Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, August 15, 2011

Terima kasih semua..

Semalam, 14 Ogos 2011.

Hari terakhir kami berada di rumah itu. Rumah kecil yang letaknya terperesuk di pinggir kampung. Kampung yang sudah lali di landa banjir.

Rumah itu kami namakan Ar-Raudhah. Mengambil sempena nama kelahiran yang diberikan oleh atok abah dan mak wa [nenek] kepada saya. Raudhah @Raudzah.. Nama yang tidak disukai semasa kecil kerana jahil. Walaupun atok abah berulangkali bercerita tentang kelebihan Raudhah.. [yang letaknya berhampiran dengan tempat persemadian Rasullullah] saya masih tidak mahu terima. Tiada erti bagi orang yang tidak mengerti.

“Panggil saya Raudzah atau Roza. Atau boleh juga panggil saya Kak Ngah kerana saya anak ke dua dalam keluarga.”

Bangsa budak perempuan bebal yang cetek ilmu. Tidak faham bahawa nama yang baik-baik itu merupakan suatu doa. Sedikit sebanyak nama itu memberi kesan kepada tuan empunya badan.

Semalam kami membersihkan Ar-Raudhah agar sesiapa juga selesa menggunakannya nanti. Sambil memberus dan mengemop lantai, hati berbisik:

“Ya Allah..daku bersihkan rumah ini kerana-Mu, sebagaimana nabi Ibrahim menbersihkan kaabah itu kerana-Mu. Kurniakan cahaya, kasih sayang dan rahmat-Mu ke atas rumah ini.

Lapangkan dada mereka yang menguruskan rumah itu. Imarahkan, limpahi barakah dan jadikan itu tempat hamba-Mu menimba ilmu yang bermanafaat. Jauhi ia dari orang-orang yang berniat jahat. Amin.”

Esok, hari terakhir saya berada di universiti. Jika ada yang bertanya apakah yang bakal saya lakukan di Madinah Munawarah nanti. Saya akan katakan kepada mereka;

“Maaf, saya sendiri tidak tahu. Jangankan esok malam ini pun saya tidak tahu apakah yang terjadi. Jangankan malam ini, sebentar nanti pun saya tidak tahu apakah yang akan berlaku.”


Jika ada yang terus bertanya:

“Puan akan sambung ke peringkat Phd?”

“Subhanallah! Barangkali tidak. Impian itu telah berlalu kerana masa telah berlalu.”

Jumut sangatkah saya? Atau riyak kah saya..jika diluahkan apa yang terpendam di dalam dada, yang tersumbat di dalam hati nurani. Kalau boleh saya mahu menyatakan begini;

“Saya hanya mahu menziarahi masjid Nabawi setiap hari. Tunduk sujud rebah kepada Allah, beritikaf di dalamnya. Sesekali berbicara di samping Rasullulah dalam Raudhah. Tempat yang sering diceritakan oleh arwah atok abah. Atau duduk sahaja di rumah menulis sebanyak-banyaknya..mudah-mudahan tulisan itu menjadi ilmu yang bermanafaat.”

Dan jika tergamak, saya akan berkata lagi;

“Terima kasih semua kerana mendoakan yang terbaik untuk kami. Doakan dengan izin-Nya agar kami bersemadi di sana dan mudah-mudahan dibangkitkan bersama Rasulullah nanti..”


23 comments:

  1. salam sejahtera ke atas Rasulullah SAW...
    Puan Raudhah,tiada kata-kata apabila membaca tulisan puan.sungguh terkesan.mendalam.
    melihatkan wajah puan sekarang....bersih.saya cuba membayangkan bagaimanakah rupa kanak-kanak perempuan yang comot itu.....

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Roza,
    mungkin dengan sedikit pengertian yang Allah izinkan, kita akan mengerti sebagaimana yang telah Dia izinkan pada hamba-Nya yang terdahulu. Biarlah orang yang tidak mengerti itu dengan persepsi mereka, sujud & syukurlah kerana Puan sudah terpilih untuk berada di jalan itu.. saya berharap saya juga diizin-Nya untuk menjadi seperti Puan, insya-Allah...

    walau apa jua mendatang, Puan teruslah menulis yer?

    ReplyDelete
  3. Assalam Untie..
    Subhanallah.. -sebak-

    Semoga Allah terus memudahkan segala urusan dan akan sentiasa merahmati-Mu.. Allahumma Ameen..

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera,

    Terima kasih semua...

    ReplyDelete
  5. Salam Cikpuan Roza,
    Terima kasih juga kepada Cikpuan Roza di atas perkongsian kisah hidup yang dapat memberi manfaat kepada kami semua. Semoga Cikpuan terus istiqamah menitipkan tulisan buat tatapan semua. Barakallahu fik...

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum puan...semoga penghijrahan puan di beri keberkatan oleh ALLAH swt .Semoga puan gembira dan bahagia di bumi anbia itu nanti dan semoga hajat di hati akan terus di makbulkan olehNYA.

    Sy harap masih berpeluang lagi membaca tulisan puan dalam blog ini setelah puan berada di sana nanti.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Roza,

    Sedikit cemburu kerana sesiapa yg cintakan Allah mengimpikan sesuatu yg Kak Roza kecapi. Saya berdoa pada Allah, "Ya Allah...janganlah kau biarkan aku tersasar, tariklah aku Ya Allah, tarik aku serapat-rapatnya denganMu." Jika saya tak berkesempatan mengecapi sesuatu seperti kak roza dan keluarga, semoga saya tetap rapat dengan Allah serapat-rapatnya...doakan saya, ketika di Raudhah, di masjid Nabawi atau di mana sahaja di Tanah Suci, doakanlah saya dan orang-orang yang cintakan Allah agar sentiasa di dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  8. Salam sejahtera,

    InsyaAlaah..kak Roza dilamar dan akan terus menulis di majalah ANIS.

