Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, August 5, 2011

Sampaikan salam..

Pagi semalam dewan kuliah yang boleh memuatkan 200 pelajar kelihatan lengang sahaja. Majoriti hanya siswi yang hadir.

Selepas sepuluh minit menunggu, 5 orang siswa pula muncul. Minggu ini kuliah sudah masuk hampir minggu ke 10.

Kehadiran siswa siswi program Mengubah destini anak bangsa amat daif sekali.

"Siswa siswi yang hadir..sila lihat kiri dan kanan. Tolong telefon rakan sekelas yang belum hadir. Sampaikan salam saya.. beritahu mereka saya menunggu. Minta mereka datang ke dewan kuliah ini sekarang!"


Saya hairan bagaimana pelajar yang tidak begitu bagus keputusan peperiksaan SPM, diberi peluang belajar tetapi tidak tahu bersyukur. Apabila diberikan peluang itu, mereka cuai. Kebanyakan mereka lebih suka berlengkar, membuang masa di dalam hostel.

"Beritahu rakan kamu tidak rasa bersalahkah sedangkan ibubapa fikir anak-anak mereka sekarang sedang pergi kuliah"

Siswa siswi yang hadir mula menelefon rakan sekelas mereka seorang demi seorang. Ada yang melaporkan telefon rakan mereka tidak diangkat. Sepanjang mengajar di unversiti ini, jarang sekali saya menghadapi situasi begini. Barangkali pelajar peringkat pra diploma pendekatannya harus berbeza. Mereka juga pra matang. Peluang belajar disia-siakan.

"Baik. Pelajar tutorial kelas saya tolong angkat tangan."

Daripada 32 orang, hanya lima orang mengangkat tangan. Lalu saya membuat bancian, jika setiap kelas ada 30 orang di darab dengan 6 kelas.. jumlah keseluruhan sepatutnya mencecah 200 orang pelajar. Kehadiran pagi itu sangat daif!

"Baik..pelajar tutorial kelas J mari ikut saya ke kolej kediaman.. kita kejutkan rakan-rakan yang masih tidur dan cuai itu."

Mereka terkejut dengan keputusan saya yang agak drastik. Memang, saya tidak pernah melakukan perkara seumpama itu. Tidak pernah. Namun, hari itu saya nekad. Mereka perlu dikejutkan.

Lalu, saya memandu kereta diiringi pelajar siswi menuju ke kolej kediaman. Kami mengetuk pintu-pintu bilik siswi yang sedang leka, lena dan lalai menjalankan amanah mereka. Mereka sepatutnya berada di dewan kuliah tetapi mengambil keputusan untuk berbaring sahaja di bilik hostel. Pelik! Bukankah mereka juga yang beria-iya memohon untuk belajar dengan mendapatkan sokongan ketua kampung, pegawai daerah, kadi dan juga pak menteri?

"Bangun! Bangun! Pergi kelas sekarang...!"

Mereka membuka pintu, terpisat-pisat mengosok mata. Ada juga yang masih terbaring tanpa rasa bersalah. Kipas angin berpusing kuat.

"Kenapa kamu masih di sini? Bukankah kamu tahu pagi ini ada kuliah? Tidak tahukah kamu telah membazirkan duit universiti? Membazirkan elektrik. Kamu guna kipas di bilik sedangkan sepatutnya kamu ada aircond di dewan kuliah. Bangun! Pergi kuliah sekarang"

Saya rasa seperti memarahi Sara atau Azrai, anak sendiri.. Ah! Sifat semulajadi "emak-emak" muncul mendadak. Bukan di buat-buat.

Pagi itu hampir satu jam kami menunggu mereka yang dikejutkan ke Dewan kuliah. Mereka masuk pasukan demi pasukan. Baik siswa atau siswi mereka muncul dengan wajah terkejut, kusut masai dan tidak bersedia. Barangkali mereka tidak menduga dengan tindakan "gila" saya.

"Dengar sini baik-baik.. kamu sebenarnya memang tidak layak untuk belajar di universiti jika di ukur dengan keputusan SPM. Tetapi Allah memberi kamu peluang itu. Diberikan pula duit saku sebanyak RM400 sebulan.. Sedangkan siswa siswi pengajian Diploma yang keputusan SPM mereka ada A.. tidak mendapat ganjaran itu. Di setengah-setengah kampus, mereka duduk di luar. Harus menaiki bas untuk datang kuliah. Tidak tahu bersyukurkah kamu? "

Saya sambung lagi.

"Tidakkah kamu telah membazirkan masa? Mengabaikan peluang yang ada? Memang benar Allah berfirman dalam surah Ar-Asr yang bermaksud," Demi masa..sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman.."

