Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, March 16, 2011

Keropok lekor kuantan 3

Berita dari Anna muncul hanya setahun sekali, itupun kerana titipan kad sempena raya penganti diri. Namun, tidak pula disertakan alamatnya yang terkini. Saya buntu.

Sekali lagi saya nekad melupai Anna. Namun, kad raya yang terakhirnya saya balas dan poskan ke alamat terakhir yang saya ketahui. Saya catatkan nombor telefon rumah kami di Jementah. Saya memberitahunya tarikh cuti pertengahan semester dan perkembangan terkini maklumat diri.

Kali ini saya memang tidak mengharapkan apa-apa berita darinya lagi. Apatah lagi menerima panggilan telefon kerana pada ketika itu ada panggilan telefon yang lebih istemewa lagi terpaut di hati.

Ketika di cuti pertengahan semester, tahun akhir pengajiandi ITM saya menerima satu panggilan. Emak yang menyambut panggilan itu, katanya dari sesaorang yang bernama Anna. Antara percaya dengan tidak, saya menyambut telefon itu. Emak meneruskan melipat kain di sisi meja telefon, sambil memasang telinga. Saya gugup malah tidak selesa.

"Anna?"

"Ya, Anna buat panggilan dari Kuantan. Awak belajar di ITM Dungun sekarang? Tengah cuti semester?"

"Er, ya..ya cuti. Esok saya harus pulang ke Dungun."

"Bolehlah kita berjumpa di Kuantan. Bersebelahan stesyen bas ada benteng gerai makan menghadap sungai. Pukul tiga petang.."

Hati saya berdegup kencang. Dalam masa yang sama mata saya mengerling ke arah emak. Mata emak mencorong tajam. Cepat-cepat saya berpaling. Tali gangang telefon terbelit, telefon terhempas ke lantai. Talian terputus.

Esoknya saya mengambil tiket bas Segamat-Kuantan yang dijangka sampai pada pukul 2.30 petang. Dari Kuantan saya mengambil tiket bas Kuantan-Dungun pada pukul 4.00 petang. Saya berkira-kira dan peruntukan masa, jika benar Anna ingin bertemu.

Sampai di Kuantan, saya segera menuju ke benteng, arah deretan gerai di pinggir sungai. Saya memilih gerai yang paling bersih, mengambil tempat duduk, lalu menempah minuman. Mata mencari-cari perempuan muda bernama Anna, yang tidak pernah langsung bertemu muka.

Sambil minum, mata saya tertumpu ke arah makcik gerai yang sedang memotong keropok lekor yang besar. Di potongnya keropok itu nipis-nipis, lalu dimasukkan ke dalam kuali besar yang panas. Ia berbeza sekali dengan keropok lekor di Dungun. Resah minum sendirian, saya menempah pula sepiring "keropok lekor Kuantan."

Begitulah. Jika tidak diizinkan Tuhan, hasrat hati tidak mungkin kesampaian.

Sepuluh tahun kemudian, semasa emak mengirim bungkusan kepada kami sekeluarga di United Kingdom, dititipnya sekali poskad dari Anna. Poskad yang tidak bertulis alamat si pengirim. Saya, yang sentiasa nekad untuk melupakannya, namun masih juga mengirimkan gambar keluarga di luar negara. Menggunakan alamatnya yang lama..

Keropok lekor Kuantan dan setem bercop "Pekan, Pahang" , ia kenangan manis dari Anna. Nama itu datang dan pergi. Namun, ia berbekas di hati.

8 comments:

  1. wah.. misteri betul 'anna' tu... smoga die bahgia.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Saya juga pernah alami situasi pelik di mana saya telah terima satu panggilan dari nombor yang tiada dalam simpanan saya, saya tidak kenal suara itu tapi lama kelamaan dalam mendapatkan kepastian rupa-rupa bapa saudara saya yang buat panggilan itu iaitu panggilan pertama darinya ke telefon bimbit saya sejak puluhan tahun (sms pun tak pernah)(no.telefon bimbit dia yang ada dalam simpanan saya adalah berlainan).Yang membuat saya musykil sebelum itu pun pernah saya terima panggilan yang betul menyebut nama timangan saya tapi orang lain, sebab itulah bila bapa saudara saya yang buat panggilan saya macam tak percaya.

    hzm

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,

    Buat Kak Roza sekeluarga,

    Salam Takziah dari kami sekeluarga.. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Semoga segala urusan akan dipermudahkan... Al-Fatihah....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Roza yang dikasihi, takziah daripada kami sekeluarga di Sudan. Semoga Pakcik Roslan sedang berbahagia sekarang bersama-sama oarang yang soleh. Ameen. Semoga kesabaran kak Roza sekeluarga atas kehilangan ini diganjari Allah dengan pertemuan yang kekal abadi di negeri akhirat nanti. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun,
    Al-Fatihah.

    Azma dan keluarga,
    Sudan

    ReplyDelete
  5. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Takziah kerana perginya ayahanda tersayang buat selama-lamanya

    hzm

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Puan Roza..takziah saya ucapkan diatas pemergian ayahnda tercinta..semuga Pakcik Roslan ditempatkan bersama sama orang yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT...semuga dapat bersama di Jannatul fIRDAUS..dilla

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Puan Roza..
    Terlebih dahulu maafkan akak kerana terlambat mengucapkan takziah...kerana baru membuka blog Prof. dan mengetahui tentang berita ini.
    Innalillahi wainnailaihiraajiuun..Takziah akak ucapkan diatas pemergian ayahnda Puan Roza yang tercinta..semuga ALlah SWT menempatkan Pakcik Roslan bersama sama orang yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT...bersama-sama orang yang soleh dan solehah ...semuga dapat bersama di Jannatul fIRDAUS ... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete