Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, February 2, 2009

Tempe

















Ia seperti makanan ruji jiran tetangga di sekitar rumah sewa kami, penduduk kampung Sungai Gatom, Labis. Kami pasti menerima sepinggan lauk setiap hari hasil daripada bahan tersebut dengan resepi yang berbeza.

Ada yang di racik halus lalu di goreng garing, dicampur dengan suhun, ikan bilis, hirisan cili padi, pucuk tauhu, kentang goreng dan sedikit kacang panjang dipanggil "Sambal Goreng ." Ada juga di goreng dengan sambal bersama ikan bilis dan kacang tanah. Kadang-kadang dijadikan ramuan seperti rojak dipanggil "Pecal." Tetapi saya paling suka tempe yang di goreng celup tepung bercampur rempah ratus dipanggil Tempe Mendoan.

Tempe Mendoan itu digoreng untuk hidangan minum petang. Kata Mak, Wak Jannah merebus terlebih dahulu tempe tersebut dengan rebusan santan sehingga santan hampir kering. Kemudian ia dicelup ke dalam tepung beras yang dicampur sedikit jintan manis, ketumbar, hirisan daun kunyit atau sup dan hirisan bawang merah. Garam secukup rasa. Sedikit kapur makan untuk meranggupkannya. Hasilnya...yum-yum. Ia di cicah dengan sambal kicap manis campur cili api.

Ramai juga yang menjadikannya jualan di warung tepi rumah masing-masing. Di jual bersama pisang goreng, sukun goreng, ubi goreng dan ubi ketuk. Namun, kami adik beradik hanya dapat memandangnya dari jauh. Untuk membeli nya adalah di luar kemampuan kami.

Sekali-sekala mak akan membeli tempe segar daripada Wak Jannah. Mak mengorengnya di rumah untuk kami adik beradik. Mak akan membungkus untuk setiap seorang seolah-olah kami membelinya di warung. Kami akan mengambil bungkusan masing-masing dengan perasaan puas hati.

Saat yang paling kami nantikan adalah hari khamis malam Jumaat. Abah selalunya mendapat jemputan kenduri dan akan membawa pulang "Nasi Ambang". Nasi tersebut di bungkus dengan daun ketapang yang besar atau daun pisang.

Apa yang ada di dalamnya?

Ikan masin goreng, serunding kelapa, sayur kacang, ayam masak semur bersama suhun dan juga sambal goreng tempe!

12 comments:

  1. Lama saya tak singgah di sini. Macam membaca buku cerita pula membaca blog kak roza ni. Seronok ceritanya. Saya ada seorang kawan berbangsa india yang SANGAT obses dengan tempe. Jika dia tertekan, saya cuma perlu cari tempe goreng untuknya dan dia akan tersenyum semula..hihihi...agaknya ada unsur terapeutik ye :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Hari-hari Roza "mendera" dengan entri yang
    merangsang selera. Penuh nostalgia pulak tu.
    Ni yang balik kerja nanti kena beli tempe ni.
    Tak boleh tahan tengok gambar tu....

    Kak wati

    ReplyDelete
  3. oohh... saya suka nasi ambang... :)

    ReplyDelete
  4. kak roza...
    saya tgh demam sebab ulcer yg teruk
    lidah, dlm mulut, tekak sampai ke anak2 tekak pun ada ulcer yg tumbuh. dah berapa hari nak telan nasi pun payah, sakit dan perit, sudahnya doctor suruh makan ice cream supaya ada tenaga.

    tp...bila tgk cerita kak roza pasal makanan2 nie... huaaaa... nangis ler saya. perut la[ar tp x leh nak makan yg best2. huhu :(

    ReplyDelete
  5. Saya selalu masuk blog Roza; belum berkesempatan mencatat komen. Tapi, artikel tempe Roza mencuit rasa. Saya bukan dari Johor, tapi tempe memang kegemaran saya. Berada jauh di KK ni buatkan saya rindu sangat dengan masakan tempe dalam pelbagai versi.

    ReplyDelete
  6. nak cuba buat tempe mendoanlah, nampak macam sedap, tapi tempe kat Jitra ni yang kurang sedap sebab bukan Jawajati yang buat. salam.

    misi.

    ReplyDelete
  7. Kak Roza,
    Kami sekeluarga dulu tinggal di Kg Jawa Segamat. Kini semua sudah berkeluarga dengan cara masing-masing, ayah dan emak dah tiada, rumah kami terpaksa disewakan... tentu Kak Roza dapat bayangkan bagaimana saya diuliti dengan tempe dulu... Tempe goreng cicah kicap takde di Penang ni :(

    P/S: Janganlah Kak Roza buat entry pasal soto pulak...lagilah saya terkenang Kg Jawa...tsktsk

    ReplyDelete
  8. Tempe yang best yang masih segar. Kalau tak segar memang tak sedap rasa dia. Saya paling suka tempe goreng garam kunyit je, cicah sambal kicap atau sambal cili merah tu. Goreng garing-garing, yang lembik sebab masukkan dalam lodeh ke masak lemak tu kurang suka tapi makan gak.

    Dulu masa kecik orang kata tempe dibuat dari biji getah, saya pernah gi kat ladang getah dekat rumah biru Paya Jakas tu cari biji getah, ketuk-ketuk dan cuba nak ambik biji dia buat tempe..tapi tak jadi..hehe..

    Kak Ngah bab masak memang buat kita kecur air liur.

    ReplyDelete
  9. orang johor memang sinonim dengan makanan yang satu ini, sebut sahaja johor... mesti teringat tempe. :-)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Mak saya pernah cerita, semasa dia ke Singapura ada seorang penjual tempe di Woodlands buat promosi dengan menyanyi , begini :

    "Makan sawi tak bagus, makan tempe bagus..Tok Tek ..Tok Tek..Tok Tek" sambil ketuk meja jualan dengan dua batang kayu.

    ReplyDelete
  11. sebut je tempe... su akan teringat dakwaan Khir Toyo ttg rahsia awet mudanya... haha

    su mmg suka makan... tapi resepi yg su buat mudah je. goreng garam kunyit. :)

    ReplyDelete
  12. salam buat Roza,akak dah try buat tempe mendoan ikut resepi yang Roza bagi. memang sedap dan meyelerakan. tapi tempenya agak tak berapa fresh lagi. terima kasih dan halalkan ilmu yang Roza bagi. salam sayangmisi.

    ReplyDelete