"Jika kamu tidak berminat untuk belajar..esok hari Jumaat, kemas baju. Balik lah kampung dan jangan datang lagi. Tidurlah puas-puas di rumah."

Saya berleter panjang. Bersesuaian dengan topik sarahan pagi itu " Time Management" saya menyentuh tentang orang-orang yang gagal memanafaatkan masa sedangkan setiap manusia diberikan Allah sehari semalam 24 jam setiap seorang.

Ah! Barangkali masa telah mengubah saya. Saya mula menjadi seperti orang tua.. yang saya benci dahulu.

23 comments:

  1. A'kum Kak Roza,

    Secara jujurnya, saya puji dan kagum dengan tindakan akak. Mereka perlu belajar bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin.

    Terima kasih.
    Laila

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ,

    Tahniah Raudzah.


    TQ
    Roslina

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Roza

    Tahniah... satu tindakan yg bagus. Saya skrg sdg mengalami anak yg berperangai spt siswi2 itu. Tidak bersyukur bila diberi peluang kedua. Saya rasa amat sedih dan tertekan.

    Kami sudah puas cuba 'mengejutkan'nya.. masih belum berhasil. Semoga ada tenaga pengajar di kolej nya yg tegas spt Puan.

    Tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, bukakanlah hati mereka yang diterima dalam program mengubah destinasi anak bangsa ini, agar sentiasa bersyukur dengan iltizam yang mengubah kesilapan (tidak cemerlang dalam SPM) yang lalu. Jadikanlah mereka insan yang berjaya mengubah nasib mereka dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

    Saya hiba membaca entri ini lantas mengimbau keperitan yang pernah saya lalui pada tahun 1998 kerana tidak mempunyai wang yang cukup membayar yuran itm berjumlah lebihkurang(RM270.00). Gaji kerja buruh semasa cuti semester hampir 2 bulan belum diterima menjelang tarikh pendaftaran di DSB.

    Saya merayu simpati beberapa insan untuk mejadi penjamin borang bantuan zakat yang perlu dihantar ke Pusat Islam segera, tetapi tiada yang sudi menjadi penjamin lantaran sedar risikonya. Sudahnya saya gagal melengkapkan borang bantuan zakat berkenaan.

    Syukur.... Rahmat ALLAH diterima di kala saya pasrah untuk memohon cuti belajar pada semester berkenaan lantaran tiada wang untuk mendaftar. Pertemuaan dengan insan berjawatan professor (dekan) yang berjiwa tulus membawa saya beratur di mesin ATM (AffinBank) di Foyer Menara ketika itu. Tiba giliran beliau mengeluarkan sebanyak RM300.00 dan menyuruh saya beratur di kaunter untuk menjelaskan yuran berkenaan.

    Setelah menerima gaji, saya kembalikan wang berkenaan kepada Pak Ray, tetapi tidak diterima kerana beliau ikhlas katanya. "Mak saya tak bagi saya terima sedekah dari orang", ujar saya kepadanya. "Anggaplah itu hadiah saya kepada awak" Jawab beliau.

    Walaupun tidak begitu cemerlang, 4 sijil Anugerah Dekan ada dalam simpanan saya sepanjang 8 semester pengajian. Alhamdulillah, saya berjaya tamat pengajian BSc. dengan CGPA 3.47 pada tahun 2001.

    Terasa cemburu dan geram dengan mereka yang menDUSTAkan nikmat dan kemudahan yang diberikan.

    ReplyDelete
  5. Assalam..

    erkk, sungguh hamba terasa!!

    ReplyDelete
  6. Assalam Puan Roza,

    tahniah teruskan usaha murni puan. Saya tidak berpeluang menjadi tenaga pengajar. Kalau tidak... saya akan sentiasa 'bersingsing lengan' ;-)

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Tindakan yg amat bagus Pn!
    Ramai lagi anak bangsa yg berperangai begitu di luar sana...semoga mereka yg Pn tegur itu akan tersedar dan faham akan niat baik Pn..

    along

    ReplyDelete
  8. Salam Sejahtera Pn Roza,

    Saya angkat tabik pada 'Commanding Officer Roza'

    hzm

    ReplyDelete
  9. Itulah anak bangsa kita puan...sangat menyedihkan. Saya bertanya diri sendiri bagaimana saya boleh mengubah minda anak bangsa Melayu?

    ReplyDelete
  10. Assalam Puan Raudzah,

    Begitu lah anak anak muda sekarang. Peluang yang di beri di abai abaikan. sayang sekali.

    Berkat kita berada di bulan Ramadhan yang mulia, semoga teguran puan menginsafkan mereka mereka yang lalai.

