Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, August 23, 2011

Sura Hujung di hati kami..

Subuh semalam damai sekali. Deruan ombak pantai Sura Hujung masih istiqamah menghempas pantainya. Langit luas terbentang seakan melakarkan lukisan. Anehnya.. kampus itu semakin tidak kami kenali.

Kami menjejak tapak kaki semalam. Jejak yang ditinggalkan berbelas tahun yang silam. Ketika zaman hingusan.. Kenapa? Kerana di sini segalanya bermula..

Rumah A10 masih lagi tersergam di situ. Ia umpama resort yang terpinggir. Namun, binaan papannya kelihatan semakin mereput.. Barangkali akhirnya beberapa tahun nanti pasti bangunan itu luput. Rumah itu letaknya berhadapan dengan Pusat Islam.. yang kami kenali suatu masa dahulu.

"Itu rumah A10. Di hujung sudut itu bilik mama.. sebelah tangga. Tingkap bilik kami menghadap Pusat Islam.. tempat kami sering menghendap muslimin yang rajin pergi sembahyang. Sesekali kami mengusik jika ada yang berjalan sendirian.."

Anak-anak tergelak kecil. Suami menyampuk;

"Saya juga pernah tinggal di rumah itu.. sebelum dijadikan rumah siswi. Dahulu..kuliah juga diadakan di rumah-rumah sekitarnya.."

Ya, dahulu padang tempat bermain rugbi terasa besar. Dewan Besar Sura Hujung terasa jauh dari kolej kediaman. Bilik-bilik kuliah dan lecture theatre kelihatan amat mengkagumkan.

"Ah, masa itu sudah berlalu...namun, perasaan kami masih seperti dahulu"

Kami seronok mengenang zaman silam. Zaman yang penuh kenangan. Kenangan manis yang mahu kami simpan di hati lantas di bawa mati.

Barangkali jika kami melihat cermin, pasti terpandang rambut putih sehelai dua keluar mencelah. Garis-garis tua mula kelihatan di bawah mata, ia semakin jelas jika kami ketawa. Namun, setiap kali berada di kampus ini, hati kami terasa muda. Bagaikan terdengar-dengar teman-teman bergelak ketawa, ternampak-nampak rakan serumah melintas di sini sana.

"Untie mencari siapa?"

Tersentak kerana rupa-rupanya kami bukan lagi seorang budak.

7 comments:

  1. Salam Roza,

    Kita mempunyai nostalgia yang sama. Batch saya antara penghuni terawal di Sura Hujung..thn 1983. Tetapi hostel siswi masa tu di rumah B & siswa di rumah A. Saya kira salah satu sebab FB menjadi media yg popular di kalangan kita yg dh 'tua'ialah kita dpt bertemu semula kawan2 lama yg menjadikan kita terasa muda. Batch saya yg ditemui di fb merancang nk adakn reunion di Sura Hujung hujung thn ini...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam Roza

    Kenangan lalu memang indah.
    Sedapnya nama SurA Hujung. Unik sekali.
    Moga jumpa di Madinah, doakan. Amin.

    ReplyDelete
  3. Salam Sejahtera Pn. Roza,

    Bestnya dapat bernostalgia di tempat cari ilmu dahulu. Bagi saya kalau nak bernostalgia kena keluar banyak duit sebab menara gading saya di luar negeri,itu yang tak best tu.

    hzm

    ReplyDelete
  4. Assalam Puan Raudzah,

    Saya bersyukur kerana sekolah anak anak adalah sekolah saya dulu.

    AJ

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera,

    Yang pastinya..Sura Hujung Dungun semakin cantik menawan.

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum Roza
    tempat jatuh lagi dikenang. ini kan tempat yang merubahkan kehidupan kita dunia dan akhirat.Sura hujung dihati ku. Kenangan yang terindah

    ReplyDelete