Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, February 18, 2009

Roti Canai



Bahan-bahan yang digunakan bukannya mahal. Mudah di dapati. Cuma tepung, air garam, dua camca besar majerin cair dan sedikit gula. Mak masukkan ke dalam besin besar lalu diuli sehingga menjadi doh yang lembut tidak lekat di tangan.

Doh tadi di kepal-kepal sebesar penumbuk lalu disalut dengan majerin. Mak tutup dengan tudung periuk yang besar dan diketepikan. Esok paginya baru proses mencanai bermula.

Mak ambil sebuku doh. Dia lepek-leperkan, di canai-canai, di tarik-tarik di dalam dulang besar. Doh lembut tadi menjadi nipis keputihan. Kemudian mak simpul-simpul seperti sanggul siput. Sebelum di goreng, mak canai-canaikan lagi bersama sedikit minyak masak.

Kami adik beradik akan duduk di sekeliling dulang besar. Sabar menunggu sehingga kesemua roti canai tadi selesai di goreng.

Nikmatnya roti canai hasil tangan mak!

11 comments:

  1. alahai...kak roza, sedapnya. lama tak makan roti canai fresh.. last three weeks, saya and kawan ada try buat roti canai, ikut resepi majalah, tapi hampa, tak jadi...macam makan tepung goreng....;]

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sambal hijau..cream cheese

    Semasa ka Roza di UK dulu pun cuba juga buat roti canai, tapi jadi lempeng! He..he

    Cuba sambal browse blog Hanieliza. Foto masakan dia saja dah cukup untuk memecahkan selera..

    Hanieliza, ada resepi roti canai tak?

    ReplyDelete
  3. salam..
    patutlah kakliza mmg teruja nak tenguk entry baru Roza...rupanya nama kkliza disebut-sebut disini..
    terimakasih kerana mempromotekan blog kakliza.. :D
    masa anak2 kakliza kecil dulu rajin juga buat..
    kakliza buat dengan meletakkan doh dibelakang dulang [bunga bulat besar] dan tarik2 saperti mak Roza buat juga..tapi oleh kerana lama dah tak buat..so mmg tak ingat resepi..

    le ni dah besar2 ni alahai..malasnya nak canai roti canai..
    so kesudahannya kakliza beli jer yg frozen dna masak sendiri..
    kkliza gunakan non-stik pan..masak tanpa minyak gunakan api kecil..
    dah masak kkliza akan tepuk roti tu macam penjual roti canai kedai tu buat..
    so sampai petang roti tu lembut..

    sekali lagi maaflah kkliza x der resepi spesifik adunan roti canak..
    kakliza ada blog yg boleh dipercayai untuk mencuba resepi roti canai ini.. http://mamafami.blogspot.com/2007/08/roti-canai-mamafami.html

    semoga berjaya

    ReplyDelete
  4. Salam K.Rosa, bila dah di rantauan ni terpaksalah mencanai sendiri bila anak2 asyik merengek rindu nak makan roti canai mamak. Yang best gandum di sini premium very fine buatlah apa jenis pancake, kek, cupcakes semua insyallah menjadi. Terima kasih kepada k.roza dan prof. kerana sudi singgah ke blog saya. Teruskan berkongsi karya semoga Allah memberkati sentiasa.

    ReplyDelete
  5. K.Rosa, seed manifesto insyallah saya niatkan kerana Allah s.w.t. Sekadar membuka bicara, saya cuma seorang suri rumah menyokong suami yang sekarang ini di tahun ke2 pengajian Phdnya. Cuma untuk mengisi masa, saya juga akan mula mengaji, basic degree aje in early childhood education secara distance learning. Ini percubaan kali ke3 untuk menyambung degree, kalau akak baca entries blog saya ada cerita disebaliknya. Doakan saya semoga perjalanan ini menuju kejayaan. Ameen.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Rosie_cm

    Betul tu Rosie..diUK dulu, kak Roza boleh buat tea cake (boiling fruit cake, cerry cake, dates cake..etc) sambil masak.

    Di Uk memasak menggunakan hot plate. Jadi, kepanasannya boleh mengoreng sayur dan menyediakan boiling fruit cake tadi. Bila kesemua bahan dah set dan agak suam, Kak Roza masukkan sahaja tepung.

    Alhamdulillah, memang tepung di Uk tak pernah menghampakan. Malah, apa-apa sahaja yang dibuat daripadanya memang menjadi.

    ReplyDelete
  7. kak roza, thx atas reply, sebab ada fedback yang menarik daripada kak liza (haniliza)..thnx alot..bab tepung tu, memang saya akui, especially self raising flour senang nak cari, tak payah susah2 nak add soda bicarbonate, dalam aduan kek/muffin.

    ReplyDelete
  8. salam,

    cerita pasai roti canai ni memang best kalau buat sendiri. resepi macam mak buat tu dah sedap. belajaq la dari mak. kak hanieliza tu pandai masak boleh la cipta resepi roti canai plak. ada tips ni nak bagi kat roza, kalau nak lembutkan roti canai ti, masukkan susu pekat manis semasa menguli adunan tu. lepas tu baru tidurkan doh tu. insyaAllah lembut.

    salam,misi.

    ReplyDelete
  9. blog list roza dah bersih. baguslah.

    ReplyDelete
  10. Exactly how my late mum did roti canai - on dulang besar. Not very often tho but heavenly sedap and we like it just w sugar while it's still warm. My grandpa also likes to make roti canai and he would add a little of rose coloring, so it's pink. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Salam..
    alahai pn roza..lagi2 kenangan yg sama..menitik air mata ni..
    aruah mak saya adun dengan minyak sapi..lembut dan rangup jadinya..

    oked

    ReplyDelete