Apabila rumah ranap di landa banjir, jangan menangis. Kerana segalanya datang dari Allah kepada -Nya ia kembali. Harta dunia ini hanya pinjaman semata.
"Bukankah kita telah tahu bahawa kawasan di situ sering berlaku kejadian itu?"
Apabila orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemui-Nya. Jangan menangis.
"Bukankah setiap orang akan menemui ajalnya? Samada mereka pulang dalam keadaan sakit yang menjadi penyebab atau dalam keadaan sihat. Ajal itu tetap. Hanya kita yang tidak tahu bilakah harinya, tarikhnya, detik waktunya dan tempatnya.."
Apabila berpisah dengan rakan-rakan. Jangan menangis...
"Bukankah sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Rakan-rakan itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kawan. Tidakkah kita mahu berfikir..?"
Apabila orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemui-Nya. Jangan menangis.
"Bukankah setiap orang akan menemui ajalnya? Samada mereka pulang dalam keadaan sakit yang menjadi penyebab atau dalam keadaan sihat. Ajal itu tetap. Hanya kita yang tidak tahu bilakah harinya, tarikhnya, detik waktunya dan tempatnya.."
Apabila berpisah dengan rakan-rakan. Jangan menangis...
"Bukankah sepanjang perjalanan hidup kita bertemu dengan berbagai tingkah laku dan perangai. Rakan-rakan itu mematangkan kita. Itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagaimana Dia mengajar kita. Kita kenal erti kawan. Tidakkah kita mahu berfikir..?"
Saya cuba memujuk hati agar tidak mengalirkan air mata ketika memandu keluar dari kawasan kampus yang tercinta. Di universiti ini segalanya bermula di sini... saya mula sebagai pelajar, bertemu jodoh dan ditentukan Allah untuk menjadi tenaga pengajar.
Namun, akhirnya saya gagal menyeka air yang telah lama bertakung di kelopak mata. Ia mengalir jua lantaran terkenang-kenang getaran dakapan rakan-rakan yang memeluk dengan hati yang tulus ikhlas.
Dalam diam hati berbisik perlahan..
"Tahukah kalian .. saya tidak mempunyai rakan yang ramai. Namun yang sedikit itu lah yang berkualiti.. Ia berbekas di hati. Selamat tinggal rakan-rakan. Relakan kami pergi...Kalian tiada dosa terhadap saya, begitu juga saya harapkan agar kalian memaafkan mana-mana kesalahan saya yang terkilaf selama ini."
Kami pergi dahulu...
Salah Sejahtera Roza,
ReplyDeleteSangat tersentuh dengan entri ini.
Semuanya benar dan ini memberi peringatan kepada kami, pembaca setia yang sentiasa singgah di sini.
Benar, walaupun kita belum pernah bersua muka, ikatan 'persahabatan' menjadi tambah mesra melalui coretan Roza yang penuh warna dan sarat dengan mesej.
Semoga selepas ini, 'persahabatan' kita terus terjalin di sini...
Selamat berangkat, dengan doa agar Roza sekeluarga terus diberkati dan segala urusan dipermudahkan.
Salam,
ReplyDeleteSesuatu yang baik kadang-kadang datang dari sesuatu yang sukar untuk dihadapi.
Hidup sentiasa belajar dan mempelajari pengalaman dari perjalannya.
Assalam Puan Raudzah,
ReplyDeleteSebak dengan entry kali ini. Semoga persahabatan melalui blog ini berpanjangan hingga akhir hayat. Apa pun yang terjadi semua nya ketentuan Allah.
Walaupun pertemuan dengan puan dan keluarga sekejap, tetapi ia meninggalkan kesan yang mendalam. Rasanya tak nak lepas kan. Tetapi oleh kerana penghijrahan itu kerana Allah, kita relakan walaupun berat.
Semoga puan & keluarga di beri kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dalam redha Allah. Amin amin yarabbalalamin
Assalam Puan Roza,
ReplyDeleteMoga Allah akan sentiasa menemukan kita dengan orang-orang yang ikhlas....Biarlah ia sedikit tapi ia memberi kesan dan membahagiakan.
Moga Allah mengeratkan kasih sayang sesama kita. Amin Amin Yarabbal alamin...
selamat berangkat...
ReplyDeletedunia semakin dekat dengan internet...
Selamat berhijrah ke Madinah bumi penuh barakah. Maafkan saya sekiranya sepanjang kita berurusan ada yang menguris perasaan. Salam saya sekeluarga buat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda - Norrita M. Rashid (HEA).
ReplyDeleteMaas Salamah Puan...Semoga bertemu suatu hari nanti...
ReplyDeleteSalam Puan Roza...
ReplyDeleteselamat berhijrah semoga sentiasa diberkati. impian saya untuk bersua muka dengan puan sebelum puan berangkat di makbulkan di kementerian Sumber Asli. Saya ke sana dari Kementerian Perdagangan dengan tekad untuk mendengar ceramah Prof tanpa memberitahu ketua saya (sebab semua Bos tiada). Dengan izin Allah kita bertemu di sana tanpa saya duga...Alhamdulilah...
Salam Sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteHidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Selamat bersara tapi tidak bersara dalam perjuangan dakwah melalui penulisan.
hzm
(P.S. Apabila orang-orang tersayang dipanggil Allah untuk pulang menemui-Nya. Menangis-lah kerana Rasullulah SAW juga menangis)
mama pernah cakap "akhirnya anak-anak dan suami adalah kawan baik kita".. I'm always your son and your friend mama..
ReplyDelete