Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, February 5, 2009

Mee Siput

Kami sekeluarga tinggal di Kampung Sungai Gatom sehingga saya berumur 10 tahun. Abah menyekolahkan saya di Sekolah Rendah Inggeris Labis. Kami adik beradik pergi ke sekolah itu dengan berjalan kaki.
Sepanjang perjalanan ke sekolah, banyak cabaran yang kami tempuhi. Antaranya kami terpaksa melalui kawasan tempat kuil Hindu yang dikelilingi kebun sireh. Terdapat seorang budak lelaki keturunan India yang sering mengugut kami di situ. Apabila terkena sekali, hari-hari berikutnya kami amat berhati-hati . Jika ternampak kelibat budak itu, kami segera memintas ke kawasan lain yang lebih jauh untuk ke sekolah.
Namun, halangan yang paling mencabar adalah kami terpaksa melintasi rumah Mak Jah, penjual "Mee Siput". Mak Jah menyediakan pelbagai pilihan citarasa untuk mee itu.

Mee Siput dengan sambal kicap, mee siput sira sambal manis, mee siput cicah air
lada, mee siput pedas dan macam-macam pilihan lain. Harganya 10 sen sekeping.

Jika kami membelinya di tengah jalan, bermakna di sekolah nanti kami cuma ada
lagi 10 sen untuk belanja di waktu rehat.

Lalu, kami hanya membeli sekeping dan kami kongsi makan bersama. Terkulat-kulat kerana tidak puas dengan agihan daripada sekeping mee siput tersebut. Namun, itu lah sebenarnya nilai nikmat yang dikecapi. Kesedapan hingga menjilat jari!
Ia tidak akan sama rasanya jika diulangi.

9 comments:

  1. Salam Roza,
    Saya doakan ALLAH memberkati Roza sekeluarga setiap saat dalam kehidupan Roza & keluarga.
    Alahai, Roza selalu membuat saya mengidam makanan yang kurang mampu saya dapati di sini. Semua yang Roza kongsi adalah kegemaran saya. Harap Allah mempertemukan kita satu hari (supaya saya dapat merasa masakan Roza. He he he...)Insya ALLAH

    ReplyDelete
  2. mee siput?
    saya tak pernah tau dan rasa2nya tak pernah makan pun... tp baca dari cerita macam best.
    hihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum roza...cerita pasal mee siput....pasal sekolah rendah tu...masih teringat kesah-kesah lama kita kat sekolah.....harap2 kita dapat jumpa satu hari nanti..

    ReplyDelete
  4. hehe... saya ketawa habis bila kawan sy yang berasal dari muar memperkenalkan mee ini kepada saya kira-kira 8 tahun lalu.
    Nama nya sudah kelakar, bentuk macam maruku, makan dengan sambal pulak tu. Pelik! Mana ada maruku makan dengan sambal.
    Tapi... sedap. Hehe...
    Belum cuba belum tahu. :-)

    ReplyDelete
  5. Tak ramai yg tahu pasal mee siput ni.Saya tinggal di muor semasa kecil memang selalu makan mee siput ni.Dua tahu sudah minta kawan isteri saya yg berasal dr muor untuk beli kan sebab teringin sangat nak makan Alhamdulilah dapat melepasakan geram.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

    Mee siput ini rupanya betul-betul macam sanggul siput Mak Jah. Saya fikir Mak Jah amabil sempena nama siput dia. hee..he

    Mee Siput ni diperbuat daripada mee kuning yang kemudiannya dikeringkan. Ia perlu di goreng dulu. Gangup dan banyak terdapat di Muar, Johor.

    Jom jalan-jalan ke Muar Johor..

    ReplyDelete
  7. salam pn Roza..
    Sememangnya bila mengunjungi blok ni pasti ada saja kenangan yag dibangkitkan oleh puan. Lebih kurang sama dengan saya pengalaman2 dan cerita2 dimasa lalu. kisah saya hanya dapat dikongsi bersama keluarga saja.tapi puan roza dapat dikongsi bersama kami semua. terima kasih.

    Tentang mee siput alhamdulillah minggu lepas baru saja saya dapat menunaikan hajat seorang sahabat sim yang mengidam mee siput.

    kalau saya mengidam botok-botok boleh puan tolong buatkan.?..

    oked

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Oked,

    InsyaAllah..sila lah ke teratak buruk saya.

    ReplyDelete
  9. mee siput mmg berhantu. masa kecil2 dulu selalu cicah dengan kuah cili manis. sekarang suka makan dengan cili kicap. sekali makan tak boleh berhenti.... hehehe...

    ReplyDelete