Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, February 4, 2009

Lepat












Sejak kebelakangan ini saya terasa amat rindu kepada Mak Wa. Rindu yang sukar digambarkan.

Semasa kecil saya kerap menahan tangis, terutama apabila abah memukul tanpa sebab yang munasabah pada fikiran saya. Kami adik-beradik langsung tidak di beri peluang bertanya apa tah lagi untuk membela diri. Lalu, saya akan melarikan diri mencari Mak Wa.

Saya akan duduk membisu disebelahnya. Diam sambil memerhatikan sahaja apa yang dilakukan oleh Mak Wa. Saya akan berkeadaan begitu sehingga beberapa waktu. Jawapan yang akan saya berikan apabila di tanya hanya lah mengangguk atau mengeleng kepala.

"Moh, temankan Mak Wa pergi ke dapur. Ada pisang, ada ubi kayu dan ada labu. Awak hendak makan lepat apa?".

Diam.

"Kita buat lepat ubi , ndak tak? Awak parut ubi, Mak Wa pergi cari daun pisang buat bungkus."

Diam.

"Kalau awak rajin, parut lah labu sekali. Kita buat kedua-duanya.."

Diam.

Dan seterusnya..Mak Wa akan terus bercakap walaupun saya tidak akan menjawabnya.

Mak Wa tahu saya sedang menangis di dalam hati. Mak Wa tahu bahawa saya sedang berkecil hati. Namun, dia langsung tidak pernah bertanya tentang perkara itu. Dia akan biarkan sahaja saya berada di dalam keadaan begitu.

Di hujung sebuah rajukan, saya dapat menghasilkan pelbagai jenis lepat!

7 comments:

  1. Assalamualaikum

    Bagus juga merajuk ni kan. Macam-macam kuih boleh buat.
    Tempat merajuk akak yamg paling strategic ialah
    belakang pintu atau pun atas pokok manggis. Pokok manggis daunnya lebat jadi susah untuk dikesan...baru thrill sikit.
    Tapi taklah dapat buat lepat macam Roza. Patutlah Roza pandai memasak. Agaknya sekali merajuk dua tiga resepi dapat dari Mak Wa...he..he..he.

    ReplyDelete
  2. Sori, lupa nak letak identiti

    Kak Wati

    ReplyDelete
  3. Untung Kak Ngah kenal Mak Wa lebih dari kami semua. Saya samada rasa terlalu kecil masa tu atau memang saya tak reti bergaul dengan orang tua dan saya tak "tengok" Mak Wa macam Kak Ngah "tengok". Tapi adik beradik tetap kata saya cucu kesayangan Mak Wa. Menitis air mata bila Kak Ngah cerita pasal Mak Wa, sebab masa kecik saya suka urut kaki Mak Wa depan tv (sebab nak tengok TV). Bila Mak Wa dah tua, saya tanya Mak Wa nak masak apa, semua Mak cik kata "buat apa tanya Mak Wa!".

    Dan saya tak pernah tau macam mana nak buat lepat, sebab dulu walaupun ada banyak lepat, saya yang tak minat nak makan. Sekali lagi untungnya jadi Kak Ngah kerana ada minat dan bakat satu keturunan.

    ReplyDelete
  4. Saya juga dibesarkan dengan limpahan kasih sayang datuk dan nenek. Ibu bapa menyanyangi saya tetapi biasalah, mungkin bila kita kecil ,kita tak dapat melihat dengan jelas kasih sayang mereka. Seperti Roza, saya juga kebelakangan ini, teramat rindu dengan Nenek. Al Fatihah untuk seluruh ahli keluarga kita (dan Mak Wa Roza). Moga-moga mereka diampunkan Allah, ditempatkan di kalangan orang-orang solihin dan ditemukan kita dengan mereka di syurga nanti.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Zaidah kerana mendoakan Mak Wa saya.

    ReplyDelete
  6. salam..
    kakliza pn suka makan lepat..
    macam2 lepat yg kakliza dah buat dan paling suka lepat ubi kayu dan lepat jagung...

    ReplyDelete
  7. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete