Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 11, 2011

Syarahan terakhir

Pagi ini suasana kampus desa pingitan aman damai. Sana sini kabus masih menyelubungi kehijauan pepohon. Udaranya segar amat!
Saya melangkah ke Dewan kuliah yang terletak di puncak bukit dengan penuh debaran. Hati terdetik;

"Apakah siswa siswi sudah bangun dan memenuhi dewan kuliah ini? Ah! mengapa perlu gusar. Tugas kita hanya menyampai. Samada mereka diberi taufiq dan hidayah, serahkan segalanya kepada Allah.."

Saya berjanji kepada diri tidak kuasa lagi melakukan serangan berani mati! Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan..biarkan.

Namun, sebaik sahaja pintu utama Dewan kuliah di kuak... Subhanallah! Siswa siswi memenuhi setiap ruang tempat duduk. Saya terkedu. Para siswa berpakaian kemas, berkemeja malah ada memakai tali leher. Siswi hampir 90% menutup aurat. Mereka bertudung.

"Alhamdulillah! Terima kasih Allah," saya berbisik di dalam hati.

Syarahan terakhir pada pagi ini kami sudahi dengan bacaan fatihah serta terjemahannya;


"Anak-anak ku..Bersyukurlah dengan nikmat yang telah Allah limpah kurniakan kepada kita. Jadilah hamba-Nya yang semakin dekat dan tunduk kepada Dia yang maha kuasa. Nanti jika kamu berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.. hadiahkan senaskah al-Quraan berserta terjemahaan untuk diri sendiri. Bacalah terjemahannya seperti kamu membaca buku cerita setiap hari. Kelak kamu mengerti bahawa Allah itulah sahaja yang patut di sembah, tempat kita memohon pertolongan."

Mereka diam.


"Al-Quraan itu penawar hati. Bacalah terjemahannya.. Kelak kamu akan tahu bahawa Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani. Dia sentaiasa memberi walau tidak di pinta. Lihatlah di dalam diri. Setiap kerdipan mata, setiap hembusan nafas dan pergerakan anggota badan yang dipinjamkan.. tidak terbalas dengan amalan kita yang sedikit, dengan ilmu kita yang cetek. Oleh itu.. jadilah hamba-Nya yang bersyukur.. Nikmat Allah yang mana satukah lagi mahu kita dustakan?"


Pagi tadi pelajar siswi beratur panjang untuk bersalam. Mereka mendakap erat. Setiap seorang ada getaran. Wajah tulus mereka seolah-olah berjanji untuk berubah. Dalam diam saya berdoa agar mereka berubah kerana Allah. Agar tidak dipaling hati mereka setelah diberi taufiq dan hidayah-Nya..


Usai di Dewan kuliah, saya bergegas pula ke kelas pengurusan sumber manusia di tingkat satu. Seorang pensyarah muda belia tersenyum menunggu di dalam kelas itu. Subhanallah! Jika dia tidak memperkenalkan diri.. pasti saya fikir dia salah seorang siswi. Kelas itu kami sudahi dengan kesimpulan;


"Di dalam proses pemilihan pekerja di mana-mana organisasi, jika satu jawatan yang ditawarkan..dalam seramai-ramai yang memohon pekerjaan hanya yang terbaik terpilih. Jadilah kita insan yang terpilih itu. Sebagaimana Allah berfirmah di dalam surah al-Waqiah, hanya sedikit sahaja golongan terpilih di akhir zaman.. Jadilah kita yang sedikit itu."

Mereka mengangguk perlahan.


"Pandanglah setiap apa yang kita pelajari dengan pandangan mata hati. Lihat bagaimana Allah membuat misal perbandingan di dunia. Setiap tahun majikan di dalam organisasi memberikan latihan kepada pekerja agar mereka meningkatkan potensi diri dan produktiviti. Prestasi kerja mereka akan dinilai... Yang cemerlang menerima anugerah.


"Jadi dalam konteks bulan Ramadhan, setiap tahun Allah memberi kita peluang untuk latihan bangun solat malam. Kita mampu bangun untuk makan sahur selama sebulan, mengapa tidak kita mengambil peluang untuk berlatih solat malam? Kita di latih berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan, mengapa tidak kita melatih diri untuk puasa hari Isnin dan Khamis? Bukankah kita mahu menjadi yang cemerlang?"


Ah! Barangkali saranan saya kepada mereka agak melampau. Namun, dari riak wajah saya fikir mereka mampu berfikir. Dalam perjalanan pulang, masih terniang-niang gema suara saya yang semakin lemah, sayu bercampur sebak memohon keampunan Allah.


"Wahai Tuhanku.. bersaksilah oleh-Mu bahawa hari ini telah daku sampaikan risalah dari wasiat terakhir kekasih-Mu Rasulullah SAW menyatakan bahawa mereka yang di akhir zaman nanti lebih mengerti. Benar, hari ini.. terlepaslah sudah tanggungjawabku ya Allah terhadap mereka..