    ReplyDelete
  11. Salam Puan Roza, teringat ketika zaman saya belajar di sana. Seorang pensyarah saya pernah mengajak para siswi untuk gempur kolej siswa ketika solat jumaat. Ternyata jumlah yang tertangkap memang menyedihkan.

    Saya menyokong tindakan puan. Mereka perlu disedarkan. Peluang tidak datang selalu. Peluang yang ada di dalam genggaman boleh terlepas jika tidak kena caranya.

    Sekarang saya juga cuba mengubah minda pelajar saya.Semoga apa yang kita lakukan walaupun dibenci sekarang Insya Allah semuanya untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  12. Salam Puan...saya pun sokong tindakan Puan,kalaulah semua pensyrah macam Puan alangkah bagusnya...Dilla

    ReplyDelete
  13. Salam Puan,

    Saya pun pernah buat puan. Alhamdulillah kedatangan pelajar seterusnya tidak mengecewakan.
    Saya juga menalipon penjamin pelajar-pelajar yang sering ponteng.
    Tindakan-tindakan ini hanya saya buat dalam 1 semester tapi 'reputasi' berkekalan...

    ReplyDelete
  14. salam Puan..

    bagus tindakan puan yang luar biasa itu. saya pernah ke hostel melihat sendiri 'mereka' yang tdk hadir kuliah...tanpa rasa bersalah..'mereka' hanya tersengih melihat kehadiran yang tak disangka....pensyarah mencari student hingga ke bilik tidur, bilik air....apa nak jadi....itulah kenyataan yang harus ditempuh dengan ragam anak muda yang tidak merasakan kepentingan zaman belajar.....setidak-tidaknya rasalah hormat dan malu pada pensyarah untuk ponteng sesuka hati.....kesian kat mak ayah yang mengharap yang terbaik daripada anak-anaknya...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Pn Roza.

    Saya suruh kedua-dua orang anak lelaki dan perempuan yang sedang belajar diploma dan digree UiTM membaca ebtry ini.

    Mereka juga tidak setuju dengan sikap pelajar-pelajar itu semua. Insyallah, anak-anak saya tidak suka ponteng kuliah sebab sayang tertinggal isi-isi penting dari pensyarah.

    Sikap tegas sekali sekala begitu sangat penting, berilah peringatan dan kesedaran agar mereka terjaga dari mimpi yang lena..

    ReplyDelete
  16. salam
    saya pasti..tak ramai pensyarah yg amik berat mcm tu...mengejutkan pelajar2 yg kemalasan...membuka mata dan minda mereka...

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Roza,
    Dulu saya antara anak-anak yg tak bersyukur itu... 6 tahun berlalu, saya masih menyesal kerana tidak memanfaatkan masa... Kalaulah saya mengerti hikmah 5 sebelum 5 ketika itu, saya tidak menyesal sebegini. Walaupun mengecapi keputusan yg baik dan kerjaya yg baik, apa yg dikesalkan bukanlah natijah tindakbalas nakal itu, tetapi penyesalan atas perbuatan ibadah yg saya sia-siakan iaitu ibadah menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  18. Aniza, ITM KuantanAugust 9, 2011 at 2:29 PM

    Assalamualaikum wbt Pn Roza

    Saya amat menyokong tindakan puan itu dan saya rasa amat patut sekiranya dicontohi oleh pensyarah lain.

    Puan, saya memang sedih dengan sikap anak bangsa yang tidak tahu bersyukur ini. Malang bagi anak saya yang mendapat kelulusan yang baik di dalam SPM tetapi gagal mendapat tempat di IPTA. Tetapi itu tidak mematahkan semangat anak saya yang begitu membara untuk menyambung pelajarannya. Saya redha mungkin bukan rezekinya di IPTA lalu saya daftarkan beliau ke IPTS bagi menyambung cita-cita yang diidamkan.

    Puan, saya juga adalah produk ITM sekitar tahun 1987-89 dan saya amat berbangga dengan jenama ITM itu sendiri.

    Maaf, walaupun berat hati untuk menerimanya tapi saya terpaksa mengakuinya lulusan UiTM kini (sebilangan kecil sahaja) gagal memenuhi piawaian yang sepatutnya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  19. Salam Puan Roza,

    Malaysia kekurangan tenaga pengajar yang passionate macam puan....janganlah pergi .... pls.

    ReplyDelete
  20. Bingung mau ngapain? mendingan main games online bareng aku?
    cuman DP 20rbu aja kamu bisa dapatkan puluhan juta rupiah lohh?
    kamu bisa dapatkan promo promo yang lagi Hitzz
    yuu buruan segera daftarkan diri kamu
    Hanya di dewalotto
    Link alternatif :
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete
  21. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.org
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete
  22. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete