Ubi rebus. Itulah sajian di musim tengkujuh!
Bila hujan turun mencurah-curah, langit gelap, mendung sepanjang hari - kami mula mencari aktiviti yang boleh menghiburkan hati. Selalunya mak akan membuat ampaian kain di dalam rumah. Di sangkutnya kain berlembar-lembar, umpama khemah. Di balik-baliknya kain-kain itu, agar keringnya serata.
Di situlah kami bermain pondok-pondok. Main jual-jualan.
Paling mencabar apabila Abang Mie membawa rakit pisang ke sawah bendang di Baruh, belakang rumah Mak Ngah Hajar. Kami yang kecil-kecil tidak dibenarkan langsung menaikinya. Terjerit-jerit lah kami keseronokan dari atas bukit melihat Abang Mie menunjukkan kehebatannya berakit menyusur arus deras. Sesekali kelihatan rakit terbalik, lalu Abang Mie terjunam hilang di telan banjir!
Ya Allah! Kalau lah ditakdirkan Abang Mie hilang terus di bawa arus deras ketika itu, mungkin rakit pisang bukan lagi menjadi kenangan manis ketika berakit di musim tengkujuh!
Gambar ihsan : izzati.jomkawin.blogspot

Musim tengkujuh seperti itu akan berlalu berminggu-minggu lamanya. Dalam kebosanan, kami sering berdoa,"Minta-minta banjir lah hendaknya..boleh kami bermain rakit pisang!"Rakit pisang selalunya Abang Mie (abang sepupu) yang buatkan. Di tebangnya beberapa batang pisang, di apit dengan kayu alang, lalu di ikat dengan tali sehingga kukuh. Kemudian, Abang Mie akan meletakkan sepupu-sepupu kecil di atasnya. Di harungnya air banjir separas dada. Pusing keliling sekitar rumah Mak Wa.
Paling mencabar apabila Abang Mie membawa rakit pisang ke sawah bendang di Baruh, belakang rumah Mak Ngah Hajar. Kami yang kecil-kecil tidak dibenarkan langsung menaikinya. Terjerit-jerit lah kami keseronokan dari atas bukit melihat Abang Mie menunjukkan kehebatannya berakit menyusur arus deras. Sesekali kelihatan rakit terbalik, lalu Abang Mie terjunam hilang di telan banjir!
Ya Allah! Kalau lah ditakdirkan Abang Mie hilang terus di bawa arus deras ketika itu, mungkin rakit pisang bukan lagi menjadi kenangan manis ketika berakit di musim tengkujuh!
Gambar ihsan : izzati.jomkawin.blogspot
Salam.
ReplyDeleteSaya suka baca cerita2 roza. Macam kisah rakit pisang ni pun buat saya teringat kisah saya dulu yang pernah berakit pisang di musim banjir. Tiap kali banjir, arwah abah buat rakit pisang yang kukuh dan boleh muat sampai 3/4 orang sekali berakit..terkenang kisah lama..huhu..
Assalamualaikum fzi,
ReplyDeleteMasih adakah lagi orang bermain rakit batang pisang di musim banjir?
Zaman kanak-kanak yang tinggal kenangan..namun, perasaannya masih kekal begitu.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Kak Rosa naik rakit batang pisang.
Saya berasal dari Kedah. Dahulu Kedah jarang banjir jadi pengalaman berakit batang pisang ni memang tak ada.
Bila bercerita pasal zaman kanak-kanak dulu, teringatlah kenangan bermain tuju tin, main masak-masak dan main toi atau galah panjang.
Bila musim main masak-masak nampaknya habislah bunga kertas dan bunga mawar emak dikerjakan. Tanah-tanah merah diayak halus dan dicampur dengan air dan dijadikan kek yang kemudiannya dihias dengan bunga mawar emak. Memang lepas main tak berani masuk rumah le......
Su penah teringin nak main masa kecik dulu... tapi arwah mak tak bagi... :(
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletebestnya main banjir
kat kampong kami sebut "getek"
oked
Thank You and that i have a swell offer: Who Repairs House Foundations split level house exterior remodel
ReplyDelete