Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, February 7, 2009

Kain Songket

Beberapa tahun dahulu, kain songket seperti ini mak jahit sendiri untuk dijadikan baju kurung kepada adik perempuan bungsu kami, Rahayu.

Baju itu di pakai oleh Ayu untuk peragaan sempena Hari Graduan sekolah Tadika Kemas Kampung Paya Jakas, Jementah. Dengan tema,"Gadis Melayu". Wajah Ayu di sapu bedak, bibir diserikan dengan sedikit calitan gincu dan celak hitam pada alis matanya. Rambutnya yang ikal separas bahu di sanggul rapi persis seorang puteri. Di selit secucuk "Sanggul Goyang Bunga Tanjung."

Cikgu Tadika rapikan gaya Ayu dengan selindang serta tas tangan kecil. Aduh! Tambah bergaya seorang gadis melayu.

Malam itu, Ayu kelihatan seperti gadis remaja yang menjadi siulan sang kumbang. Dia melangkah sopan di tengah pentas dengan yakin. Ramai yang tarik nafas lega, puas serta bangga di dalam hati.

"Cantik adik kita kan?...cantik nyek?" kakak-kakak mengiyakan sesama sendiri.

Memang Ayu boleh diharapkan oleh cikgu, mak dan kakak-kakak. Malah di sekolah, dia sering mencuri tumpuan rakan-rakan sebaya. Terdapat seorang rakan sebaya Ayu yang juga sekampung dikenali sebagai "Daud", emaknya bertandang ke rumah kami melapurkan dia sering memuji-muji kelebihan Ayu. Mak tertawa gelihati mendengarnya.

Hari ini, cerita baju songket itu masih menjadi bualan kami adik-beradik. Kerana hanya Ayu sahaja yang merasa memperagakannya ketika di sekolah Tadika.
Baju songket sulaman bunga tabur telah lama hilang. Namun, kenangan itu masih segar.
Hari ini, Ayu masih lagi mampu tersenyum apabila diulangi cerita itu, walaupun kelihatan sedikit hambar.. Susuk tubuhnya yang mulai ditumbuhi ruam, bengkak kemerahan seluruh badan dan muntah kuning yang berpanjangan, mungkin telah memudarkan sedikit keayuan senyuman itu.

Wahai Tuhan yang menyembuhkan, sembuhkanlah.. dan kembalikan semula senyuman itu.

13 comments:

  1. Saya juga mendoakan Ayu disembuhkan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. salam puan Roza

    dalam adik beradik, hanya saya yang merasa memakai songket persandingan aruah mak..sekarang kainnya saya framekan utk hiasan rumah sebagai kenangan..

    Doa utk ayu..Allah saja yang maha mengetahui

    Oked.

    ReplyDelete
  3. saya pasti, Ayu tetap 'ayu' walaupun kesihatannya sudah terganggu. Keayuan sejati akan kekal selama-lamanya di akhirat kelak, Kak Roza. Tolong sampaikan pada Ayu. Semoga kekal dan tabah menghadapi dugaan Illahi, InsyaAllah, serta dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  4. kain songket tenunan Melayu
    pakaian beradat turun temurun
    cantik sungguh dipakai Ayu
    menjadi kenangan bertahun-tahun.

    salam untuk Ayu , smoga dirahmati Allah selalu.

    misi

    ReplyDelete
  5. ayu memang cantik....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Semuga Ayu sehat.....
    Bertuah Ayu punya kakak-kakak yang penyayang


    Kak wati

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah Pn Roza..

    Ya Allah,
    sembuhkanlah Ayu..pulihkanlah dia ..tabahkanlah hatinya..limpahilah rahmat dan kasih sayangMU kepadanya sepanjang masa..Amin.

    ReplyDelete
  8. Roza, suka saya membaca entri ini pada mulanya...tetapi bila samapi di beberapa para akhir, saya mula merasai kesedihan dari tulisan Roza...

    Saya begitu merasai apa yang Ayu lalui ketika ini.... cerita Roza begitu menggigit tangkai hati sayu...perit yang ditanggung Ayu seperti bayangan hidup kisah saya juga...

    Doa saya masih untuk Ayu dan Pak Roslan. Itu sahaja yang mampu saya tolong, semoga Allah mendengar rintihan kita semua dan memberi kekuatanNya utk Ayu meneruskan perjuangannya menghadapi dugaan besar ini...

    Ya Allah, kami semua hambaMu yang kerdil, berilah kami maghfirah dan ehsanMu yaAllah, beri kami sedikit kekuatan Mu ya Allah, berikan kesembuhan sebagi yang terbaik bagi Rahayu dan kami semua yang sedang mengahadapi dugaan ini...Hanya Kau yang Menyembuh dan hanya Kau yang penuh kasih sayang. Amin ya robbal 'alamiin.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Gaden Galoh,

    Terima kasih kerana mendoakan kesembuhan Ayu. Entri puan banyak memberi kami panduan. Semuga puan mendapat kasih sayangNya.Disembuhkan sepenuhnya dan tidak lagi dijangkiti semula.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum....

    saya harap adik ayu akan sembuh. tabah dan sabar hadapi ujian yang diberikan oleh Allah.

    ReplyDelete
  11. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete