya akan ditunaikan pada masa yang dikehendaki)...ketahuilah si ibu anna.....

    tanggal 15 mei XX, kakak saya telah selamat bersalin. betapa tarikh itu amat saya ingati kerana ia juga tarikh lahir saya (pakcik si puteri).

    "kak yah, abg din dan mak...kerana puteri ini lahir pada hari lahir saya, izinkan saya meletakkan nama puteri comel ini... jika saya tidak dapat memiliki Raudzah, (kerana sesungguhnya disedari sebagai mahkluk yang dijadikan, kita tidak mampu untuk menyelak walau sezarah lubang untuk mengintai gedung kalam Allah)setidaknya nama suci itu dapat saya abadikan dalam keluarga ini..."

    beberapa hari kemudian...terdaftarlah nama baru dalam dunia yang sementara ini dengan satu lagi ukiran nama Raudzah atau setepatnya ILY RAUDZAH...(semoga Alah mengampuni dosaku jika ia sebagai dosa).

    selingkar cerita ini bukannya apa, sekadar memberi semangat kepada si ibu anna agar tidak berputus harap... jika benar telah tiada dayanya, ketahuilah hasrat tersebut telahpun tertunai...

    wassalam..

    ReplyDelete
  5. opsss......

    silap tekan....(berkejar dengan masa..) tarikh kelahiran 14 mei...

    ReplyDelete
  6. Subhanallah!
    Maha suci Allah yang menjadikan langit, bumi dan di antara ke duanya.

    ReplyDelete