    Mudah-mudahan ada manafaatnya..

    ReplyDelete
  9. Salam Sejahtera Pn Roza,

    "kami bersemadi di sana..." Alahai...kenapa ini yang bermain di fikiran saya? Jika Puan Roza 'pergi' dahulu, suami akan teruskan kehidupan di sana namun jika suami 'pergi' dahulu adakah Pn Roza akan teruskan kehidupan di sana atau kembali ke tanahair? Moga Allah ampunkan saya berfikiran begini. Allah Lebih Mengetahui.
    Saya doakan yang terbaik untuk puan dan seisi keluarga.

    hzm

    ReplyDelete
  10. Assalam puan Raudzah,

    Sebak sekali puan. Seperti nya puan mengucapkan selamat tinggal buat selama lama nya.

    Semoga puan agar tetap mengisi blog ini dan terbitkan buku buku baru.

    Semoga puan dan keuarga dalam rahmat dan di redhai Allah.

    Doa kan kita warga blog ini dapat mengikuti jejak langkah puan dan keluarga.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Roza dan Prof,

    Kalian insan bertuah..antara yg terpilih dekat dengan baginda Rasulullah saw..sampaikan salam kami kpd baginda yg dirindui..mudah2an kita semua di sini diberi peluang oleh Allah swt bertemu baginda dan kalian berdua di syurgawi..

    ReplyDelete
  12. Kalianlah antara yang mampu itu, maka sangat bahagialah kalian nanti.....saya? Entah dimana kemampuan itu akan bakal terjadi, saya juga ingin termasuk dalam golongan yang mampu ke arah ini.

    Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.

    Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Sesiapa yang bersabar dengan kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya pada hari Kiamat. Hadis riwayat Muslim.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Puan sekeluarga

    Tidak dapat dinafikan bahawa Mekah dan Madinah adalah tempat yang terindah dan teraman di dunia. Bahkan Barat juga mencemburui orang Islam kerana tiga tempat yang indah: Mekah, Madinah dan Baitul Muqaddis. Amat beruntung bagi umat Islam yang dapat bersemadi di Mekah atau Madinah. Saya berdoa agar Puan sekeluarga dapat memenuhi impian untuk bersemadi di Madinah.

    Saya pohon bantuan Puan untuk menyampaikan salam saya dan keluarga kepada Rasulullah SAW dan doakanlah agar kami juga dapat bersemadi di Madinah. (Suhaimi)

    ReplyDelete
  14. Salam sejahtera,

    Amin..amin..amin. Saya mengaminkan semua doa rakan-rakan. Muga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas kita semua.

    ReplyDelete
  15. Selamat berangkat kak Roza, semoga tidak lupakan Malaysia dan kami semua, pembaca setia blog ini.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum...salam perkenalan...dpt tau blog kak roza ni dari blog cikgu jimi

    terbaca entry bertajuk nasi dagang kasih sayang...ada disebutkan nama adik perempuan suami kak roza junita musliha, nak bertanya adakah dia seorang cikgu dan berkahwin dgn org pahang? (maaflah kalau saya tersalah orang)

    ReplyDelete
  17. Salam Ramadhan Kak Roza,

    Semoga limpahan rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. Saya doakan semoga akak sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik2.

    Rakan2 lama ada yg berkirim salam Assalamualaikum pada akak sekeluarga termasuk Pn. Zainon Abd Rahman. Kami mendoakan semoga semuanya berjalan lancar dan sampaikan salam pada Rasullullah SAW. Semoga persahabatan ini akan tetap terus terjalin sehingga ke hujung nyawa. Maaf zahir batin.

    Mimi @FSG

    ReplyDelete
  18. Salam sejahtera Lina,

    Ya, Junita Musliha adik ipar saya tu cikgu dan suaminya orang pahang.

    ReplyDelete
  19. Salam sejahtera Mimi@FSG

    Sampaikan salam saya juga buat kawan-kawan. InsyaAllah, saya ucapkan salam rakan-rakan bagi disampaikan kepada junjungan besar rasulullah di Raudhah,masjid Nabawi nanti.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum adinda Roza/Raudhah (sebuah nama yang sangat diberkati). Semoga segala urusan adinda sekeluarga Allah permudahkan. Sangat berharap agar dapat mengukuti jejak adinda dan Prof. Doakan kebaikan untuk dunia dan akhirat serta bebas dari api neraka untuk saya sekeluarga dan juga untuk seluruh muslimin muslimat dan mukminin mukminat. Wassalam.

    ReplyDelete
  21. Salam Puan Roza,
    Selamat berhijrah di bumi kekasih Allah swt, bertuahnya Puan sekeluarga.Semakin hari semakin sebak dan mengalir airmata membaca entry Puan.
    Doakan saya murah rezeki dan dapat membawa ibu saya ke sana bersama suami.Mekah dan Madinah bumi yang sangat dirindui.
    Selamat menjalani ibadah 10mlm terakhir dan semoga kita semua sama2 mendapat malam lailatul qadar.Amin..

    ReplyDelete
  22. Salam sejahtera,

    Ya Allah..tunaikanlah segala permintaan dan makbulkan segala hajat rakan-rakan ku ini.

    Berikan mereka rezeki kewangan,kelapangan masa dan hati yang terbuka ..agar mereka dapat rasa seperti apa yang ku rasa..

    ReplyDelete