"Sesungguhnya daku manusia lemah lagi tidak berdaya..."

12 comments:

  1. Alhamdulillah..semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan mu sekeluarga wahai ummi..ameen ya rabb..

    ReplyDelete
  2. Salam Puan..saya turut terharu,semuga Allah SWT memberkati merahmati segala galanya untuk Puan...Dilla

    ReplyDelete
  3. Assalam Puan Raudzah,

    Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..

    Sesungguhnya blog puan kali ini begitu menyentuh perasaan. Saya sebak dan terharu. Ianya bukan saja bagi siswa siswi tapi bagi semua warga blog ini.

    Semoga puan dan keluarga sentiasa di rahmati Allah dan semua urusan di permudahkan. Amin

    ReplyDelete
  4. Uwwaaaaa.. dah kuliah terakhir? Berakhirlah satu rentetan kisah di UiTMJ untuk dilipat pada memori kenangan. Namun tempat ini masih subur untuk menjadi tempat percambahan iman dan titisan kasih sesama insan. Hanya sentuhan murni seorang srikandi spr Pn Roza, mungkin tiada berganti. Salam manis penuh hormat utk semua.

    ReplyDelete
  5. Salam Sejahtera Pn Roza,

    11.8.11..satu tarikh yang amat signifikan, cantik juga nampaknya. Syarahan terakhir di UiTMJ ini bagi saya ianya satu amanat, moga-moga amanat ini akan menyuntik iltizam dan semangat para siswa dan siswi ke arah cemerlang di dunia dan akhirat.

    hzm

    ReplyDelete
  6. Allah.... semoga Allah memberkati kak roza sekeluarga....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tulisan2 puan sgt mendalam maksudnya tapi diolah dengan cara yang ringkas dan mudah difahami. walaupun saya tak pernah berpeluang menjadi pelajar puan, terima kasih atas perkongsian ilmu secara tidak langsung ini puan. semoga puan sekeluarga sentiasa dirahmati olehNya :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Pn Roza.
    1. Maaf, selalu membaca blog tetapi tidak meninggalkan sebarang respon.
    2. Apabila membaca blog Puan dan Prof, semenjak tahu Pn dan Prof akan berhijrah ke Madinah, hati selalu merasa sayu, seolah-olah akan ditinggalkan oleh sahabat karib dan ahli keluarga sendiri. Hakikatnya hijrah ini adalah yang terbaik , dan menjadi impian semua yang ingin berdamping dengan Baginda. Kerana sayu, saya jarang-jarang membuka blog lagi, hasilnya saya ketinggalan siri syarahan intelektual 6hb yg lepas. Terasa amat rugi tidak mengikutinya.
    3. Saya mohon maaf tidak maklumkan baki pembelian buku(rm 165) yang ditinggalkan semasa program di kluang pada 16 jun telah saya masukkan ke dalam akaun Prog pd 29 jun.
    4. Ribuan Terima kasih kerana kesudian Prof dan Pn Roza dating tempohari. Rakan-rakan saya meminta saya menjemput puan untuk berkongsi pengalaman puan melakukan “perubahan” dalam diri dan keluarga, sebagai isteri dan ibu. Oleh kerana maklum tentang kesibukan Puan dan Prof, saya katakan, moga ada kesempatan di masa akan datang semasa Pn dan prof bercuti ke tanah air, insyallah.
    5. Namun saya sangat berterima kasih pada ALLAH kerana diizinkan saya berkenalan dengan Pn dan Prof. ribuan terima kasih kpd Pn dan Prof, kerana perkenalan saya dengan Prof dan Pn Roza, banyak pengalaman yang berguna yang saya perolehi. Mengenali Pn dan Prof adalah nikmat Tuhan dan tidak dapat saya dustai. Terlalu banyak tunjuk ajar , panduan, pedoman dan nasihat untuk menjalani hidup ini dengan lebih baik, berbuat baik sesama insan dan memburu kasih sayang dan redha ALLAH dalam setiap detik dan ketika. Jazakumullah khairal jaza`
    Moga Allah permudahkan semua urusan kita, dan dengan izinNya bertemu lagi, jika tidak di sini di Firdaus , insyAllah. Amin..
    Doakan kami ….
    `Atikah Hashim,
    Kluang, Johor

    ReplyDelete
  10. Mari dapatkan pen digital Al-quran segera.. salam ramadhan dari Putri

    ReplyDelete
  11. Sharifah MardhiyahAugust 22, 2011 at 7:34 AM

    Salam kak Roza. Minta kak Roza doakan saya dan suami dapat menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Kami masih menunggu keputusan dari tabung haji.

    ReplyDelete